INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA MALAYSIA 23/05/2023

Lelaki OKU mengaku bersalah tembak polis, miliki senjata api dan dadah

KOTA TINGGI – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan pelbagai kesalahan termasuklah memiliki senjata api, dadah dan melepaskan tembakan ke atas anggota polis.

Tertuduh, Muhamad Firdaus Paiman, 35, yang tidak mempunyai kaki kiri membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen selepas empat pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki pistol jenis Beretta Gardone VT dan selaras senapang patah buatan sendiri dengan menyalahi undang-undang dalam sebuah kereta di tepi Masjid Al Ikhwan Gugusan Adela pada kira-kira 1 pagi pada 10 Mei 2023.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki tiga butir peluru jenis Kartus 12 Bore dan empat butir peluru jenis 9mm tanpa lesen senjata pada tarikh dan waktu yang sama.

Pertuduhan ketiga, duda kepada dua orang anak itu didakwa memiliki selaras senapang angin buatan sendiri tanpa lesen senjata pada 10 Mei 2023 kira-kira 2.30 pagi di sebuah rumah dekat Felda Tunggal.

Pertuduhan keempat pula, lelaki berkenaan turut didakwa memiliki satu butir peluru jenis Kartus 12 Bore tanpa lesen senjata pada tarikh dan waktu yang sama.

Sazlina menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan semula kes dan keputusan penghakiman sementara menunggu laporan kimia.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini Muhamad Firdaus mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Pertuduhan pertama, dia didakwa telah melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap Lans Koperal Mohd Shafiq Nazrin Razali bagi menghalang penangkapannya di bulatan Lotus Desaru Bandar Penawar, Pengerang kira-kira pukul 3.35 petang pada 7 Jun 2016.

Pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 0.44 gram di tepi jalan Masjid Jamek Al Ikhwan Gugusan Felda Adela di sini kira-kira pukul 1 pagi pada 10 Mei lalu.

Pertuduhan ketiga, tertuduh turut didakwa memiliki dadah jenis Kanabis seberat 0.90 gram di lokasi dan masa yang sama dan boleh dihukum dibawah Seksyen 6 Akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Rashidah kemudian menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes berkenaan dan memindahkan kes tersebut di Mahkamah Majistret Pengerang.






Warga emas dipenjara 15 tahun, 10 sebatan kerana rogol anak saudara lembam

Tawau: Buruh ladang dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam pada Mac tahun lalu.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 60, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun (ketika kejadian) di dalam tandas di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit dalam Semporna, 12.30 tengah malam, 7 Mac tahun lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta hukuman sebat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Syahnidzam dalam hujahnya memohon hukuman berat atas faktor kepentingan awam selain sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira faktor pertalian darah antara tertuduh dan mangsa dalam kes itu adalah anak saudaranya sendiri.

Menurutnya, tertuduh yang tinggal sebumbung bersama mangsa dan ibunya seharusnya bertindak sebagai pelindung dan bukannya mengambil peluang atas kekurangan mangsa.

"Pendakwaan juga ingin tekankan pada Mahkamah bahawa keadaan mangsa adalah seorang individu (OKU) lembam namun tertuduh tergamak merogol mangsa yang juga anak saudaranya sendiri.

"Oleh itu, pendakwaan menghujahkan bahawa hukuman sebat adalah dibenarkan terhadap tertuduh walaupun sudah berusia melebihi 60 tahun," katanya.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa bangun dari tidur untuk ke tandas sebelum tertuduh bertindak mengekori mangsa lalu merogolnya.

Kejadian itu bagaimanapun disedari ibu mangsa yang sempat menyaksikan sendiri perbuatan keji tertuduh merogol anaknya sebelum tampil membuat laporan polis.

Tertuduh bagaimanapun dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan mempunyai penyakit kencing manis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 6 April tahun lalu.







⚠️ADUAN AWAM⚠️

Ns goreng ayam ulat nama dia..
Lokasi : Mamak RSB, Jln Kg Tgh 2














Kemalangan melibatkan kereta dan lori treler dekat Manik Urai, Jalan Gua Musang - Kuala Krai petang tadi.

Mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.








KEDAI RUNCIT HANGUS TERBAKAR DI KAMPUNG PENAN MUSLIM BATU 10, BINTULU

BINTULU, 18.5.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui talian terus ke balai pada jam 1:18 pagi yang berlaku di Kampung Penan Muslim BT10 Bintulu - Miri, Sarawak. 

Pasukan Bomba daripada BBP Bintulu seramai 12 anggota bersama 1 jentera FRT, 1 WATER TANKER dan 1 EMRS telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima. 

Menurut Komander Operasi, PBK II Eric Wilson Anak Jutin, kebakaran melibatkan bangunan struktur kekal jenis kontena yang dijadikan sebagai kedai runcit berkeluasan 60x80 kaki persegi hangus terbakar 100 peratus. 

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi memadamkan kebakaran menggunakan sumber air daripada tangki jentera. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3:00 pagi.

Setelah memastikan semua keadaan benar selamat, operasi ditamatkan dan Pasukan Bomba lapor bergerak balik ke balai. Agensi lain yang terlibat sama adalah PDRM dan SESCO.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia









Lelaki maut dengan empat kesan tembakan di kepala

BERNAMA
Shah Alam: Seorang lelaki tempatan maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pihaknya menerima laporan daripada anggota sukarelawan polis kira-kira 11.30 malam, mengatakan terdapat satu kejadian tembak.

"Pengadu sedang bertugas di Balai Polis Sungai Jarom mendengar beberapa letupan yang kuat berhampiran Balai Polis Sungai Jarom dan terus menuju ke kawasan kejadian.

"Pengadu mendapati seorang lelaki warga tempatan sedang terbaring kaku di bahu jalan dalam keadaan berdarah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata pihak klinik kesihatan Telok Panglima Garang yang hadir, mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala, dan unit forensik turut menjumpai lima kelongsong peluru di sekitar tempat kejadian.

Katanya hasil siasatan polis, mangsa yang berusia 39 tahun itu memiliki 13 rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Polis giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek dan menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat dan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.








Suami isteri maut jatuh bangunan hotel

Bentong: Suami isteri ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan hotel di pusat peranginan dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.46 malam, 16 Mei lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati suami isteri berkenaan masing-masing berusia 37 tahun dari Taiping, Perak, datang ke pusat peranginan pada 11 Mei lalu dan mendaftar masuk di sebuah bilik di hotel berkenaan.

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan mendapati, bermula dari tarikh kedua-duanya mendaftar sehingga tarikh kejadian, tiada sesiapa melainkan mereka keluar masuk bilik terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes terbabit.

"Berdasarkan hasil laporan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian lelaki terbabit adalah massive hemothorex, manakala isterinya pula disebabkan kecederaan parah di kepala.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 untuk tindakan lanjut," katanya.







Similar Movies

0 Comments: