Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

KOTA BELUD – Remaja perempuan hilang selepas hanyut dibawa arus sungai semasa menjalankan aktiviti mandi di Daradaat View Kampung Ratau, ditemui lemas hari ini.

Mangsa, Qiezlle Yukiko Gerald, 14, yang hilang sejak Isnin lalu ditemui kira-kira lima kilometer daripada lokasi kejadian.



Operasi pencarian membabitkan beberapa kumpulan itu dijalankan di sekitar kawasan permukaan sungai dan sepanjang pinggir sungai. Mangsa berjaya ditemui pasukan bomba kira-kira lima kilometer daripada Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada pukul 10.20 pagi.

“Pasukan bomba terus membawa mayat mangsa ke PKTK sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syazwan berkata, susulan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang semasa berada di sungai terbabit kira-kira pukul 2.30 petang, 28 Ogos lalu.

Menurut saksi kejadian, mangsa dilaporkan lemas di bawah Jambatan Gantung Daradaat View ketika melakukan aktiviti mandi manda bersama keluarga

PASIR MAS – Seorang jurugambar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang remaja perempuan pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Zulhusni Sohaimi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi menerusi aplikasi Telegram dan bertemu dengan remaja perempuan berusia 17 tahun lima bulan ketika kejadian dengan niat untuk melakukan suatu kesalahan.



Perbuatan itu dilakukan olehnya berhampiran sebuah sekolah menengah di sini pada April tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh hukum mengikut Seksyen 13 (1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan tidak kurang daripada lima sebatan jika sabit kesalahan.

Tiga lagi pertuduhan, Mohamad Zulhusni didakwa menggunakan mangsa sama dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di siang hari di sebuah rumah di sini pada April, Mei dan Julai 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Sementara itu, bagi tiga pertuduhan, tertuduh didakwa terbabit dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di lokasi dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, jurugambar itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di lokasi yang sama pada Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes tersebut serius dan perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.

JAKARTA – Seorang lelaki nekad mahu memperbaiki hubungan dengan isterinya dan meminta supaya wanita itu dibebaskan daripada hukuman walaupun kemaluannya dikerat tertuduh Mei lalu, lapor laman berita Detik.



Permintaan itu dibuat menerusi nota rayuan kepada sebuah mahkamah di Solo, Indonesia.

Menurut Yenita, dia ketika itu berasa marah dan tertekan kerana diceraikan mangsa selain perlu menanggung hutang mereka berdua.

“Ketika itu, saya masih berperang dengan emosi dan berasa marah. Dia (mangsa) pernah berjanji untuk menyelesaikan sebarang masalah bersama. Saya juga sudah banyak berkorban kepadanya,” katanya.

Yenita juga mengaku menyesal dengan perbuatannya dan meminta hukumannya diringankan.- 


LONDON – Seorang pesara wanita mendakwa dirinya diganggu ‘telefon bimbit berhantu’ yang sering memaparkan mesej aneh setiap hari selain lampu suluh pada telefon menyala secara sendiri, lapor akhbar Daily Star semalam.



Diane Key, 80, berkata, telefon bimbit Motorola G13 yang baru dibelinya mula menunjukkan perkara aneh selepas dia terjaga pada satu malam disebabkan lampu peranti tersebut menyala terang.

Selepas memadamkan fungsi tersebut, Diane kembali tidur, namun keesokan malamnya, lampu suluh telefon bimbit itu menyala semula.

Sejak itu, Diane berkata, lampu suluh peranti itu menyala secara automatik pada waktu sama setiap malam.

Tambah wanita dari Norfolk, England itu, telefon bimbitnya turut menerima beribu-ribu mesej teks setiap hari yang berbunyi: “Tiada masalah. Saya tidak pernah melupakan anda ‘x’.”

Katanya, semua mesej tersebut diterima setiap minit dan secara bertalu-talu.

“Semua kejadian ini amat menyeramkan, terutamanya apabila lampu suluh sering menyala. Ia seperti berpuaka. Ia menakutkan saya pada usia sebegini,” kata Diane.

Wanita itu kini terpaksa mematikan telefon bimbit tersebut dan meletakkannya di dalam laci tempat tidurnya.

Dia juga mahu memulangkan semula peranti yang dibeli itu dan membatalkan kontrak pembelian. – AGENSI










Nak cepat kaya punya pasal, wanita ini tulis mantera atas duit kertas RM10, tak sangka ini yang ditulis. Sudah biasa kita dengar dalam kalangan komuniti peniaga tentang pelaris dan ibu duit yang digunakan untuk meningkatkan jualan mahupun menarik lebih ramai pelanggan agar datang ke kedai masing-masing.

