⚡ Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara membaca candlestick ini dengan memahami peranan pembeli dan penjual  dalam pembentukan candlestick ini.


* Rujuk gambar di bawah untuk melihat point A, B, C, dan D.


▪ Sebaik sahaja pasaran saham (Bursa Malaysia) dibuka pada jam 9.00 pagi, harga saham akan dibuka di point A (harga buka).


▪ Semasa waktu dagangan, penjual menggerakkan pasaran dan menolak harga saham turun ke point B (harga terendah).


▪ Di point B, pembeli pula menguasai pasaran dan menolak harga saham naik sehingga ke point C (harga tertinggi).


▪ Di point C, penjual kembali menguasai pasaran dan menolak turun semula harga saham dari point C (harga tertinggi) ke point D (harga tutup). 




Salah satu doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Doa ini juga kerap kali disebut dengan doa sapu jagat.

Dinamakan doa sapu jagat sebab di dalam doa tersebut terkandung kebaikan di dunia dan akhirat dan kesehatan, rezeki, keberuntungan, keamanan, keridaan hingga semua hal yang positif.

Bacaan doa kebaikan di dunia dan akhirat atau doa sapu jagat ini juga termuat dalam firman Allah, tepatnya QS. Al Baqarah ayat 201 yang berbunyi:

وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Artinya: "Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka." (Al Baqarah: 201).

Sehingga doa itu bisa setiap hari diamalkan dan dibaca setelah sholat fardhu dan sangat familiar di kalangan umat muslim.

Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Bacaan latin: Rabbanā, ātinā fid dunyā hasanah, wa fil ākhirati hasanah, wa qinā 'adzāban nār

Artinya: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka."

Selain itu, doa lainnya yang dapat dibaca untuk memohon kebaikan dunia dan akhirat serta terlindungi dari segala keburukan dan marabahaya adalah:

اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ.

Bacaan latin: "Allahumma innii a-'uudzubika min jahdil balaa-i, wa darakisy syaqaa-i, wa suu-il qadhaa-i, wa syamaatatil a'daa-i."

Artinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), hinanya kesengsaraan, keburukan qadha' (takdir), dan kegembiraan para musuh." (HR. Al-Bukhari no. 6347, 6616 dan Muslim no. 2707).



[APA NAK BUAT BILA PASARAN SAHAM DALAM KEADAAN BEARISH]
🔸 Adat pasaran pasti ada naik dan surutnya. Bagi pelabur baru yang kurang berpengalaman atau mungkin pertama kali berhadapan dengan keadaan pasaran bearish, keadaan ini mungkin menyebabkan kebuntuan dimana pelabur tidak tahu apa tindakan sepatutnya yang perlu dilakukan.

🔵 Tengok harga saham yang dipegang jatuh, nak ikut panik dan menjual? 

🔵 Nak ambil peluang dan gunakan modal yang ada untuk membeli sebanyak mungkin saham sementara harga masih rendah? 

🔵 Nak tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku. Jika ada pegangan, hold saja dulu dan jika belum ada pegangan tunggu sahaja dulu dan lihat apa reaksi pasaran seterusnya?

🔸 Buy, sell, atau hold? Tindakan yang mana lebih baik untuk diambil?

🔸 Setiap pelabur/pedagang mempunyai pendapat/tindakan sendiri apabila berhadapan dengan situasi ini dan ianya sangat berkait rapat dengan faktor kemahiran, strategi dan kewangan masing-masing.

♦ Bagi pelabur baru yang masih dalam proses pembelajaran, anda boleh lakukan langkah-langkah seperti berikut.

1. Fokus lindungi modal pelaburan. 

▪ Jika anda sedang memegang sesuatu saham, disiplin ikut trading plan. Tidak kira bagaimana keadaan pasaran pun, jika harga saham yang anda pegang turun mencecah harga cut loss, disiplin dan cut loss tanpa teragak-agak.

▪ Jika saham yang anda pegang masih berada di atas paras cut loss, anda masih boleh hold dengan tenang.


2. Tunggu peluang.

▪ Jika anda tidak memiliki pegangan saham, tunggu sehingga nampak peluang. Jangan membeli terburu-buru ketika harga saham sedang turun. 

▪ Anda tidak tahu sejauh mana lagi harga saham tu akan turun, harga yang anda rasa sudah rendah, boleh saja menjadi jauh lebih rendah.

▪ Cash is king. Bull market make you profit, but bear market make you rich. 

▪ Pantau pasaran saham dengan lebih rapat pada ketika ini, dan jangan lepaskan peluang untuk membeli saham-saham berpotensi apabila masa yang sesuai muncul.

Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉





DOA PALING AFDAL

Rasulullah SAW bersabda ” Doa yang paling afdal ialah kamu meminta kepada tuhanmu keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Kerana bila keduanya diberikan kepadamu di dunia, lalu keduanya diberikan kepadamu diakhirat, maka kamu benar-benar berjaya (Riwayat Ibnu Majah melalui Anas r.a.)
Maka berdoalah seperti berikut;
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”
(Al-Baqarah : 201)

 DOA HATI MAHU SENTIASA BAIK
اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .




[3 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MELABUR SAHAM]


♦ Sebelum anda melibatkan diri dalam pelaburan saham, pastikan anda ketahui dan bersedia dalam 3 aspek berikut:


1. Gunakan wang lebihan sebagai modal pelaburan.

🟣 Wang lebihan merujuk kepada wang yang tidak digunakan dalam tempoh 1 tahun dan ke atas dan bukannya wang komitmen dimana anda terdesak mahu menggunakannya dalam masa terdekat seperti wang bayaran ansuran rumah, ansuran kereta, atau wang perbelanjaan harian anda sekeluarga.

