Memaparkan catatan dengan label INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA MALAYSIA. Papar semua catatan

PERAK 09/04/2024

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama sehari dijumpai orang awam dalam keadaan tidak bernyawa di dalam parit, kelmarin.

Mangsa terbabit dalam kemalangan sebelum terhumban ke dalam parit di Jalan Sungai Manik, Kampung Kuala Sungai Manik.

Kredit ➡️ VIRAL PERAK














Rejim penjajah Israel menangkap wartawan foto, Mohammed Abu Seneina di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Briged Al-Qassam: Mujahidin Al-Qassam berjaya menghapuskan penembak tepat Zionis berhampiran Persimpangan Penerbangan di Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

Briged Al-Quds: Mujahidin kami berjaya menyerang pasukan penjajah Zionis yang bersembunyi di salah satu bangunan kediaman di kawasan Al-Hawz, barat Khan Yunis dengan peluru berpandu.

Sumber: Briged Al-Quds





Kementerian Kesihatan di Gaza: Israel melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam yang lalu di Gaza, membunuh 164 orang awam dan mencederakan 200 yang lain.

Ini menjadikan angka kematian sejak permulaan serangan Israel kepada 28340.

Sumber: Quds News Network










Empat cedera nahas lima kenderaan

KULAI – Empat cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 42, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, kemalangan jam 10.30 pagi itu melibatkan lori jenis Isuzu, sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Perodua Axia dan Honda Accord.

“Nahas dipercayai berlaku apabila lori jenis Isuzu yang memandu dari arah Air Hitam menuju ke arah Johor Bharu gagal mengawal kenderaan dan melanggar belakang kereta Proton Wira yang ketika itu berhenti di lampu isyarat merah.

"Perlanggaran itu menyebabkan Proton Wira terbabit terdorong ke depan dan melanggar belakang kereta Perodua Axia yang kemudiannya melanggar pacuan empat roda serta kereta Honda Accord,” katanya.

"Pemandu Proton Wira, Perodua Axia dan Ford Ranger serta pemandu lori cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kulai (Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ujar beliau, kemalangan berlaku dipercayai akibat kecuaian pemandu lori.

"Bagaimanapun, ujian saringan air kencingnya negatif daripada sebarang bahan terlarang," katanya.










Bagan Serai - Sebuah kereta telah terbabas masuk ke dalam parit dibahu jalan Selama -Bagan Serai di Matang Pasir pada jam kira -kira 10 pagi hari ini.

Dalam kejadian ini,pemandu mengalami kecederaan.

#ikjbteam





3 lelaki merusuh di lokasi kemalangan kena tahan


3 lelaki merusuh di lokasi kemalangan kena tahan

Kuantan: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan di Kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan di Temerloh.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam itu berusia antara 37 dan 47 tahun serta dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan pergaduhan dan merusuh.

"Polis kini sedang mengesan dua lagi suspek untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas Program "Kick-Off" Pencegahan Jenayah Gempur Dadah 2024 peringkat Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu kereta Perodua Myvi iaitu warga emas berusia 75 tahun yang terbabit dalam nahas itu, turut ditahan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam Bernama melaporkan, polis mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dengan insiden tersebut selepas berlaku kemalangan yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut akibat parah di kepala dan kaki kanan selepas motosikalnya dipercayai melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang dikatakan membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian, manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian menimpa anggota polis itu.

Sementara itu, Yahaya berkata, pihaknya menyasarkan untuk menghapuskan stigma yang mengaitkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dengan kawasan Felda di Pahang dalam tempoh lima tahun.

Bagi menjayakan objektif itu, beliau berkata pihaknya giat menjalankan program kesedaran dan pendidikan tentang bahaya dadah dari semasa ke semasa khususnya bagi golongan muda Felda kerana tangkapan melibatkan penyalahgunaan dadah dapat dilihat seawal usia 15 tahun.

"Sebelum ini, asal dengar tentang Felda pasti ia dikaitkan dengan ramai penagih, jadi kita hendak hapuskan stigma itu dengan memastikan Felda bebas dadah.

