3 Jenis Trend Saham


DOA PALING AFDAL

Rasulullah SAW bersabda ” Doa yang paling afdal ialah kamu meminta kepada tuhanmu keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Kerana bila keduanya diberikan kepadamu di dunia, lalu keduanya diberikan kepadamu diakhirat, maka kamu benar-benar berjaya (Riwayat Ibnu Majah melalui Anas r.a.)
Maka berdoalah seperti berikut;
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”
(Al-Baqarah : 201)

 DOA HATI MAHU SENTIASA BAIK
اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan .



3 Jenis Trend Saham : Uptrend, Downtrend & Sideway




[3 Jenis Trend Dalam Pasaran Saham: Fokus Melabur Dalam Saham Uptrend]
🔸 Harga saham bergerak dalam trend. Terdapat 3 jenis trend yang wajib dikenalpasti oleh setiap pelabur iaitu uptrend, sideways trend dan downtrend.


🔸 3 jenis trend ini telah dikupas dengan lebih mendalam dalam posting kami sebelum ini. Rujuk link berikut untuk penjelasan lanjut mengenai 3 jenis trend ini.

1. Uptrend




🔸 Walaupun pelabur/pedagang mempunyai potensi untuk menjana keuntungan melalui ketiga-tiga jenis trend ini melalui strategi pelaburan yang bersesuaian, namun pelabur/pedagang terutamanya pelabur/pedagang baru sangat digalakkan untuk melabur dalam saham yang uptrend.

🔸 Melabur dalam saham uptrend kurang berisiko, dimana ianya memberikan kebarangkalian keuntungan yang lebih tinggi kepada pelabur/pedagang berbanding jika melabur dalam saham yang berada dalam downtrend atau sideways trend.

🔸 Jika anda mempunyai masalah untuk mengenalpasti entry point.


▪ Jika ada mahu menggunakan teknik buy on dip atau buy on support untuk membeli sesuatu saham, anda perlu menunggu saham tersebut berehat (pullback) dahulu selepas membuat breakout.


▪ Bagi meningkatkan kebarangkalian keuntungan, anda perlu membeli saham tersebut ketika harganya telah bersedia untuk meneruskan kenaikan.



▪ Anda boleh membeli saham di 2 tempat berikut (Entry point):



1. Ketika harga saham membuat Higher Low (HL) selepas membuat High (H). 



2. Ketika harga saham membuat Higher Low (HL) yang seterusnya selepas membuat Higher High (HH).

🔸 Walaubagaimanapun, ini hanya kebarangkalian. Pastikan anda sudah bersedia dengan trading plan sebelum tekan butang buy. 


▪ Kalau trading menjadi, alhamdulillah rezeki. Kalau tak jadi, pastikan anda sudah bersedia untuk cut loss dengan risiko yang anda sanggup terima.

Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉



Similar Movies

0 Comments: