INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA MALAYSIA 13/5/2023

Langgar dinding pedal minyak tersangkut


Gombak: Warga emas cedera ringan selepas kenderaannya melanggar dinding tempat letak kenderaan di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, di sini, Khamis lalu.

Kejadian berlaku pada 7.30 malam dipercayai berlaku akibat pedal minyak tersangkut pada karpet alas kaki menyebabkan kenderaan itu tidak dapat berhenti.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan mendapati kejadian membabitkan lelaki warga emas berusia 67 tahun yang memandu kereta Nissan Sentra di kawasan letak kenderaan apartment terbabit.

"Bagaimanapun pemandu terbabit gagal memberhentikan keretanya kerana pedal minyak tersangkut pada karpet alas kaki dan melanggar dinding tempat letak kenderaan itu.

"Pemandu terbabit mengalami cedera ringan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Azamil Makmor di talian 019-6004104 atau di talian 03-61262222.





Ibu menjerit lihat anak melambung dirempuh kereta

Pasir Puteh, Kelantan: "Adik (anak bongsu) ada minta maaf dan tunjuk baju raya yang dia dah beli untuk raya tahun ini, tapi tak sangka itu petanda akhir dia nak tinggalkan kami," kata ibu kepada dua beradik perempuan yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, semalam.

Lebih memilukan Nik Rohani Nik Leh, 54, apabila kehilangan Nurul Hanani, 30, dan Nurul Atikah Mohamad Zuhair, 24, buat selama-lamanya menjelang 10 hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadan.

Nik Rohani berkata, ketika kejadian dia dan suami, Mohamad Zuhair Che Mat, 54, serta anak kedua, Mohd Firdaus, 26, menaiki kereta Proton Iswara Aeroback untuk ke rumahnya ibunya di Kampung Sri Aman kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka.

Menurutnya, dua beradik itu yang juga anak sulung dan bongsu pula menaiki skuter Yamaha Ego dalam perjalanan ke tempat sama iaitu rumah nenek mereka, Hamidah Che Amat, 74.

"Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta Perodua Viva dari arah bertentangan masuk ke laluan kami dan merempuh bahagian sisi kereta sebelah pemandu yang dinaiki kami sebelum meluru meluru ke arah anak-anak saya.

"Pada saat itu, saya hanya mampu menjerit apabila melihat kedua-anak anak melambung dan jatuh ke atas jalan raya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Mengkelih, di sini, hari ini.

Nik Rohani berkata, dia tidak mampu bergerak kerana terlalu terkejut, manakala suaminya terus memberhentikan kereta dan bergegas ke arah anak mereka yang sudah meninggal dunia.

Menurutnya, beberapa hari sebelum kejadian, arwah Atikah ada menunjukkan baju raya berwarna biru gelap yang dibeli di sebuah pasar raya.

Katanya, arwah beria-ia mahu ahli keluarga turut memilih baju raya tema sama untuk dipakai Aidilfitri nanti.

"Saya akan merindui gelagat kedua-dua mereka yang suka makan murtabak yang dibeli di bazar ramadan, tambahan pula mereka banyak membantu saya jaga anak lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU), kini anak saya hanya tinggal seorang," katanya yang gagal menahan sebak selain turut kehilangan suara.

Sementara itu, Mohamad Zuhair berkata, dia asyik berasa tidak sedap hati sepanjang hari semalam sebelum berlaku kejadian.

"Ketika anak minta nak bawa skuter ke rumah nenek mereka, saya dah larang, namun mereka tetap naik.

"Selepas mereka dirempuh, saya turun dan lihat dua anak bergelimpangan atas jalan dengan berlumuran darah. Saya cek nadi mereka keduanya sudah tiada," katanya yang turut pengsan di lokasi kejadian.

Katanya, apabila sedar, dia sudah berada di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan m4yat kedua-dua anaknya selamat dibedah siasat di hospital sama.

Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Mengkelih, bersebelahan dengan rumah mereka pada 11 pagi tadi.

Dalam kejadian pada 6.30 petang semalam, Hanani dan Atikah m4ut selepas skuter dinaiki dirempuh sebuah kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita di Kilometer 37.5 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu (Jalan Bypass) lintasan ke Bandar Pasir Puteh.

Rempuhan itu menyebabkan mereka meninggal dunia selepas cedera parah di bahagian muka dan kepala.









Peneroka Felda maut, isteri cedera kemalangan tiga kenderaan

KOTA TINGGI – Seorang peneroka Felda maut selepas kereta Perodua Myvi dipandu terlibat kemalangan dengan Toyota Vios dan lori pasir di laluan selepas Lembaga Getah Malaysia, Jalan Kota Tinggi-Mawai, pagi tadi.

Mangsa, Sadiran Kario, 72, menetap di Felda Simpang Waha difahamkan ketika kejadian dalam perjalanan menuju ke klinik di bandar Kota Tinggi bersama isterinya Sarinam Jalil, 71.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BPP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 pada pukul 11.06 pagi.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dimana sepasang suami isteri yang menaiki Perodua Myvi telah tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.











Kemalangan kereta berhampiran Masjid Bunga Mas, Jalan Kangar - Alor Setar siang tadi.

Mangsa cedera dalam kejadian tersebut.










Guru Bahasa Melayu didakwa cabul murid dalam kelas

KOTA BHARU – Seorang guru Bahasa Melayu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun dua di dalam kelas di sebuah sekolah di Bachok dekat sini, tahun lalu.

Tertuduh, Nik Rosli@Rosli Abdul,56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun 11 bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini kira-kira pukul 7.40 pagi hingga 9.40 pagi pada minggu ketiga bulan April 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap pertuduhan tersebut kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan amanah dengan mangsa iaitu guru dan murid.

Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan akan melantik peguam dan memohon jaminan diberikan dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes namun tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah



Kes buli







Abang maut, adik cedera motosikal langgar tiang lampu
Kluang: Penunggang motosikal berusia 13 tahun maut manakala pemboncengnya cedera selepas terlanggar tiang lampu di Jalan Persiaran Taman Seri Impian, di sini lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Muhammad Farish Hafiy, yang tidak memiliki lesen memandu parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata, manakala adiknya ,Muhammad Amin Asyraf, 12, patah kaki kanan dan lebam di dahi. "Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai dari kawasan perumahan Taman Seri Impian menghala ke lampu isyarat di Jalan Kota Tinggi - Kluang.
"Tiba di tempat kejadian, Honda Wave ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu jalan yang berada di tengah pembahagi jalan. "Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Manakala pembonceng motosikal parah dan terus dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang," katanya.
"Kedua-dua beradik itu tidak memakai topi keledar keselamatan ketika kejadian dan hasil siasatan mendapati motosikal didaftarkan atas nama ibu mangsa. "Cukai jalan dan insuran motosikal juga telah tamat tempoh dan tindakan saman akan dilakukan terhadap pemilik motosikal," katanya. Beliau berkata, kes juga disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.










Ajal penunggang motosikal langgar pokok tumbang

JOHOR BAHRU: "Saya cuba menyuluh lampu ke arah pokok supaya penunggang motosikal itu dapat melihat pokok tumbang, malangnya dia tak sempat berhenti lalu merempuhnya," kata Mohamad Rafiq Jasmon, 32.

Mohamad Rafiq berkata, dia masih tidak dapat melupakan detik menyayat hati menimpa pemuda berusia 20-an itu di Jalan Denai Utama, Kempas, kira-kira jam 5.15 pagi semalam. 

Menurutnya, kejadian tidak sampai sejam selepas sebatang pokok bersebelahan rumah sewanya tumbang dan turut menjejaskan dua tiang lampu dan mengakibatkan paip air pecah.

