Bearish Reversal Candlestick Patterns




Terdapat 2 jenis Reversal Candlestick Patterns iaitu:
1. Bullish Reversal Candlestick Patterns
2. Bearish Reversal Candlestick Patterns



⚡ Kali ini fokus akan diberikan kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns pula.


⚡ Kebiasaannya para pelabur/pedagang mempunyai masalah dalam membuat keputusan untuk menjual pegangan saham berbanding membeli.


⚡ Ini kerana, mereka agak keliru dalam membezakan samada saham yang dipegang sedang membuat pullback (berehat sementara sebelum membuat kenaikan semula) atau saham tersebut sebenarnya sudah menunjukkan sell signal.


⚡ Jadi, salah satu cara yang boleh digunakan oleh pelabur/pedagang untu mengenalpasti adakah perubahan trend bakal berlaku kepada saham yang sedang dipegang ialah dengan melihat kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns.  

▪ Bearish Reversal Candlestick Patterns ini mestilah berlaku di uptrend (berlaku di atas, biasanya ketika harga berada di puncak).

▪ Kemunculan Bearish Reversal Candlestick Patterns ini memberi petunjuk awal yang harga saham akan membuat penurunan dan perubahan trend akan berlaku (daripada uptrend ke sideways/downtrend)

▪ Jika Bearish Reversal Candlestick Patterns ini muncul, pelabur/pedagang boleh memantau portfolio dengan lebih ketat, untuk mencari exit point terbaik supaya dapat mengoptimumkan keuntungan.

▪ Pelabur/pedagang boleh menjual pegangan saham apabila harga saham sudah turun memecahkan support terdekat/trailing stop.


⚡ Berikut merupakan 6 Bearish Reversal Candlestick Patterns yang selalu dijumpai pada chart:

1. Bearish Engulfing
2. Bearish Harami
3. Evening Star
4. Dark Cloud Cover
5. Hanging Man
6. Shooting Star


⚡ Anda dapat lihat, selepas muncul Bearish Reversal Candlestick Patterns ini ketika harga saham berada di atas, berlakunya penurunan kepada harga saham (Rujuk gambar di bawah).


Terima kasih kerana membaca artikel ini☺.


Similar Movies

0 Comments: