YBhg. Dato' Seri KSU
YBhg. Datuk KP BPGK
*LAPORAN PEMERIKSAAN KETUA PEGAWAI PENGUATKUASA NEGERI (KPPN) SELANGOR BERKAITAN ADUAN DI LAMAN MEDIA SOSIAL - VIRAL DAGING KATAK OLEH FB AZMI AHMAD ANUAR 24 OKTOBER 2023*
Tarikh Pemeriksaan :26.10.2023(Khamis)
Masa : 3.20 pm
Lokasi : *NSK TRADE CITY SB (SELAYANG)*
*Pasukan pemeriksaan KPDN Selangor yang terlibat*:
1.Tuan Mohd Khairi bin Jamaludin - KPPN KPDN SELANGOR
2. Tuan Md Zaki bin Abd Samad - KS (Pencegahan)
3. PPPTK Musa bin Haron
4. PmPTK Norsuzilah binti Endan
5. PmPTK Mohd Shahril Ramdzan bin Shah Rudin
6. PmP Mohammad Shafiq Al Azim Bin Mohd Asri
*Pegawai / Staff NSK dijumpai :*
1. En Leong (Pengurus)
2. Puan Norida Yanti binti Mohd Taib (Kerani)
3. Encik Teoh Keng Soon Security Executive
4. 2 pekerja NSK
*HASIL PEMERIKSAAN*
*24 OKTOBER 2023*
*5.00 pagi :*
Bekalan sampai pada awal pagi Selasa dalam bentuk plastik dikumpulkan di ruang simpanan barang-barang basah bersama 3 bungkus udang dengan 2 bungkus daging katak (2kg).
Pekerja yang terima 2 bungkus daging katak di loading bay/receiving terima dan sahkan penerimaan tanpa mengetahui jenis daging yang diterima dan terus dihantar ke ruang simpanan belakang rak.
Sepatutnya daging katak tersebut ditempah untuk dimakan sendiri oleh Thomas yang merupakan anak pemilik NSK. Dia tidak memaklumkan awal kepada pekerja-pekerja yang menerima bekalan katak tersebut untuk mengasingkan daging katak tersebut kerana berada di Taiwan.
*10.09am :*
Puan Salmi binti Nayan, pekerja bangsa melayu meletakkan 4 pinggan daging katak di rak daging/ikan yang disangka burung puyuh.
*10.28am :*
Seorang pelanggan wanita yang bukan Melayu didapati membeli daging katak tersebut.
*10.36am:*
Seorang lagi pelanggan lelaki yang dipercayai berbangsa Vietnam turut membeli daging katak tersebut.
*10.52am :*
Pelanggan berbangsa Melayu lelaki lingkungan 30-an membuat aduan di cashier dan Encik Teoh Keng Soon, Security Executive datang ke Rak dan hanya tinggal 1 pinggan daging katak yang dipercayai belum dibeli oleh pelanggan dengan harga RM5.00. Tiada tanda harga yang tertera daging katak dan hanya ditulis seafood.
*10.54am:*
Setelah diarahkan En Teoh, Pekerja telah mengeluarkan daging katak tersebut dari rak tersebut dan diserahkan kepada Penyelia yang bertugas untuk disimpan ditempat lain.
*25 OKTOBER 2023*
*7.48 am :*
Puan Sayang Amirah Zulkifli SPIP KPDN telah menghubungi Puan Noridayanti binti Mohd Taib selaku kerani NSK Selayang sama ada menjual atau tidak daging katak. Pn Norifayanti memberi maklumbalas NSK Selayang tiada penjualan daging tidak halal. Kemudian Puan Noridayanti turun ke retail jam 9.30 pagi untuk membuat pengesahan dan telah menanyakan staff yang berada di Bahagian Fresh Department. Pekerja warga asing telah memberi maklumbalas ada dan dia beritahu daging katak tersebut telah dialihkan dari rak tersebut pada 24 OKT 2023 @ 10.54 pagi.
*KESIMPULAN*
*Daging katak yang dipamerkan untuk jualan sebanyak 2kg (4 pinggan) adalah untuk dimakan sendiri oleh En Thomas (Anak Pemilik NSK).*
*Berlaku kesilapan apabila apabila Puan Salmi Nayan yang merupakan pekerja di bahagian barang basah telah menyangka daging tersebut adaalah daging puyuh telah mempamerkan daging katak tersebut di rak untuk jualan.*
Dilampirkan :
1. Salinan Resit pembelian Daging Katak 2kg.
2. Gambar CCTV di NSK semasa kejadian
3. Gambar pemeriksaan.
Sekian, terima kasih
*KPDN SELANGOR*
#infokemalanganjenayahbencana
#ikjbteam
0 Comments:
Catat Ulasan