"Selain penduduk setempat, pendatang luar yang datang untuk bekerja juga dikesan melakukan aktiviti tidak sihat ini dan kebiasaannya dadah digunakan di kawasan Felda ialah syabu, ekstasi dan pil yaba," katanya.

Menurutnya, tahun lalu kawasan Felda mencatatkan 236 tangkapan atau bersamaan 41 peratus daripada keseluruhan tangkapan bagi Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).




Jenazah Zahalita selamat dibawa keluar dari Gunung Reskit

Oleh NORFARHIZA MOHD ATAR
8 Februari 2024, 11:34 am

LIPIS – Jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada Selasa lalu selamat tiba di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, dekat sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah Zahalita Othman, 53, yang berada di Gunung Reskit, Kuala Tahan dekat Jerantut berjaya dikeluarkan dari kawasan hutan dengan menggunakan helikopter MI -171 Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Komander Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM, Subang, Penguasa Bomba Kanan 1, Mohd Ruzaidi Ramlee berkata, operasi membawa keluar jenazah bermula pada pukul 7.30 pagi yang disertai seramai 14 kru penyelamat terdiri daripada anggota bomba dan pasukan Pusat Mencari dan Menyelamat Gunung Tahan (MOSAR).

"Alhamdulillah, sebaik tiba di lokasi sekitar pukul 8.30 pagi dalam jarak kira-kira 5,200 kaki, kita telah berjaya menurunkan dua anggota penyelamat bagi membantu membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung.

“Cuaca hari ini cukup membantu dan membolehkan operasi mengangkat mayat mangsa ke atas pesawat di udara setinggi 50 meter berjalan lancar tanpa apa-apa halangan,” katanya ketika ditemui di padang SMK Clifford dekat sini hari ini.

Mohd Ruzaidi berkata, pasukan penyelamat turut menurunkan 80 kilogram bekalan makanan kepada baki pendaki di Gunung Reskit.

Jelasnya, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut bagi urusan bedah siasat.- KOSMO! ONLINE















Op Selamat 21
Tahun Baru Cina 2024

Bermula dari 8 Februari 2024 hingga 13 Februari 2024

Putrajaya , 8 Februari 2024 - Hari pertama Op Selamat 21 sempena tahun baru cina 2024 telah bermula. JSPT Bukit Aman menerusi BSPT Putrajaya telah melakukan penguatkuasaan trafik bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya. Ini bertujuan mengelakkan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

6 Kesalahan Trafik Utama Op Selamat 21:

1. Memandu melebihi had laju
2. ⁠Tidak mematuhi lampu isyarat merah
3. ⁠Memandu dilorong kecemasan
4. ⁠Memotong di garisan berkembar
5. ⁠Memotong barisan (Potong Q)
6. ⁠Menggunakan alat komunikasi semasa memandu

Pihak PDRM menyarankan semua pengguna jalanraya mematuhi peraturan jalanraya dan berhati-hati ketika pandu pulang ke kampung halaman. Pandu cermat jiwa selamat.









PEMANDU LORI DISAHKAN MAUT DALAM KEMALANGAN DI KM 335.6 LPT

8.2.2024: JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan jalan raya pada jam 5:46 pagi yang berlaku di KM 335.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kerteh menghala Kuala Terengganu, Terengganu.

Pasukan Bomba daripada BBP Paka serta bantuan daripada BBP Kerteh dengan jumlah keanggotaan seramai 17 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 jentera "water tender" dan 2 kenderaan Unit EMRS sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi,  PBK II (KUP) Ilyas bin Ramli, kemalangan itu melibatkan 2 buah kenderaan iaitu sebuah lori dan sebuah kereta Perodua Axia.

Pemandu lori iaitu lelaki dewasa telah tersepit di dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM tidak lama selepas itu.

Manakala, seorang lagi mangsa wanita dewasa yang turut berada di dalam lori berkenaan turut mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam.

Pemandu kereta Perodua Axia, lelaki dewasa dan penumpangnya wanita dewasa yang mengalami kecederaaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.

Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera di hantar ke hospital dengan menaiki kenderaan 2 Unit EMRS.

Balai Bomba Dan Penyelamat Kerteh
BOMBA PAKA
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

#ikjbteam