Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan
The Experts

Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 23 Mei ini. 




Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi.

‘The Experts’ mengandingkan pertama kali Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka.  




Watak Aaron Aziz (Farid) bertindak sebagai ketua ataupun maestro, Syafiq Kyle (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi Lana (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy Ishak (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray Dapdap yang memainkan watak Lan sebagai pakar godam.

The Experts

Genre: Aksi “Heist”
Tarikh Tayangan: 23 Mei 2024
Terbitan: Astro Shaw 
Dengan Kerjasama: Zak Capital, TGV Pictures
Syarikat Produksi: BlackFlag Sdn Bhd
Pengarah: Andre Chiew & Nazim Shah
Penolong Pengarah: Loy Yok Phin (Bunbun)
Skrip: Joel Soh
Lakon Layar: Joel Soh, Andre Chiew, Abilash Chandra, Mamu Vies, Kyle Goonting

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit Eksekutif Bersama: Nazir Razak, Shaharul Rezza Hassan
Penerbit: Joel Soh
Penerbit Penyelaras: Nana Azmi
Pengarah Fotografi: Tan Teck Zee
Penyunting: Lee Pai Siang
Pengarah Seni: Nazrul Asraff Mahzan
Kesan Visual: Viper Studios
Muzik Skor: Ricky Leonardi
Penata Bunyi: Hiro Ishizaka
Pereka Busana: Jessie Yeow




Penata Tatarias: Sue Lim



Barisan Pelakon
Aaron Aziz sebagai Farid
Syafiq Kyle sebagai Keyrol
Mimi Lana sebagai Emma
Remy Ishak sebagai Amer
Ray Dap Dap sebagai Lan
Hasnul Rahmat sebagai Johar
Wan Hanafi Su sebagai Jaafar
Tony Yusof sebagai Bashir
Maya Karin sebagai Miranda
Douglas Lim sebagai Ah Teck
Jay Iswazir sebagai Glasses
Michael Ang sebagai Chef Juan

Lagu Tema Utama
Lagu: Cinta Indah Buat Kanda
Artis: Yuka Kharisma
Durasi: Muzza
Komposer: Muzza

Sinopsis The Experts

Mengisahkan sekumpulan adik - beradik yang mempunyai kepakaran masing - masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar.



👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Filem pertama ‘Janna Endoro’ tak dapat sambutan, Linda Rafar terpaksa tebalkan muka minta rakan artis bantu promosi




JANNA ENDORO

Sebenarnya mewakili nama watak wanita yang memainkan peranan utama iaitu hero filem ini. Manakala Endoro adalah jenama motosikal scrambler Yamaha Enduro yang dibahagikan kepada 100 dan 175 cc yang sangat popular pada era 1970-an.




IDEA ASAL

Filem Janna Endoro dari idea asal Engku Seri Kelantan berlatarkan Negeri Kelantan yang sinonim dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang. Sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya Melayu-Siam dan masyarakat pribumi lain.

Idea ini kemudian diterjemah.oleh Nayie Klate dan DCSB team sebagai penulis skrip bagi menghasilkan sebuah naskhah yang mantap dan seimbang dalam semua aspek.

JANNA ENDORO ANGKAT WANITA SEBAGAI HERO,

Pertembungan budaya ini diambil kira menerusi filem menarik terbitan Double Channel Sdn Bhd arahan Sham Jr ini.

KETENGAHKAN WANITA SEBAGAI HERO

Filem ini tampil berbeza apabila mengetengahkan wanita bernama Janna sebagai watak utama atau Hero, yang jarang-jarang berlaku dalam industri hiburan tanah air.




SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Pemerhatian terhadap sosio budaya di Kelantan yang dikenali dengan seni mempertahankan diri Tomoi, Muay Thai, Wat Siam, Dikir Barat, Rambong, Main Puteri. Juga pelbagai lagi yang mempunyai keunikan tersendiri ditampilkan dalam filem ini.

Pemilihan Negeri Kelantan sebagai lokasi dibuat semasa perbincangan diperingkat penyediaan proposal lagi.

KENAPA KELANTAN?

“Kami memilih lokasi Negeri Kelantan kerana ia dekat dengan jiwa saya. Saya tetap berjaga-jaga sebab dari segi dialog kita kena pastikan yang filem ini betul-betul dialognya dalam Bahasa Kelantan sepertimana kita dengar mereka berbual.