"Saya terkejut mendengar dentuman kuat dan menyangka gempa bumi. Namun selepas meninjau di luar, saya lihat pokok besar berhampiran rumah sudah tumbang. Ketika itu beberapa penduduk sudah memantau keselamatan laluan itu di belah kanan dan kiri.

"Kemudian ada sebuah motosikal di laluan turun bukit tidak dapat berhenti sebelum merempuh pokok yang tumbang. Saya menghampiri mangsa, cuba membantunya, namun dia meninggal dunia dalam pangkuan saya," katanya yang turut melaporkan kejadian ke talian kecemasan.

Mohamad Rafiq berkata, dia bersimpati melihat waris mangsa yang tiba di tempat kejadian dan memaklumkan mangsa adalah anak tunggal yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

"Tidak lama kemudian, ambulans dan wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) tiba di lokasi. Kejadian seumpama ini sepatutnya dapat dielakkan sekiranya PBT menebang pokok itu sebelum ini.

"Kami pernah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) enam bulan lalu, namun tiada maklum balas. Keadaan pokok itu memang berbahaya, hanya tunggu masa untuk tumbang dan kini 'nasi sudah menjadi bubur'," katanya.







11:20hrs ⚠️Awas! Terdapat kemalangan melibatkan sebuah lori di KM18.0WB dari arah Batu Kawan ke Batu Maung. *Kesemua lorong terhalang. Trafik perlahan*. Pandu berhati-hati. Harap maklum.









SHAH ALAM - Seorang pengguna TikTok tampil menafikan kanak-kanak berumur enam tahun yang terlibat kemalangan di Langkawi pada Selasa lalu adalah anaknya.

Menerusi hantaran di laman media sosial itu, Izanie QY Runner menjelaskan, video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang memandu simulator kereta lumba yang diviralkan di laman media sosial lain merupakan anaknya dan tiada kaitan dengan kes kemalangan berkenaan.

"Budak ini ke (merujuk kepada video anaknya bermain simulator kereta lumba). Kalau awak cakap budak ini (bermakna) awak dah fitnah," tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Lelaki itu dipercayai tampil menjelaskan perkara berkenaan susulan segelintir warganet mengaitkan anak lelakinya dengan kes kemalangan membabitkan kanak-kanak enam tahun yang memandu sehingga terlibat kemalangan.

Sementara itu melihat profil akaun TikTok berkenaan, lelaki itu dipercayai seorang pelumba drift yang aktif dalam bidang permotoran tempatan dan turut mendedahkan anak lelakinya kepada bidang tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta jenis Toyota selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada jam 11.15 malam Selasa.





LENGAN KANAK-KANAK HAMPIR PUTUS TERSEPIT RANTAI MOTORSIKAL

12.05.2023 | 06:21:00

Sepasukan Bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Tanjung Karang dikejarkan ke lokasi Khidmat Khas Tangan Tersepit di Hadapan Balai Raya Sungai Terap awal pagi tadi. Ketika pasukan bomba tiba dilokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang melibatkan tangan kirinya tersepit di rantai disebabkan baju jaket tersangkut di rantai motorsikal.

Pasukan Bomba dari BBP Tanjung Karang dengan tujuh (7) keanggotaan diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Zuraini Binti Mohamed Rawian terlibat dalam operasi menyelamat dengan bertindak memotong beberapa bahagian motorsikal menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) sehingga tangan mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Tanjong Karang. Semasa kerja-kerja dijalankan mangsa telah diberi ubat pelali. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa.

Selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan di lokasi kejadian, operasi ditamatkan jam 07:48:00. 

