Kenali Dan Fahami Maksud Simbol Yang Tertera Di Platform Trading Bursa Saham


DOA PALING AFDAL

Rasulullah SAW bersabda ” Doa yang paling afdal ialah kamu meminta kepada tuhanmu keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Kerana bila keduanya diberikan kepadamu di dunia, lalu keduanya diberikan kepadamu diakhirat, maka kamu benar-benar berjaya (Riwayat Ibnu Majah melalui Anas r.a.)
Maka berdoalah seperti berikut;
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”
(Al-Baqarah : 201)

 DOA HATI MAHU SENTIASA BAIK
اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .


Kenali Dan Fahami Maksud Simbol Yang Tertera Di Platform Trading




⭐ Jika anda buka platform trading, anda pasti perasan wujudnya simbol-simbol  tertentu di sebelah nama sesuatu kaunter (saham) pada masa-masa tertentu.


⭐ Berikut merupakan 8 jenis simbol yang selalu dijumpai di platform trading.


1. *

♦ Simbol  * : Menunjukkan terdapat pengumuman atau berita mengenai syarikat yang diumumkan oleh syarikat pada hari tersebut.


2. °

♦ Simbol  ° : Menunjukkan kaunter berstatus syariah.


3. C

♦ Simbol C: Bermaksud Cum Entitlement. Syarikat telah mengumumkan keputusan mengenai pemegangan saham. 

♦ Jika pelabur membeli saham syarikat dalam tempoh Cum Entitlement ini, pelabur berhak menerima pemberian daripada syarikat seperti bonus issue, dividen, atau right issue.


4. X

♦ Simbol X: Bermaksud Ex-Entitlement iaitu tarikh dimana keputusan yang diumumkan oleh syarikat sebelum ini telah dilaksanakan. 

♦ Jika pelabur membeli saham syarikat pada tarikh ini dan pada selepas tarikh ini, pelabur tidak layak menerima pemberian syarikat.

♦ Harga dan kuantiti saham diselaraskan (adjusted) pada tarikh ini.


5. !

♦ Simbol !: Menunjukkan saham yang tergolong dalam kategori PN17 atau GN3. 

♦ Kebiasaannya, saham yang mempunyai simbol ini adalah daripada syarikat yang bermasalah. 

♦ Syarikat ini selalunya mengalami kerugian yang teruk dan bermasalah dari segi kewangan. 

▪ Status PN17, singkatan kepada Practice Note 17 diberikan kepada syarikat yang bermasalah yang tersenarai di papan utama (Main Market).

▪ Manakala status GN3, singkatan kepada Guidance Note 3 diberikan kepada syarikat bermasalah yang tersenarai di papan ACE (ACE Market).


6. S

♦ Simbol S: Singkatan kepada suspended. Saham digantung, tidak boleh dijual beli sepanjang kaunter digantung.

♦ Kaunter yang digantung terbahagi kepada 2 jenis:

1. Permanent Suspended

▪Saham syarikat dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia


2. Temporary Suspended

i) Saham digantung sementara oleh Bursa Malaysia. 

▪ Contohnya seperti apabila berlakunya kenaikan melampau kepada sesuatu saham (Unusual Market Activity, UMA).

ii) Syarikat mohon kepada Bursa Malaysia untuk sahamnya digantung sementara. 

▪ Selalunya keadaaan ini berlaku jika ada pengumuman yang mahu dibuat oleh syarikat.


7. R

♦ Simbol R: Merujuk kepada Investor Relation (perhubungan antara pelabur dan investor). 

♦ Pelabur yang berminat boleh rujuk ke website syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

▪ Contoh: Syarikat membuka tawaran kepada pelabur yang mempunyai modal yang besar untuk melabur secara terus dengan syarikat.


8. ^

♦ Simbol ^: Merujuk kepada IDSS (Intraday Short Selling). 

♦ Jual saham dahulu pada harga tinggi ketika harga saham naik dan membeli saham semula pada harga rendah ketika harga saham turun.


⭐ Selepas ini, apabila jumpa simbol-simbol ini anda pasti sudah tahu apa maksud disebaliknya.

⭐ Anda boleh juga perhatikan dan kaji saham-saham yang menunjukkan simbol C supaya anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan corporate exercise menarik yang ditawarkan oleh syarikat.  


Terima kasih kerana membaca artikel ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉


Similar Movies

0 Comments: