JAWATAN KOSONG FULL TIME‼️

* SITE SUPERVISOR
(Kelayakan SPM)
 
*Syarikat Abg Homes Builder Plt
*Lokasi 👉 Sungai Petani, Kedah
 ▪️RM1,500.0 - RM1,800.0 Per Month

Info & Memohon

*Manfaat
✔️ Kwsp, Socso
✔️ Bonus

#️⃣Pemohonan secara Online
#️⃣Link boleh dibuka menggunakan browser




JAWATAN KOSONG !!

FRONT DESK (FULL TIME)  
Syarikat : BIG ORANGE HOTEL, SUNGAI PETANI
Gaji : RM1500

- Jujur, amanah, berdisiplin, berdedikasi
- Bertanggungjawab
- Sihat tubuh badan dan aktif
- Mesra dan peramah
- Mempunyai sikap yang ceria dan sentiasa positif
- Serius mahu kerja
- Boleh mendengar arahan dari pihak pengurusan
- Boleh menerima teguran dan cadangan untuk meningkatkan   
   kualiti kerja
- Boleh kerja shift (Pagi/Petang/Malam)
- Minima SPM

*Mengutamakan calon yang tinggal berdekatan Cinta Sayang/Taman Batik/Ambangan Height/Sungai Lalang/Taman Ria/Taman Ria Jaya/Taman Peruda dan kawasan sekitarnya sahaja

Calon yang berminat boleh hantar resume anda ke 0174544100 (Ms Fizah). Terima kasih.

HANYA CALON YANG DISENARAIPENDEK SAHAJA AKAN DIPANGGIL UNTUK SESI TEMUDUGA



Jawatan kosong  Kilang thunder print nk pakai operator lelaki. ..

 0125594405 



Jawatan kosong operator kilang tmn cendana

Ni no HR,04 4214385,



JAWATAN KOSONG ‼️

- Pekerja Am Lelaki
- Pasang Pintu Tandas Bi Fold 
   dan Lain2
- Umur 25 ~ 30 
- Lesen Memandu D (Kereta)
   Guna Van sahaja
- Gaji Mula RM 1300

- Location:
   Bandar Laguna Merbok,
   Sungai Petani, Kedah 

P/s Call : 017 2300373




Jom wasap saya 0164211167, keja kilang, direct company, keja duduk,ada transpot 👍




JAWATAN KOSONG !!

*KERANI*
- Mempunyai pengalaman
- Boleh bekerja lama

Area Taman Sejati Indah

Berminat boleh Whatsapp ke

wasap.my/60122895411
wasap.my/60126675411






JAWATAN KOSONG !!

• Bahagian Centre Kicthen

Nasi Abe Wok, Taman Tunku Haminah, Taman Ria..

LELAKI DIPERLUKAN !!

Tempat tinggal disediakan bagi yang memerlukan!!

Hubungi segera, bagi yang serius sahaja!!

Www.wasap.my/01162602806/jawatankosongsp





JAWATAN KOSONG

*FULL TIME* 

KEMASUKAN SEGERA!!
Ambangan Freshmart Cawangan AMBANGAN  HEIGHT mencari individu yang betul2 berminat untuk bekerja:

Jawatan: CASHIER & PEMBANTU KEDAI (kerja2 Am: urus barang2 segar)
Terbuka: LELAKI & PEREMPUAN
Mahir dlm Pemotongan Ayam DIUTAMAKAN
Waktu kerja 8.30am - 8.30pm
 (6 hari bekerja Dan 1hari CUTI dalam seminggu)
Basic : RM1500(after confirm)
Kriteria yang diperlukan:
- Rajin (Buat kerja tidak perlu disuruh)
- Jujur
- Amanah
- Mahu belajar sesuatu yang baru

Yang BERMINAT dan BETUL2 INGIN BEKERJA bole klik link ini:
www.wasap.my/60124900964/jawatankosongsp
www.wasap.my/60124900964/jawatankosongsp
www.wasap.my/60124900964/jawatankosongsp

Sekiranya ada kawan-kawan anda yang berminat dan serius mencari kerja, harap boleh share post ni dan tag mereka sekali.