Maklumat Mangsa: Muhammad Hasyir Bin Mohd Falzi
Status Mangsa: Cedera parah di bahagian tangan kiri (Open Fracture)

Sumber : Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang


















KAWASAN Air Terjun Lubuk Kain Kampung Syukur lokasi dua lemas. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Dua pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman ditemukan lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Lubuk Kain, Kampung Syukur, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi, mangsa Ahmad Syahid Hamdan, 19, yang beralamat di Kampung Tuk Jembal, Kuala Nerus dan Muhammad Ridhwan Zawawi, 19, Kampung Bukit Payung ditemui pada 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian kumpulan pelajar terbabit dari Kemaman datang berkelah di situ kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya dikatakan naik ke tingkat atas di kawasan berbatu di situ dan terjun ke dalam air.

"Rakan mangsa tidak menyedari kedua-dua rakannya itu lemas dan tidak muncul di permukaan air kerana dilindungi kawasan berbatu di situ," katanya.

Baharudin berkata, kejadian disedari seorang pengunjung yang memaklumkan kepada rakan mangsa.

Bagaimanapun, katanya, pengunjung yang berada di situ tidak berani memberi bantuan kerana air kawasan itu berpusar serta sangat dalam.

Menurutnya, orang ramai kemudiannya meminta bantuan orang kampung yang memberikan pertolongan segera.

"Mayat pertama, Muhammad Ridhwan ditemui pada 12.08 manakala rakannya Ahmad Syahid ditemui jam 12.15 pada kedalaman air kira-kira empat meter.

"Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian," katanya.

























Remaja didakwa rogol, simpan video lucah kekasih

MELAKA – Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol serta menyimpan klip video lucah kekasihnya, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Isa Muhaimim Mohamad Fauzi, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan di dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut tiga pertuduhan di hadapan Dharmafikri, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun antara September 2022 hingga Mei 2023, di Taman Limbongan Permai dalam daerah Melaka Tengah.

Bagi pertuduhan di hadapan Sharda pula, tertuduh didakwa memiliki telefon bimbit yang mengandungi video lucah kira-kira pukul 10 malam, di Pejabat D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 5 Mei lalu.

Difahamkan, video berkenaan merupakan rakaman aksi lucah antara tertuduh dengan mangsa sama yang merupakan kekasihnya.

Terdahulu, pendakwaan masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dan RM8,000.

Tertuduh diwakili Peguam Goh Chin Han bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan dia baharu sahaja tamat persekolahan dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, kedua-dua mahkamah bersetuju membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000 dan menetapkan tarikh 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.





Lelaki warga emas maut, ATV langgar kereta

MUKAH – Lelaki warga emas maut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) yang dikendalikan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa yang berusia 79 tahun disahkan maut di tempat kejadian yang berlaku di Kilometer 42, Jalan Mukah-Balingian, di sini pada pukul 7 pagi tadi.

“Mangsa meninggal dunia akibat parah di leher, kaki dan rusuk kanan manakala penumpang hadapan kereta patah pergelangan tangan kiri.

“Namun pemandu dan penumpang belakang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah sama iaitu Balingian menghala ke Mukah.

“Nahas berlaku apabila kereta yang bergerak menuju ke Mukah memotong ATV, namun ATV itu membelok ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah.







Lelaki berdepan hukuman mati, bunuh adik kandung

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan atas dakwaan membunuh adik kandungnya pada 4 Mei lalu.

Tertuduh, Arden Mattson Maturin, 26, yang dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini.

Arden melakukan jenayah itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan ketika prosiding di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Mahkamah menjelaskan pengakuan tertuduh tidak diambil kerana prosiding di Mahkamah Majistret hari ini hanya untuk proses sebutan kes.

Jessica kemudian menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Arden didakwa membunuh adiknya, Audrey Maturin, 24, antara pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang di rumah Nombor 10, Taman Prestij, Jalan Signall Hill pada 4 Mei lalu.

Tertuduh juga adalah seorang bekas pemain ragbi Sabah dan kini masih aktif bermain bersama sebuah kelab tempatan.

Pendakwaan dikendalilan oleh Albert Basiri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. –






Tukang kebun ditemui mati terbaring atas kerusi depan restoran

SUNGAI PETANI – Seorang tukang kebun sekolah ditemui mati terbaring di atas kerusi bersebelahan sebatang pokok besar di hadapan sebuah restoran, di Jalan Gamelan, di sini malam tadi.