🟣 Jangan sesekali menggunakan wang pinjaman atau berhutang dengan sesiapa sahaja untuk melabur saham. Anda perlu melabur dalam keadaan emosi yang tenang dan stabil untuk berjaya menjana keuntungan secara konsisten dalam pasaran saham.

2. Fahami ilmu asas pelaburan saham.

🟣 Pelaburan saham melibatkan risiko. Sebelum anda mula melabur anda perlu fahami apa yang anda sedang lakukan dan apa risiko yang perlu anda tanggung.

🟣 Antara ilmu asas pelaburan yang penting untuk anda kuasai sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan adalah seperti pengurusan kewangan, pengurusan risiko, analisis fundamental, analisis teknikal, dan analisis pasaran.

3. Tentukan matlamat dan buat perancangan.

🟣 Matlamat dan perancangan sangat penting dalam pelaburan saham. Tentukan apa yang anda nak capai untuk jangka masa panjang dan pendek. Ramai pelabur yang berhenti di pertengahan jalan disebabkan tidak jelas dengan matlamat yang hendak dicapai dalam pelaburan saham. 

🟣 Setelah tentukan matlamat, buat perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat dan perancangan perlu dibuat dengan sangat terperinci. Masukkan setiap jumlah (RM) yang hendak dicapai dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

🟣 Jika perancangan anda tidak berjaya, anda boleh ubah perancangan dari masa ke semasa, tetapi jangan ubah matlamat yang telah ditetapkan. Jangan berhenti berusaha sehingga anda berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.

Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉





DOA PALING AFDAL

Rasulullah SAW bersabda ” Doa yang paling afdal ialah kamu meminta kepada tuhanmu keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Kerana bila keduanya diberikan kepadamu di dunia, lalu keduanya diberikan kepadamu diakhirat, maka kamu benar-benar berjaya (Riwayat Ibnu Majah melalui Anas r.a.)
Maka berdoalah seperti berikut;
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”
(Al-Baqarah : 201)

 DOA HATI MAHU SENTIASA BAIK
اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .


[6 KELEBIHAN MELABUR SAHAM]
⚡ Berikut merupakan kelebihan-kelebihan melabur saham. Kelebihan-kelebihan ini juga merupakan sebab kenapa anda perlu mula melabur saham dari sekarang.

1. Mengatasi inflasi.

🔸 Inflasi merujuk kepada nilai wang yang semakin berkurang dari tahun ke tahun. 

🔸 Sebagai contoh, sekarang ni kalau dengan RM100 kita masih dapat beli macam-macam jenis barang makanan lagi di pasaraya, tetapi 5 tahun atau 10 tahun akan datang, kuantiti barang makanan yang kita boleh beli dengan RM100 akan semakin berkurang.

🔸 Menyimpan sahaja wang tidak dapat membantu anda mengatasi masalah inflasi. Mahu tak mahu anda perlu celik ilmu pelaburan sebagai persediaan untuk kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.

2. Mudah dicairkan.

🔸 Tiada had masa yang ditetapkan sebelum anda boleh menjual sesuatu saham. Anda boleh jual saham dan tukarkan kepada wang tunai dalam kadar segera.

3. Modal kecil.

🔸 Pelaburan saham boleh dimulakan walaupun dengan modal yang kecil. Modal yang kecil pun kalau dilabur dengan betul, akan menghasilkan pulangan yang baik.

4. Pulangan yang memuaskan.

🔸 Berbanding instrument pelaburan lain, pelaburan saham berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi. 

🔸 Kalau anda konsisten dapat membuat keuntungan sebanyak 5% sebulan, setahun sudah 60%. Tidak mudah untuk cari diluar sana instrumen pelaburan yang boleh berikan anda keuntungan tahunan sebanyak 60%.

5. Urusan jual beli mudah dilakukan.

🔸 Anda hanya perlukan smartphone/laptop/PC dan talian internet sahaja untuk lakukan urusan jual beli saham. 

🔸 Tidak kira walau dimana anda berada, anda boleh membuat transaksi jual beli saham dengan mudah. Walaupun anda hanya duduk di rumah, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui pelaburan saham.

6. Menggandakan modal pelaburan dengan lebih efektif menggunakan teknik compounding.

🔸 Jika anda melabur dengan modal RM5,000 dengan pulangan sebanyak 5% setiap bulan, selepas 12 bulan, modal pelaburan anda akan berkembang menjadi RM8979 iaitu pulangan sebanyak 79.58%.

🔸 Teknik compounding dapat membantu anda menggandakan modal pelaburan dengan lebih cepat dan efektif. Tetapi untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang konsisten, anda wajib mempunyai ilmu pelaburan dan pengalaman dalam pasaran saham terlebih dahulu.

⚡ Kesimpulannnya, jangan bertangguh lagi. Mulakan belajar ilmu pelaburan saham bermula dari sekarang. Selepas belajar, baru anda akan nampak apa arah tuju anda dalam bidang pelaburan saham.

⚡ Jangan tunggu modal ada baru nak belajar ilmu pelaburan saham. Belajar dulu, nanti bila anda sudah nampak keutamaan anda, pasti anda akan bersungguh-sungguh kumpul modal untuk melabur.

⚡ Tak rugi belajar melabur awal. Bila dah lengkapkan diri dengan ilmu, memudahkan anda untuk terus melabur apabila sudah ada modal nanti.

Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