Terima kasih





Mencari pembancuh air boleh buat air sedap
 Dgr arahan 
Masuk keje ikut time
Berdisplin
01111490025




Pengawal Keselamatan @ Thong Guan Taman Ria Jaya
http://wasap.my/60176544288/pengawalkeselamatan



JAWATAN KOSONG.

SYARIKAT FAIZA SDN. BHD. CAWANGAN UTARA

BERSEBELAHAN PERODUA SERVIS SUNGAI LALANG

OPEN INTERVIEW UNTUK KEKOSONGAN DIBAWAH ! ⬇

JURUTEKNIK MESIN - SATU KEKOSONGAN SAHAJA 

➡KHAMIS⬅
➡25 MEI 2023⬅

⛔10.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI SAHAJA

⛔SILA BAWA RESUME DAN SIJIL-SIJIL AKADEMIK SEMASA SESI TEMUDUGA.

❗ Berkebolehan membawa forklift ada lah satu kelebihan.❗



Jawatan kosong kelindan lori 013-5859343 area bandar puteri jaya
Lelaki OKU mengaku bersalah tembak polis, miliki senjata api dan dadah

KOTA TINGGI – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan pelbagai kesalahan termasuklah memiliki senjata api, dadah dan melepaskan tembakan ke atas anggota polis.

Tertuduh, Muhamad Firdaus Paiman, 35, yang tidak mempunyai kaki kiri membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen selepas empat pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki pistol jenis Beretta Gardone VT dan selaras senapang patah buatan sendiri dengan menyalahi undang-undang dalam sebuah kereta di tepi Masjid Al Ikhwan Gugusan Adela pada kira-kira 1 pagi pada 10 Mei 2023.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki tiga butir peluru jenis Kartus 12 Bore dan empat butir peluru jenis 9mm tanpa lesen senjata pada tarikh dan waktu yang sama.

Pertuduhan ketiga, duda kepada dua orang anak itu didakwa memiliki selaras senapang angin buatan sendiri tanpa lesen senjata pada 10 Mei 2023 kira-kira 2.30 pagi di sebuah rumah dekat Felda Tunggal.

Pertuduhan keempat pula, lelaki berkenaan turut didakwa memiliki satu butir peluru jenis Kartus 12 Bore tanpa lesen senjata pada tarikh dan waktu yang sama.

Sazlina menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan semula kes dan keputusan penghakiman sementara menunggu laporan kimia.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini Muhamad Firdaus mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Pertuduhan pertama, dia didakwa telah melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap Lans Koperal Mohd Shafiq Nazrin Razali bagi menghalang penangkapannya di bulatan Lotus Desaru Bandar Penawar, Pengerang kira-kira pukul 3.35 petang pada 7 Jun 2016.

Pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 0.44 gram di tepi jalan Masjid Jamek Al Ikhwan Gugusan Felda Adela di sini kira-kira pukul 1 pagi pada 10 Mei lalu.

Pertuduhan ketiga, tertuduh turut didakwa memiliki dadah jenis Kanabis seberat 0.90 gram di lokasi dan masa yang sama dan boleh dihukum dibawah Seksyen 6 Akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Rashidah kemudian menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes berkenaan dan memindahkan kes tersebut di Mahkamah Majistret Pengerang.






Warga emas dipenjara 15 tahun, 10 sebatan kerana rogol anak saudara lembam

Tawau: Buruh ladang dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam pada Mac tahun lalu.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 60, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun (ketika kejadian) di dalam tandas di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit dalam Semporna, 12.30 tengah malam, 7 Mac tahun lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta hukuman sebat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Syahnidzam dalam hujahnya memohon hukuman berat atas faktor kepentingan awam selain sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira faktor pertalian darah antara tertuduh dan mangsa dalam kes itu adalah anak saudaranya sendiri.

