Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara membaca candlestick ini dengan memahami peranan pembeli dan penjual dalam pembentukan candlestick ini.
* Rujuk gambar di bawah untuk melihat point A, B, C, dan D. Sebaik sahaja pasaran saham (Bursa Malaysia) dibuka pada jam 9.00 pagi, harga saham akan dibuka di point A (harga buka).
Semasa waktu dagangan, penjual menggerakkan pasaran dan menolak harga saham turun ke point B (harga terendah).
Di point B, pembeli pula menguasai pasaran dan menolak harga saham naik sehingga ke point C (harga tertinggi).
Di point C, penjual kembali menguasai pasaran dan menolak turun semula harga saham dari point C (harga tertinggi) ke point D (harga tutup).
0 Comments:
Catat Ulasan