Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan















Beratus-ratus keluarga meninggalkan Deir Al-Balah di tengah Gaza malam ini dan tidak tahu ke mana harus pergi kerana artileri Israel secara kejam membedil bandar itu.

Serangan pengganas Israel juga dilaporkan menyasarkan Rafah, Khan Yunis, dan Jabalia.

Dunia Palestin 🇵🇸:
Pertemuan Presiden Turki Erdogan dengan Ketua Hamas menekankan perlu menghalang ketegangan Iran-Israel daripada menguntungkan Tel Aviv dan sebaliknya terus fokus pada Gaza.


Senat AS meluluskan rang undang-undang kontroversi yang membenarkan semula kuasa pengintipan persekutuan ke atas sasaran asing selama 2 tahun lagi.















Dewan Perwakilan AS meluluskan pakej bantuan $95B untuk Ukraine, Israel dan sekutu AS lain di luar negara.


Serangan ganas Israel ke atas Deir Al-Balah di tengah Gaza.


Beratus-ratus keluarga meninggalkan Deir Al-Balah di tengah Gaza malam ini dan tidak tahu ke mana harus pergi kerana artileri Israel secara kejam membedil bandar itu.

Serangan pengganas Israel juga dilaporkan menyasarkan Rafah, Khan Yunis, dan Jabalia.


Ismail Haniyeh berkata kepada Anadolu Agency: Israel menolak Turki dan Rusia sebagai penjamin sebarang perjanjian gencatan senjata di Gaza.



Ismail Haniyeh berkata kepada Anadolu: Jika musuh memutuskan untuk pergi ke Rafah, rakyat kami tidak akan menaikkan bendera putih dan pihak pejuang bersedia untuk mempertahankan diri.



Ismail Haniyeh: Israel tidak bersetuju dengan gencatan senjata dan apa yang mereka mahukan ialah mendapatkan tahanannya dan kemudian meneruskan perang, dan ini tidak akan berlaku.



Berikut adalah rangkuman beberapa perkembangan utama perang Israel terhadap Palestin (21 April 2024):

— Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 37 rakyat Palestin dan mencederakan 68 lagi dalam tempoh 24 jam yang lalu dalam empat pembunuhan beramai-ramai, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

— Ini menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin dalam tempoh lebih enam bulan kepada lebih 34,049, dengan lebih 76,901 cedera dan dianggarkan 7,000 hilang dan dianggap mati. Lebih 70 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita, menurut pegawai kesihatan.

— Lima rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh dan sekurang-kurangnya 11 lagi cedera, di tengah-tengah serbuan berterusan Israel ke atas kem pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki.

— Tentera Israel telah menahan 30 rakyat Palestin dalam dua hari serbuan di seluruh Tebing Barat yang diduduki, kata Persatuan Tahanan Palestin. Menurut kumpulan itu, separuh daripada tahanan ditahan di kem Nur Shams.

— Jet pejuang Israel mengebom dan memusnahkan kilang farmaseutikal terbesar di Semenanjung Gaza pada hari Sabtu, menurut perbandaran Deir al-Balah.

— Seorang paramedik sukarelawan untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) telah hilang selama 120 hari sejak dia ditahan oleh tentera Israel, kata pertubuhan itu.

— Tiga pejuang Hizbullah terbunuh pada hari Sabtu dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di selatan Lubnan, menurut sumber yang rapat dengan kumpulan yang disokong Iran.

— Pihak Berkuasa Palestin sedang mempertimbangkan semula hubungannya dengan AS berikutan veto Amerika terhadap permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Presiden Mahmoud Abbas dalam temu bual dengan agensi berita Wafa.

— Beliau berkata, veto itu "merupakan pencerobohan terang-terangan terhadap hak, sejarah, tanah, dan kesucian rakyat Palestin, mencabar kehendak masyarakat antarabangsa".