“Alhamdulillah pihak Double Channel memberi kebebasan dan kebenaran kepada saya untuk memilih siapa yang akan jadi jurukamera, siapa pengarah seni dan siapa mekap artis. Mereka bersetuju dengan pemilihan tenaga produksi saya.

“Saya tahu kebolehan mereka dan rasa kerjasama serta sentuhan mereka dapat membantu saya. Malah saya juga tidak menolak cadangan dan idea dari unit lain untuk kebaikan filem ini juga.

JANNA ENDORO ANGKAT WANITA SEBAGAI HERO,

FILEM PERTAMA

“Saya tidak boleh beritahu kelainan filem ini dengan filem lain kerana ini adalah filem pertama saya. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan drama, sebenarnya penggambaran drama dan filem sama sahaja. Kerjanya sama sahaja.

“Cuma skop filem ini lebih besar dan ia lebih detail. Jadi saya rasa kelainan itu dapat dirasakan, mengarah drama dan filem feelnya saya rasa lebih memberi impak kepada saya,”

Sham Jr berkata, orang Kelantan juga menyebut motor scrambler dengan panggilan Endoro.

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Janna Endoro


Kembar Sado

Genre: Komedi
Tayangan: 9 Mei 2024
Pengarah: Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi: Multimedia Entertainment

Barisan Pelakon
Aedy Asraf sebagai Roy & Kasim
Rosnah Johari
Haeriyanto Hassan
Saiful Wazien
Razzuan Rosli
Baihaqi Majid
Sadiq M. Jamil
Adam Eji AS Sepat
Nik Rifaie
Nizam Kama
Rafique Iskandar

Sinopsis Kembar Sado

Kassim dan Roy adalah saudara kembar. Sejak kecil mereka menjadi yatim piatu selepas ibu bapa terkorban dalam kemalangan. Roy dibesarkan oleh ketua gangster manakala Kassim dijaga seorang guru agama. Roy hilang arah tujuan hidup dan menjadi buruan Ah long. Apabila mengetahui tentang Kassim, Roy terus mencari abangnya bagi membantunya menyelesaikan hutang.



kembar sado 2024
 



IBLIS DALAM DARAH (2023) INDONESIAN

SINOPSIS :

Mengisahkan tentang deorang wanita bernama Haruni (Michelle Joan) dirasuk syaitan dalam tubuhnya. Haruni merasakan sesuatu yang aneh dan bergerak di dalam badannya. Malah, dia sering mencederakan badan sendiri kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Kemudian, adik Haruni, Hanum (Cut Ashifa) menjalani rawatan mata dengan doktor bernama Ahmad (Ryaas Randa). Ahmad merupakan seorang doktor muda sangat mahir dalam bidang perubatan mata, selain itu seorang doktor yang sangat beragama. Dia kemudian mendengar cerita Haruni daripada ibu bapanya ketika mereka berkunjung untuk merawat Hanum.
Di tengah-tengah rawatan, Ahmad membuat kesimpulan bahawa keadaan Haruni ada kaitan dengan kes bunuh diri baru-baru ini. Ahmad dan rakannya yang bekerja sebagai pegawai polis turut mengetahui maklumat tentang orang membunuh diri semasa mengusir roh jahat dari tubuh Haruni.

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️





Sinopsis Pukul MersingSebuah kisah pengembaraan tiga sekawan dalam menemui erti persahabatan dan ilmu persilatan yang sebenar. Fawwaz (Fadhli Masoot) mahu mencari makna sebenar nilai persilatan dan guru yang mampu menurunkan ilmu 'Buah Pukul Mersing'.25 Okt 2023












"chefzacktrader"Gubang The Movie







Film Gubang The Movie merupakan Film pertama garapan Tuah Pictures bersama Penggiat Perfilman Anambas (PANGLIMA). Film ini kami produksi pada tahun 2015 silam dengan mengangkat salah satu kebudayaan asli Kepulauan Anambas, Kepulauan Riau - Indonesia. Kesenian unik bernama GUBANG ini berasal dari salah satu daerah yang berada di Kepulauan Anambas yaitu pulau Jemaja. Kesenian Gubang ini diyakini warga setempat berasal dari Orang Bunian. Ini merupakan Film Indie atau karya komunitas, dengan segala keterbatasan kami coba berkarya, untuk itu jika ada kekurangan kami mohon maaf. selamat menyaksikan. Menampilkan: Widya Saputri - Sri Basri - Alang Heri Rhamadhan - Atom Multia Rahim - Anom Ferri Armada Putra - Jalak Candrawasih - Putri Bunian Dll... Sebuah Karya: Sarman Galang