Menurutnya, tertuduh yang tinggal sebumbung bersama mangsa dan ibunya seharusnya bertindak sebagai pelindung dan bukannya mengambil peluang atas kekurangan mangsa.

"Pendakwaan juga ingin tekankan pada Mahkamah bahawa keadaan mangsa adalah seorang individu (OKU) lembam namun tertuduh tergamak merogol mangsa yang juga anak saudaranya sendiri.

"Oleh itu, pendakwaan menghujahkan bahawa hukuman sebat adalah dibenarkan terhadap tertuduh walaupun sudah berusia melebihi 60 tahun," katanya.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa bangun dari tidur untuk ke tandas sebelum tertuduh bertindak mengekori mangsa lalu merogolnya.

Kejadian itu bagaimanapun disedari ibu mangsa yang sempat menyaksikan sendiri perbuatan keji tertuduh merogol anaknya sebelum tampil membuat laporan polis.

Tertuduh bagaimanapun dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan mempunyai penyakit kencing manis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 6 April tahun lalu.







⚠️ADUAN AWAM⚠️

Ns goreng ayam ulat nama dia..
Lokasi : Mamak RSB, Jln Kg Tgh 2














Kemalangan melibatkan kereta dan lori treler dekat Manik Urai, Jalan Gua Musang - Kuala Krai petang tadi.

Mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.








KEDAI RUNCIT HANGUS TERBAKAR DI KAMPUNG PENAN MUSLIM BATU 10, BINTULU

BINTULU, 18.5.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui talian terus ke balai pada jam 1:18 pagi yang berlaku di Kampung Penan Muslim BT10 Bintulu - Miri, Sarawak. 

Pasukan Bomba daripada BBP Bintulu seramai 12 anggota bersama 1 jentera FRT, 1 WATER TANKER dan 1 EMRS telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima. 

Menurut Komander Operasi, PBK II Eric Wilson Anak Jutin, kebakaran melibatkan bangunan struktur kekal jenis kontena yang dijadikan sebagai kedai runcit berkeluasan 60x80 kaki persegi hangus terbakar 100 peratus. 

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi memadamkan kebakaran menggunakan sumber air daripada tangki jentera. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3:00 pagi.

Setelah memastikan semua keadaan benar selamat, operasi ditamatkan dan Pasukan Bomba lapor bergerak balik ke balai. Agensi lain yang terlibat sama adalah PDRM dan SESCO.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia









Lelaki maut dengan empat kesan tembakan di kepala

BERNAMA
Shah Alam: Seorang lelaki tempatan maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pihaknya menerima laporan daripada anggota sukarelawan polis kira-kira 11.30 malam, mengatakan terdapat satu kejadian tembak.

"Pengadu sedang bertugas di Balai Polis Sungai Jarom mendengar beberapa letupan yang kuat berhampiran Balai Polis Sungai Jarom dan terus menuju ke kawasan kejadian.

"Pengadu mendapati seorang lelaki warga tempatan sedang terbaring kaku di bahu jalan dalam keadaan berdarah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata pihak klinik kesihatan Telok Panglima Garang yang hadir, mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala, dan unit forensik turut menjumpai lima kelongsong peluru di sekitar tempat kejadian.

Katanya hasil siasatan polis, mangsa yang berusia 39 tahun itu memiliki 13 rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Polis giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek dan menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat dan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.








Suami isteri maut jatuh bangunan hotel

Bentong: Suami isteri ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan hotel di pusat peranginan dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.46 malam, 16 Mei lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati suami isteri berkenaan masing-masing berusia 37 tahun dari Taiping, Perak, datang ke pusat peranginan pada 11 Mei lalu dan mendaftar masuk di sebuah bilik di hotel berkenaan.