— Majoriti dwipartisan Dewan Perwakilan AS mengundi menyokong rang undang-undang memperuntukkan dana tambahan kepada Israel pada hari Sabtu, sebahagian daripada pakej bil bernilai AS$95 bilion secara keseluruhan yang akan menghantar bantuan kepada sekutu utama di seluruh dunia.

— Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada hari Sabtu bertemu dengan ketua Hamas, Ismail Haniyeh, yang dalam lawatan rasmi pertamanya ke Istanbul sejak perang Israel di Gaza bermula pada Oktober.

— Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Shoukry, membincangkan "keadaan teruk" di Gaza dan bagaimana untuk meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan yang dikepung itu dalam satu mesyuarat pada hari Sabtu di Istanbul.

— Menteri Luar China, Wang Yi, berkata bahawa kemasukan Palestin ke dalam PBB akan "membetulkan ketidakadilan sejarah yang berpanjangan".

— Beribu-ribu penunjuk perasaan Israel turun ke jalan pada hari Sabtu dalam pusingan terbaru bantahan terhadap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.



Petugas Hospital Lapangan Jordan Gaza/77 telah kembali ke Jordan selepas menyelesaikan misinya di Gaza dan setelah petugas Hospital Lapangan Jordan Gaza/78 masuk ke wilayah yang terkepung itu pada hari Khamis lalu.



Kementerian Luar Negeri Israel memanggil duta Perancis, Jepun, Korea Selatan, Malta, Slovenia dan Ecuador untuk menegur mereka kerana mengundi memihak kepada membenarkan Palestin mempunyai keahlian penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Kanak-kanak cedera parah di Gaza berikutan serangan Israel ke atas sebuah rumah di Rafah malam tadi.



Wartawan Al-Jazeera: Pejuang Palestin melancarkan salvo peluru berpandu dari tengah Semenanjung Gaza ke arah bandar dan tapak Israel.



Imej satelit menunjukkan kenderaan penjajah Zionis kerap berada di sekitar Hospital Persahabatan Turki di Gaza.


Saluran 12 Israel berkata tentera Israel telah menjalankan latihan sebagai persediaan untuk menyerang Freedom Flotilla, yang sepatutnya berlepas dari Turki dan dijangka tiba di Gaza minggu depan dalam usaha untuk memecahkan pengepungan ke atasnya.



Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan bantuan keselamatan kepada Israel bernilai AS$26 bilion (RM124 bilion).

Pakej perundangan itu diluluskan dengan undian 366-58, menyaksikan 37 wakil Demokrat dan 21 wakil Republikan membangkang peruntukan itu.

Demokrat beberapa bulan sebelum ini lantang meluahkan kemarahan terhadap kerajaan Israel dan tindakannya dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.













SAMBUNGAN



Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat sedang cuba untuk mengusahakan satu lagi gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry memberitahu, fokus ketika ini adalah untuk memastikan kehidupan dan keselamatan rakyat Palestin.

Katanya, kini lebih 33,000 terbunuh dan 20,000 daripadanya adalah daripada wanita dan kanak-kanak, justeru resolusi  gencatan senjata serta pengembalian tawanan perlu dicapai.

Shoukry turut menyifatkan, perpindahan secara paksa adalah satu jenayah perang dengan itu pihaknya sedang berusaha untuk mengembalikan keamanan, hak rakyat Palestin dan mewujudkan sebuah negara yang menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin.




Rakyat Palestin duduk di atas runtuhan rumah mereka yang musnah akibat serangan rejim Zionis di utara kem Nuseirat, Semenanjung Gaza.

Kira-kira 13,000 kediaman milik penduduk Palestin di Semenanjung Gaza musnah dalam perang 11 hari menentang rejim Israel dengan sebahagian besarnya memerlukan bantuan segera untuk dipulihkan.



Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, jumlah itu tidak termasuk 50,000 kediaman yang musnah separa dalam perang pada 2014.

"Dari 2006, kepungan yang berlaku ke atas Gaza sampai ke hari ini, mereka sebenarnya terus kesempitan. Sekarang adalah waktu kritikal untuk kita teruskan bantu mereka.




