![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjuhwtPOxHaQlv5b3DZ68H3UMuxtUW1B-4_IpeJnfdWgAssqRxOcz8NmMG5zhl2Pq_HuCNgddGIcrspuKZeT4PIQ7QAOYIRslDUjEw8MunvKDeB_Dtmy5_YW38THIX4blkQ9CAJMx67pck2oVu0nDHqQCIRviBGFnyKqyZ8D1M3hdZWS4uHV_mFXwRqfH0/w400-h400-rw/4.webp)
DOA PALING AFDAL
[3 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MELABUR SAHAM]
Sebelum anda melibatkan diri dalam pelaburan saham, pastikan anda ketahui dan bersedia dalam 3 aspek berikut:
1. Gunakan wang lebihan sebagai modal pelaburan.
Wang lebihan merujuk kepada wang yang tidak digunakan dalam tempoh 1 tahun dan ke atas dan bukannya wang komitmen dimana anda terdesak mahu menggunakannya dalam masa terdekat seperti wang bayaran ansuran rumah, ansuran kereta, atau wang perbelanjaan harian anda sekeluarga.
Jangan sesekali menggunakan wang pinjaman atau berhutang dengan sesiapa sahaja untuk melabur saham. Anda perlu melabur dalam keadaan emosi yang tenang dan stabil untuk berjaya menjana keuntungan secara konsisten dalam pasaran saham.
2. Fahami ilmu asas pelaburan saham.
Pelaburan saham melibatkan risiko. Sebelum anda mula melabur anda perlu fahami apa yang anda sedang lakukan dan apa risiko yang perlu anda tanggung.
Antara ilmu asas pelaburan yang penting untuk anda kuasai sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan adalah seperti pengurusan kewangan, pengurusan risiko, analisis fundamental, analisis teknikal, dan analisis pasaran.
3. Tentukan matlamat dan buat perancangan.
Matlamat dan perancangan sangat penting dalam pelaburan saham. Tentukan apa yang anda nak capai untuk jangka masa panjang dan pendek. Ramai pelabur yang berhenti di pertengahan jalan disebabkan tidak jelas dengan matlamat yang hendak dicapai dalam pelaburan saham.
Setelah tentukan matlamat, buat perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat dan perancangan perlu dibuat dengan sangat terperinci. Masukkan setiap jumlah (RM) yang hendak dicapai dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Jika perancangan anda tidak berjaya, anda boleh ubah perancangan dari masa ke semasa, tetapi jangan ubah matlamat yang telah ditetapkan. Jangan berhenti berusaha sehingga anda berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.
Terima kasih kerana membaca posting ini. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.
0 Comments:
Catat Ulasan