Kereta terbabas elak motor jatuh lubang ..
Jalan Kobah ke Kota Sarang Semut , kes curi cable
Excident dekat ng sokor satni.. jln bukit abal KB Kelantan
Wanita bincang isu seks di media sosial tampil mohon maaf
PETALING JAYA – Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf selepas kandungan berunsur lucah yang dibuat olehnya di satu kumpulan Telegram tular dan mendapat kecaman orang ramai.
Wanita tersebut melalui satu hantaran di Facebooknya berkata, dia memohon maaf kerana perkongsiannya yang melampau itu telah menimbulkan kekecohan.
“Saya memohon jutaan maaf atas kesilapan juga kekhilafan daripada pandangan saya yang telah menimbulkan kekacauan dan ketidakselesaan antara kita.
“Apa yang berlaku itu adalah suatu pengajaran dan pertanggungjawaban ke atas diri saya,” katanya.
Katanya, apa yang dilontarkan itu hanyalah pendapat dan pandangannya sendiri.
“Apa yang telah saya lontarkan sama ada dalam Facebook mahupun grup, adalah pendapat dan pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.
“Semoga permohonan maaf ini dapat menjernihkan tanggapan dan suasana tidak kondusif antara warga di media sosial sejak kebelakangan ini.
“Kepada Allah saya memohon ampun, kepada Rasulullah saya mengharap syafaat, kepada kalian saya memohon maaf,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah kumpulan Telegram diwujudkan bagi berkongsi kisah seks dalam rumah tangga.
Susulan itu juga, wanita tersebut bakal dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk siasatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau turut mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.
Seorang wanita bersama teman lelakinya ditahan di Mahkamah Tinggi Klang berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun. - Foto GENES GULITAH
KLANG: Ibu kepada lima anak didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya pada November tahun lalu.
Wanita yang berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya yang ketika itu berusia 14 dan 12 tahun di sebuah unit pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam kira-kira jam 8 malam November 2022.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan hukuman sebat.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengarahkan pembuatan video lucah terhadap anak perempuannya yang ketika itu berusia 15 tahun.
Perbuatan itu dilakukan wanita berkenaan di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh pada jam 2 pagi, Februari 2022.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 30 tahun dan hukuman sebat.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur 'Ayuni Jamri dan Nurul 'Izzati Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan mangsa adalah kanak-kanak dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula ditetapkan pada 26 Jun ini.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang penarik kereta berusia 22 tahun yang juga kenalan wanita berkenaan didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.
Tertuduh, Haddad Radhi, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh kira-kira jam 2 pagi, Februari 2022.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul 'Izzati tidak menawarkan jaminan manakala tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Azali Ibrahim memohon jaminan diberikan terhadap tertuduh dengan alasan lelaki itu mempunyai seorang anak yang masih kecil serta isteri yang sedang mengandung.
Hakim kemudian membenarkan jaminan RM15,000 dengan tertuduh perlu melaporkan diri ke Balai Polis pada setiap bulan dan tidak dibenarkan mendekati mangsa.
Anak2 ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. Enjin kereta dimatikan hanya tingkap di buka sedikit. Terdengar tangisan budak dr dlm kereta, anak kembar dlm keadaan takut dan menangis. Sempat berikan air kotak utk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30min untuk parents kembali. Eh.. parents ngan atuk nenek sekali laaa pi beraya.. cucu dlm keta ek.. Dpt laa angkat tgn sambil sengih2 kerang manja dr parents. Mak dia.. buat bodoh jer.. muka tk bersalah..
Klu dlu mcm x percaya ini boleh berlaku...skrg depan mata. Raya tu raya juga...tp anak anak tu amanah kita.
Kira bagus aku tak report polis..
0 Comments:
Catat Ulasan