"Jika kita lihat datanya, sejak peperangan pada 2014, sekitar 50,000 rumah yang musnah pada 2014 saja belum dibaiki hingga kini. Maka, mereka baru-baru ini sekitar 13,000 lagi rumah musnah separa belum juga dibaiki termasuk 2,000 rumah yang musnah keseluruhan.




Al Jazeera melaporkan Tentera rejim Zionis kini menyerbu kem pelarian Nur Shams, Tulkarem yang terletak di Tebing Barat.




Serangan serbuan yang dilakukan itu telah menyebabkan sebanyak lima rakyat Palestin disahkan terbunuh termasuk seorang remaja.




 

Berita Wafa pula melaporkan, sekurang-kurangnya lapan orang iaitu kanak-kanak dan wanita telah terbunuh ketika serangan rejim Zionis di sebuah rumah kediaman di Rafah, Selatan Gaza.

Angka terkini jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan tentera rejim Zionis ke atas Gaza sejak 7 Oktober telah mencapai sebanyak 34,012 orang dan 76,833 disahkan mengalami pelbagai kecederaan.





Middle East Eye melaporkan, pelampau Yahudi sedang rapi melihat perkembangan lembu betina merah yang bakal digunakan bagi penyucian ritual bagi membolehkan kuil ketiga Yahudi dibina di tapak Masjid Al-Aqsa.






Ketika ini lima ekor lembu Red Angus ini diternak di puncak bukit di Tebing Barat.

Kumpulan Yahudi radikal berkata kuil itu mesti dibina di dataran tinggi di Kota Lama Baitulmaqdis yang dikenali sebagai Temple Mount, di mana Masjid Al-Aqsa dan  Dome of the Rock berada ketika ini.





Ada orang nak 'hapus' Bella

Batu Pahat: Mila Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu dikatakan pernah memberitahu ahli keluarganya bahawa ada individu mahu 'menghapuskannya' dengan melanggar menggunakan kereta hingga meninggal dunia.

Perkara itu diceritakan sendiri oleh Bella kepada ibu saudaranya, Napisah Salleh, 53, kira-kira seminggu sebelum kehilangannya pada 14 Disember lalu.

Sehingga kini, Bella masih belum dijumpai dan penemuan rangka di dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah petang kelmarin, dikatakan bakal merungkai misteri kehilangannya yang berlarutan sejak 36 hari lalu.

Kakaknya, Norhisham memberitahu, ibu saudaranya, Napisah Salleh, 53, pada ketika itu mendengar cerita daripada Bella sendiri namun tidak sekalipun menyangka ia akan menjadi kenyataan.

Katanya, mengikut cerita ibu saudaranya, Bella seolah-olah membayangkan akan ada sesuatu perkara berlaku ke atasnya.

"Bella beritahu Mak Ngah, dekat rumahnya (ibu saudara), ada satu lorong gelap, ada orang langgar Bella.

"Orang itu langgar Bella dengan kereta. Jadi, Bella meninggal dunia dan individu itu 'berlakon' seolah-olah Bella meninggal dunia akibat kemalangan itu.

"Esoknya, keluar dekat media orang cakap Bella mati kemalangan padahal dia kena bunuh," katanya ketika ditemui.

Norhisham berkata, sejak hari pertama adiknya itu hilang, naluri tidak pernah silap mengatakan individu terbabit dalam kejadian itu adalah yang paling dekat dengan Bella.

Katanya, pada awal kejadian itu, sudah mendapat maklumat mengenai individu terbabit namun belum ada bukti mencukupi.

"Cuma saya tak tahu macam mana polis siasat, padahal hari pertama yang saya buat laporan (16 Disember), banyak keraguan daripada lelaki itu.

"Kenapa polis tidak mengambil tindakan seawal itu? Sekurang-kurangnya kalau ada tindakan awal (tahan suspek), kita boleh jumpa lagi Bella.