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan mendapati, bermula dari tarikh kedua-duanya mendaftar sehingga tarikh kejadian, tiada sesiapa melainkan mereka keluar masuk bilik terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes terbabit.

"Berdasarkan hasil laporan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian lelaki terbabit adalah massive hemothorex, manakala isterinya pula disebabkan kecederaan parah di kepala.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 untuk tindakan lanjut," katanya.











Caring nursing home /Pusat jagaan Cinta Sayang 
- jawatan kosong untuk jururawat/ pembantu jururawat 
- Based in sungai petani 
- More information pls call or whatsApp
0125292686
🔈 *JAWATAN KOSONG* 🔈
‼️ *Kemasukan segera* ‼️

✨*DOUBLE SS GLOBAL TRADING* ✨

| DIGITAL MARKETING | Perempuan Sahaja (Gaji RM1500 ke RM2000)

Syarat dan kelayakan : -

✅ Berumur diantara 18 ke 30 tahun.
✅ Berpengalaman dalam bidang 'VAPE' diutamakan. (Tiada pengalaman juga dialukan)
✅ Minimum DIPLOMA dalam bidang Graphic Design/Marketing atau yang berkaitan
✅Mempunyai kenderaan sendiri
✅ Kreatif dalam menghasilkan 'copywriting' pemasaran
✅ Berpenampilan kemas
✅ Boleh bekerja dalam satu pasukan
✅ Jujur, bertanggungjawab dan disiplin dalam kerja

Lokasi : Double SS Global Trading, No 8a (Tingkat Atas), Jalan Bujang Indah, Taman Lembah Bujang, 08100 Bedong, Kedah

Skop Kerja :-

📌Menjaga media sosial, dan semua saluran media syarikat
📌Merancang/merangka pemasaran syarikat
📌 Menghasilkan content dan copywriting pemasaran

✨Kelebihan menyertai kami :-

✅ Potongan EPF, SOCSO & EIS
✅ Bonus
✅ Elaun tambahan
✅ Cuti tahunan dan lain-lain

📌 Hantarkan 'RESUME' anda ke nombor 'Whatsapp' yang tersedia di bawah untuk sesi temuduga.👇🏼





Hye hello sesiapa nak kerja ? 
FRONT DESK BIG ORANGE HOTEL SP.
-kerja ada 3 shift-pagi,petang dan malam( WAJIB BUAT 3 SHIFT)
- Perempuan sahaja.
- Umur (23-30 ) shj
YANG SERIUS NAK KERJA BOLEH WHATSAPP RESUME ke-
016-7525500
tq🤗




URGENT CALL ! 

WARIS MARKETING
JAWATAN KOSONG

- PRODUCTION TEAM 
- MEMBANTU DALAM KERJA KERJA PRINTING
- ADA PENGALAMAN DALAM COP BAJU / PANDAI BUAT DESIGN SANGAT DIALU-ALUKAN
-SOLAT 5 WAKTU
-MENEPATI MASA

LOKASI - BERDEKATAN IKM, SUNGAI PETANI

*BERPOTENSI DISERAP MENJADI PEKERJA TETAP

*BELAJAR PELBAGAI PERKARA

HUBUNGI: 0193668089

*Elaun dan sarapan pagi disediakan

sesiapa yg nak cuba boleh terus whatsapp ya.



JAWATAN KOSONG
MERDEKA BEACH RESORT
F&B ASSISTANT
LELAKI /PEREMPUAN

-BERPENGALAMAN DALAM BIDANG HOTEL/RESORT 1 TAHUN
-PERWATAKAN MENARIK
-BOLEH BEKERJA LEBIH MASA
-SIFAT BERTANGGUNGJAWAB
-PEKA MELAKSAKAN TUGASAN YANG DIBERI
-MESRA PELANGGAN

KEMUDAHAN:-
*HOSTEL DISEDIAKAN

011-31927616(puan miya)