Memaparkan catatan dengan label Terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terkini. Papar semua catatan

PETALING JAYA – Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 7.13 pagi tadi.



Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur serta jarak 13 kilometer (km) Barat Laut dari Ranau,Sabah.



Gempa bumi dengan kedalaman 5km itu menyebabkan gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit.

Sehubungan itu, MetMalaysia meminta mereka yang terjejas untuk mengisi borang selidik di https://forms.gle/mko8CojMMNnNpLVA9


ALOR SETAR – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan esok, lebih 200 penduduk Alor Setar menelusuri Sungai Kedah dengan 66 bot yang lengkap dihiasi Jalur Gemilang serta bendera negeri Kedah, hari ini.



Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Dzowahir Ab. Ghani, pihaknya menganjurkan program tersebut bagi merancakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang membawa makna besar kepada negara ini.

Selain itu katanya, program itu juga bertujuan untuk menambah semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat terutama orang muda.

Jumlah 66 bot itu sebagai manifestasi kepada 66 tahun negara ini merdeka. Semua bot itu dihias dengan Jalur Gemilang dan perarakan ini disertai oleh masyarakat pelbagai peringkat umur.

“Kami bermula di Pelantar Seberang Pantai Johor dan berakhir di Tanjung Chali. Sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 17 kilometer itu, kami akan berhenti sebentar di Muzium Kedah untuk menyerahkan Jalur Gemilang kecil kepada pengguna jalan raya di situ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain Dzowahir, beberapa wakil rakyat termasuk Exco negeri turut menaiki bot disediakan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan negeri, Muhamad Radhi Mat Din; Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden serta Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.

Tambahnya, pihaknya turut merancang untuk menjadikan program itu sebagai cara tahunan kerana sambutan diterima sangat menggalakkan

Apakah hukumnya jika seorang suami itu tidak pulang ke rumah isteri kedua atas kerelaan isteri itu sendiri? Ini kerana pernikahan tersebut berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama. Bagaimanapun, suami masih menjalankan tanggungjawabnya serta memberi nafkah zahir dan batin.

Jawapan: Seorang suami yang telah berkahwin lebih daripada satu hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Allah SWT menyebut di dalam Surah Al-Nisa ayat 3;

Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (apabila kamu mengahwininya), maka kahwinilah perempuan (lain) yang kamu senangi; dua, tiga, atau empat.

Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim.”

Ayat tersebut menjelaskan tentang kewajipan seorang suami memberikan hak dengan adil terhadap isteri-isterinya.

Namun, jika lelaki tersebut khuatir tidak mampu berlaku adil, maka lebih baik untuknya mengahwini seorang wanita sahaja. Hikmah larangan ini adalah supaya tidak berlaku kezaliman dan penganiayaan terhadap isteri-isteri dinikahi.



Berlaku salah faham dalam masyarakat terhadap maksud adil sebenar.

Orang kebanyakan menyangka maksud adil adalah sekadar membahagi sesuatu secara sama rata. Sebenarnya, sifat adil bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Begitu juga di dalam kehidupan suami isteri.

Suami wajib memberikan hak yang sepatutnya kepada isteri-isterinya secara adil.

Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing daripada suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah.

Berbalik kepada soalan yang diajukan, hukumnya adalah harus dan tidak salah jika suami tidak balik ke rumah isteri kedua atas keinginan dan kerelaan hati isteri kedua.

Namun begitu, dinasihatkan supaya perkara ini tidak berlaku berpanjangan demi menjaga keperluan emosi pasangan (semua isteri) yang merupakan nafkah batin (bukan sekadar keperluan seks) dan tanggungjawab zahir yang akan bertambah dari semasa ke semasa.

Sunnah Rasulullah SAW bukanlah sekadar pada poligami, tetapi juga meliputi sifat adil dalam poligami.

Namun begitu perkara yang paling penting dalam perkahwinan sama ada berkahwin dengan seorang isteri atau lebih daripada satu (poligami), perbincangan yang tulus secara baik antara suami dan isteri-isterinya hendaklah dilakukan.

Sebaik mungkin elakkanlah daripada berahsia tentang perkahwinan (berpoligami) daripada pengetahuan isteri-isteri yang lain bagi menjamin maslahah dan mewujudkan keadilan untuk semua serta kebahagiaan yang berpanjangan.


BALING – Sebilangan mangsa tragedi aliran puing Kampung Iboi, di sini terpaksa pulang ke rumah asal mereka setelah mendakwa bantuan bayaran sewa rumah telah dihentikan kerajaan negeri sejak Jun lalu.

Mangsa, Mahmod Md. Rejab, 78, berkata, dia bersama isteri­nya, Halipah Ahmad, 71, serta anak lelaki, Mohd. Arif, 28, terpaksa pulang ke rumah pada awal Jun lalu kerana tidak mampu membayar sewa rumah.



Sejak kejadian kepala air dan banjir sejak lebih setahun lalu, saya sewa rumah penduduk kampung berhampiran masjid dengan sewa bulanan sebanyak RM350 dan ia dibayar kerajaan.

“Namun, setelah dihentikan bantuan itu, saya dan keluarga nekad untuk balik ke rumah sendiri meskipun keadaannya agak uzur. Kami juga mungkin ber­ada dalam keadaan bahaya jika air Sungai Kupang melimpah ke tebing,” katanya semalam.


Selain itu, Mahmod juga me­nyatakan kebimbangannya jika berlaku hujan lebat dalam tempoh lama dan tragedi aliran ­puing berulang lagi.

“Saya masih ingat ketika itu saya tersangkut di atas pokok pinang setelah dibawa arus banjir ketika cuba balik ke rumah untuk menyelamatkan isteri yang masih berada di rumah seorang diri,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa, Ishak Saad, 56, pula berkata, dia juga sedang membersihkan rumah­nya yang rosak dan kotor akibat kejadian aliran puing dan banjir itu kerana tidak mampu membayar sewa rumah RM350 yang didudukinya sekarang.

“Saya hanya menoreh getah, seminggu hanya dapat RM100 sahaja setelah dibahagi dengan tuan pokok. Keadaan sekarang hujan turun tidak menentu menyebabkan saya tidak dapat menoreh dan duit hasil torehan getah hanya boleh beli barang dapur sahaja,” jelasnya.