"Pada hari penemuan rangka manusia itu, ada polis datang jumpa menerangkan penemuan rangka. Dia (polis) minta bagi tempoh dua hari untuk DNA (asid deoksiribonukleik).

"Polis sudah mengambil tisu dalam mulut daripada saya dan emak (Noraini) untuk ujian itu," katanya.






Lelaki warga asing dibunuh rakan sekerja

Bentong: Polis menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terbabit kes pembunuhan rakan sekerja mereka di kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun kira-kira jam 5 pagi hari ini.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun dengan mayatnya mempunyai beberapa kesan kecederaan pada badan.

"Kami menahan dua lelaki warga asing iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun di kawasan kebun itu, manakala seorang lagi suspek berusia 31 tahun ditahan di lokasi berhampiran ketika cuba melarikan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, salah seorang suspek yang ditahan didapati mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat pergelutan.

"Kami juga berjaya merampas parang dan pisau dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Hasil siasatan awal dilakukan mendapati kedua-dua suspek dan mangsa adalah pekerja di kebun durian berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca kejadian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong, Asisten Superintendan Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau Pusat Kawalan Daerah IPD Bentong di talian 09-2222222 bagi membantu siasatan.

"Pihak polis memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang masih dalam siasatan," katanya.




Mangsa mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di rumah terbiar

BATU PAHAT – Penduduk di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini tidak menolak kemungkinan rangka manusia tidak sempurna termasuk tengkorak yang ditemui dalam rumah kosong hujung kampung itu disyaki mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di sebuah bilik rumah berkenaan.

Pesara swasta, Md. Hairunizal Alimon, 56, berkata, pendapat itu mungkin berasas kerana sepanjang tempoh sebulan ini dua keluarga yang menginap di lorong berkenaan tidak mendengar apa-apa perkara pelik seperti tangisan atau jeritan seseorang.

Katanya, mereka hanya menyedari adanya rangka manusia itu apabila dikejutkan dengan kedatangan pihak polis dan memaklumkan tentang penemuan itu.

“Selama sebulan ini juga, tiada kenderaan membawa barang-barang mencurigakan dilihat masuk ke bahagian belakang lorong ini.

“Kalau ada pun cuma lori yang membawa tanah atau batu untuk menambak tanah berhampiran kebun kelapa sawit,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, isterinya, Fadilah Md Mery, 51, berkata, sepanjang sebulan ini tiada ada apa-apa bau pelik kecuali bau ikan kerana terdapat tempat penjualan ikan di hadapan rumah.

Ujarnya, kebiasaanya kenderaan yang memasuki lorong ini hanya untuk membuat pusingan U sama ada selepas mengambil anak bersekolah atau lari dari sekatan polis berhampiran Tongkang Pechah.

“Kecuali siang macam ini orang akan keluar masuk dan kita pun takkan mengesyaki apa-apa. Rumah terbengkalai itu sudah dijual kepada pihak lain, namun mula terbiar kira-kira empat tahun lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, penjual ikan, Nurul Ain Sakinah Mohd Jasmi, 26, berkata, kenderaan yang keluar masuk ke lorong itu memang banyak setiap hari terutama ketika hari cuti umum kerana datang mendapatkan ikan dan barang-barang jualan disini..

“Saya sudah meniaga di sini sejak 2020. Sampai sekarang belum terjadi sebarang kejadian mencurigakan, ini kali pertama terjadi insiden seumpama ini dan gerai saya menjadi tumpuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE







SARAWAK 
Lelaki yang dilaporkan hilang di Jalan Kong Phin, Kuching ditemukan meninggal dunia di hutan berdekatan, pagi tadi.

Sumber: Borneo Network




Cebisan kain ditemui hampir sama baju kelawar dipakai Bella

BATU PAHAT – Walaupun pahit untuk menerima kenyataan bahawa rangka manusia tidak sempurna yang ditemui semalam adalah Bella selepas dilaporkan hilang sejak 14 Disember tahun lalu.

