Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum CHEFZACKGBB
Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab – Amalan doa ini mampu anda baca di mana saja, baik setelah sholat fardu, sebelum tidur, dsb jadikanlah amalan Insya Allah rezeki anda akan di buka seluas-luasnya, terhindar dari segala musibah dan orang lain bertambah sayang kepada anda.
Jangan berputus ada ketika doa-doa atau amalan anda belum di jawab karena ada orang yang cepat doanya terkabul dan ada juga yang lambat terkabul itu karena Allah SWT memiliki rencana terbaik untuk kita sebab Alla Maha Mengetahui., hanya Dia yang tahu apa yang baik untuk kita.
Ketika anda memohon dengan sungguh-sungguh, yakin kepada Allah, dan berbaik sangka kepada Allah Insya Allah apa saja hajat anda akan segera dikabulkan.
Penuhi hajat orang lain (membantu orang lain), maka Insya Allah Allah pun akan memenuhi hajat kita.
Mari bersihkan kelakuan dan hati serta beribadah secara ikhlas karena Allah SWT. Terutama buat kaum hawa hendaknya menutup aurat ketika keluar rumah, buat apa yang Allah suka dan Insya Allah apa saja yang kita minta akan segera di kabulkan.
Berikut Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab dan cara mengamalkannya :
ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SHOLAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NIA’MATI, WA ABWAABA BAROKHATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKHI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.
Artinya : Ya Allah.... !! Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ajinomoto (Malaysia) Berhad Memperkenalkan Penyelesaian Inovatif Industri Makanan melalui AJIRISE™ UM dan AJIRISE™ K
![Ajinomoto (Malaysia) Berhad Memperkenalkan Penyelesaian Inovatif Industri Makanan melalui AJIRISE™ UM dan AJIRISE™ K](https://www.ajinomoto.com.my/sites/default/files/content/press-centre/2023-08/Picture1.jpg)
KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2023 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah menyediakan solusi kepada industri makanan sejak beberapa dekad. Penyelesaian ini meningkatkan dan menyumbang kepada nilai makanan yang mengalami perubahan drastik dalam masyarakat serta alam sekitar. Pada hari ini, AMB berbesar hati untuk memperkenalkan produk terbaharu iaitu AJIRISE™ UM dan AJIRISE™ K.
AJIRISE™ adalah produk berkaitan ekstrak yis yang memberikan kelazatan dengan meningkatkan rasa dan aroma asal. AJIRISE™ UM dikenali dengan rasa "UMAMI" ¹ dan "KOKUMI" ² yang kaya dan sesuai digunakan bersama rempah serta krim. Sementara AJIRISE™ K pula memberikan sensasi "KOKUMI" yang mantap. Kedua-dua produk ini juga berkesan untuk menyembunyikan rasa kekacang yang tidak diingini, rendah kandungan sodium, tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan dan mematuhi keperluan makanan berlabel bersih.
Produk industri baharu ini mempunyai potensi besar bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara Asia dan Timur Tengah. Produk ini dapat memenuhi kehendak industri makanan terutamanya melibatkan keselamatan makanan, peningkatan kualiti, kesihatan dan pengurangan kos. Keunikan produk ini terletak pada pemilihan bahan mentah yang dipilih secara teliti dan teknologi pencampuran yang inovatif.
AJIRISE™ UM dan AJIRISE™ K digunakan secara meluas dalam pelbagai produk terutamanya produk berasaskan tumbuhan. Ia juga menjadi alternatif daging haiwan dengan menyediakan solusi inovatif dalam meningkatkan tekstur dan kelazatan ‘Daging berasaskan Tumbuhan’ selain berperanan mempromosikan kelestarian global.
Kedua-dua produk ini sejajar dengan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) untuk menyumbang nilai kepada industri makanan dengan mengadaptasi keperluan perubahan sosial dan alam sekitar.
Bagi tujuan kemudahan, kedua-dua produk ini didatangkan dalam pek 1 kg bagi memenuhi kehendak pengeluaran makanan. Selain itu, produk ini juga telah menerima sijil halal dan memenuhi keperluan diet pelbagai lapisan pengguna.
Dengan pengenalan AJIRISE™ UM dan AJIRISE™ K, AMB mengukuhkan kedudukannnya sebagai peneraju dalam menyediakan penyelesaian makanan yang mampan dan melazatkan. Komitmen teguh syarikat untuk menjadi “Syarikat Makanan Halal Sedunia Bersentrik Pelanggan” tetap menjadi menjadi keutamaan dalam menangani Isu Pemakanan dan Kesihatan Masyarakat melalui Kepakaran dan Penyelesaian Inovatif.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ajinomoto Malaysia di www.ajinomoto.com.my.
Umami ¹: Rasa asas ke-5 yang terdapat dalam makanan yang kaya dengan glutamat, sejenis asid amino. Ia digambarkan sebagai "rasa seakan sup atau daging".
Kokumi²: Ia merupakan rasa kekayaan, keteguhan, dan kompleksiti seperti peningkatan rasa dalam proses penuaan keju. Ia digambarkan sebagai "rasa kaya".
Atau whatsapp ke no cikgu di bawah 🔽🔽