Walaupun ia adalah amalan kurafat, masih ramai yang mempercayainya malah sanggup ‘menconteng’ wang dengan mentera tertentu yang diterima daripada pelanggan pertama semasa awal perniagaan kononnya sebagai ‘magnet rezeki’.

Pun begitu, baru-baru ini tular video di TikTok tentang penemuan sekeping wang kertas bernilai RM10 dipercayai dijadikan ibu duit digunakan seseorang untuk membeli makanan.

Seperti perkongsian seorang wanita bernama Zulaika yang bekerja sebagai penghantar makanan, wang kertas berkenaan dipenuhi tulisan tangan menggunakan pen berdakwat biru. Ia ditulis dengan perkataan berikut:

“21.3.2001, pukul 13.23. Saya Sarifah Aloyah Hassan hari ini memberikan komitmen saya untuk menguruskan kamu dengan baik dan saya berjanji akan menggunakan kamu dan kawan-kawan kamu.
“Untuk kebahagiaan saya, kesihatan saya, kekayaan saya, kejayaan dan untuk mendapatkan keberkatan dengan membantu orang lain yang memerlukannya.
“Dengan ini saya mengarahkan kamu untuk memanggil kawan-kawan kamu datang kepada saya Sarifah Aloyah Binti Hassan,” demikian coretan pada wang berkenaan.

Menurut Zulaika, dia menerima wang berkenaan daripada seorang pelanggan yang membuat bayaran secara tunai semasa penghantaran (COD).

“Duit diletakkan dalam sampul. Kita buka sampul kira dari atas macam tu saja.
“Hujung-hujung selepas selesai kerja, baru keluarkan… barulah nampak,” luahnya.

Umat Islam dilarang meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris untuk menarik pelanggan.

Perkongsiannya Zulaika mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata seperti mengetahui maksud di sebalik wang dipenuhi tulisan berkenaan.

“Ibu duit macam menjemput rezeki. Mungkin duit terakhir orang tu.
“Orang tu pun satu hal, ada ibu duit tapi duit tak ada… macam mana nak ada duit.
“Ada nama dengan dia suruh duit panggil kawan-kawan dia. Ibu duit ni,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyatakan ‘mantera’ yang tertulis itu boleh menyebabkan orang lain terkena sihir.

“Tak berani aku baca habis, takut berjangkit… takut kena sihir.
“Senang saja, kalau was-was… bakar. Kalau takut nak bakar sendiri, cari ustaz,” luah beberapa pelayar lagi.

Sebagai peringatan bersama, umat Islam dilarang meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris untuk menarik pelanggan.

Seperti yang dihuraikan secara panjang lebar menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan itu termasuk dalam perkara-perkara khurafat dan boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT.



Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura




Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura. Seorang rakyat Australia memberi amaran kepada pengguna aplikasi TikTok supaya tidak melawat Singapura melainkan mereka memiliki kekayaan, lapor porta berita asiaone semalam.

Rakyat Australia itu membuat kenyataan itu ketika dia berkongsi pengalaman melawat pusat beli-belah The Shopee yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis barangan mewah di Marina Bay Sand.

Dia yang menggunakan akaun _jessiecarr berkongsi video tentang kunjungannya ke pulau tersebut.

“Jangan pergi ke pusat beli-belah di Singapura melainkan anda kaya,” katanya dalam video itu sambil melihat di sekelilingnya.
“ Ini yang saya lihat,” katanya yang menunjukkan kedai berjenama di sekelilingnya termasuk Bottega Veneta, Hermes, Balenciaga, Saint Laurent, Bulgari, Louis Vuitton dan Prada.
“Saya belum lagi melihat satu kedai mampu milik yang saya boleh berbelanja,” tambahnya.

Benda tak best’ – Dottie dah 3 tahun bercerai


KUALA LUMPUR – Menyimpan kemas hal peribadi, akhirnya pelakon Dottie mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami Mohd. Haffis Abu Hassan, sejak tiga tahun lalu.

Enggan mengingati kisah lampau, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Mazni Abd. Razak mengakui terlupa banyak perkara berkenaan sejarah perkahwinannya yang singkat.



Benda tidak best (seronok), tidak perlu ingat,” katanya ketika ditemui pada acara Anugerah TikTok 2023, malam ini.

Ditanya sama ada sudah bertemu orang baharu, bintang filem Dottie itu menegaskan belum terlintas untuk kembali berumah tangga.

“Tiada orang bertanya. Jadi saya pun tidak bercerita.

Buat masa sekarang saya mahu bergembira terlebih dahulu. Belum sedia nak cari pengganti,” jelas Dottie yang sudah 13 tahun dalam industri seni

Dottie mendirikan rumahtangga dengan Haffis pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sebelum ini timbul desas-desus kemelut hubungan mereka yang didakwa tidak sehaluan apabila tiada lagi gambar bersama.-