Kakaknya, Norisham Samsusah, 36, berkata, jika berdasarkan laporan penemuan rangka bersama cebisan kain di lokasi adalah hampir serupa dengan ketika keluar dari rumah pada malam kehilangannya Bella atau Mira Sharmila, 32, mengenakan baju kelawar berwarna gelap.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya tetap mengharapkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) nanti akan memberikan jawapan berbeza dan rangka manusia itu bukan milik Bella.

“Ini kerana keluarga kami belum bersedia untuk menerima berita sedih selepas lebih sebulan mengharapkan pengakhiran tragedi kehilangan adik itu berlaku dengan baik.

“Malah sepanjang malam tadi, ibu tidak dapat melelapkan matanya kerana selepas diberitahu tentang penemuan rangka manusia tidak sempurna yang dipercayai Bella,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Norisham lagi, pihaknya kini hanya menunggu keputusan ujian DNA samada dari polis atau hospital dan seandainya itu adalah Bella akan cuba dihadapi dengan tabah.

“Kami amat berharap keputusan ujian DNA itu dapat disegerakan agar dapat dikebumikan dengan sempurna jika betul rangka itu adalah Bella,” katanya.-KOSMO! ONLINE



Guru didakwa raba anak murid dalam kelas

ALOR GAJAH – Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, K. Ramakrishnan, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di dalam sebuah kelas tahun lima di sebuah sekolah dalam daerah Alor Gajah pada 26 Mei 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seskyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 16 AKSTK 2017.

Nariman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE




Kemalangan melibatkan kereta terbabas merempuh tembok sebuah rumah di Taman Perwira Jaya, Kluang petang tadi.





Kemalangan maut melibatkan basikal dan lori treler dekat Public Bank Bidor, semalam.
















Lelaki patah kaki dihempap pokok tumbang

KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal patah kaki selepas dihempap pokok tumbang di persimpangan Taman REM, Jalan Kota Tinggi tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Syukri Mohd. Yusof berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan kejadian itu pukul 12.56 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Kota Tinggi dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat pokok tumbang berketinggian 10 meter. Pokok berkenaan telah menghempap seorang lelaki berusia 40an yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Mangsa dibawa oleh ambulans sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian. Akibat kejadian itu mangsa patah kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini 



*REMAJA HILANG*

Nama Farhana umur 15 tahun di Jitra, Kedah

Asalamualaikom, sahabat area Jitra sapa2 yang  ternampak anak menakan saya tolong call balai polis yg terdekat dah 4 hari tak balik, kesian dekat tok dan tokwan dah tua2 susah hati dekat cucu.

Laporan polis dah dibuat harap dipanjangkan sampai jumpa, jangan komen yg boleh terasa ahli keluarga,kami pon tak mintak benda ni jadi🥹, doa kan yg baik2...

Farhana kalau ada baca ni.. balik la, mai jumpa maknjang tak pa...atau pon call mak njang 0147743044..




Dua beradik hilang: Polis tahan suspek


_Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya. - Foto BH_

HULU SELANGOR: Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

"Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).

"Lain-lain masih dalam siasatan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada pagi 1 Januari lalu, selepas pulang dari solat subuh di surau.

Pada malam 11 Januari lalu, seorang daripadanya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa beliau dan adiknya, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.




Lima lelaki merusuh guna kayu dekat restoran ditahan polis


Rakaman kejadian rusuhan di Permas Jaya.

LIMA lelaki ditahan selepas merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran dekat Bandar Baru Permas Jaya, Masai petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejdian pada pukul 2.27 petang semalam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat serbuan pada pukul 2.30 petang semalam sehingga 12.10 tengah malam tadi di empat lokasi.

“Lima lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 34 tahun berjaya ditahan bersama barangan rampasan dua buah telefon bimbit serta dua batang kayu rotan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod jenayah lampau.

Sementara empat lagi suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Kesemua suspek telah menjalani pemeriksaan ujian airk kencing dan negatif dari sebarang jenis dadah,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara suspek pada kelmarin.
Kesemua suspek direman selama satu hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-