Ketika ditemui, mangsa, Shahabudin Marzuki, 57, yang beralamat di Taman Ria Jaya, dekat sini, lengkap berpakaian dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kaunter aduan Balai Polis Sungai Petani menerima panggilan telefon daripada orang awam pukul 11.20 malam tadi, memaklumkan seorang lelaki tempatan dilihat tidak bergerak ketika berbaring di atas kerusi itu dalam tempoh lama.

“Mangsa dikatakan baru selesai minum di sebuah kedai makan berdekatan sebelum menunggang motosikal miliknya untuk berehat di kawasan berkenaan.

“Bagaimana pun orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu hairan selepas melihat mangsa tidak bergerak dan dalam masa sama telefon bimbitnya asyik berdering sebelum bertindak menghubungi pihak kita kemudiannya,” katanya.

Menurut Zaidy, hasil temubual dengan anak lelakinya, mangsa sering keluar pada waktu petang sama ada untuk minum atau membeli barangan dapur dan pulang semula ke rumah sebelum pukul 10 malam setiap hari.

“Malam tadi anak mangsa dan ibunya risau apabila mangsa masih tidak pulang ke rumah seperti biasa dan menghubungi telefon bimbitnya namun tidak berjawab.

“Sekitar pukul 11 malam tadi, anak lelaki mangsa menghubungi lagi bapanya tetapi terkejut apabila dijawab oleh orang awam yang memaklumkan bapanya telah meninggal dunia sebelum bergegas ke lokasi untuk membuat pengecaman,” jelasnya.

Kata Zaidy, hasil pemeriksaan pihaknya di tempat kejadian tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa, manakala dokumen pengenalan diri masih berada bersamanya.

“Mayat mangsa dihantar untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini malam tadi.

“Semakan rekod perubatan juga mendapati mangsa sering mendapatkan rawatan penyakit darah tinggi, kencing manis dan stroke di HSAH sejak 2011 dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.






SEORANG LELAKI HILANG DITEMUI MAUT DI PERAIRAN PULAU BANKAWAN, SABAH. 

SANDAKAN, 12.5.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan orang hilang di laut menerusi panggilan terus ke balai pada jam 8:36 pagi yang berlaku di Perairan Pulau Bankawan, Sandakan, Sabah.

Pasukan Bomba daripada BBP Sandakan seramai 7 anggota bersama 1 pacuan 4 roda VIGO dan sebuah Bot telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. 

Maklumat awal kejadian, mangsa merupakan seorang nelayan dikhuatiri hilang apabila keluar menangkap ikan tetapi tidak pulang pada hari sebelumnya, iaitu pada 11.5.2023. 

Namun, bot mangsa dijumpai penduduk kampung disekitar Perairan Pulau Bankawan tanpa adanya mangsa. 

Menurut Komander Operasi, PBK II Alan bin Ayuh, Pasukan Bomba tiba dilokasi kejadian dan melaporkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam bersama pasukan SAR Maritim. Mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 45 tahun itu disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Agensi lain yang terlibat sama adalah APMM, TLDM, APM dan PPM. Operasi ditamatkan pada jam 11:40 pagi.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia






Rakaman dashcam kemalangan melibatkan kereta dipandu secara melawan arus dengan sebuah lori kontena dekat Flyover Megasteel Banting, Selangor.






KECURIAN TONG GAS DI SUNGAI MULIA






Kota Bharu: Dua beradik maut selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Mentuan Sering, di sini dalam kejadian 8.30 malam tadi.

Mangsa, Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31, dan adiknya, Aisyah Ab Halim, 22, yang juga Sindrom Down ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam keadaan rentung.

Ibu mangsa, Rubiah Ismail 59, berkata, ketika kejadian dia ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak sebelum diberitahu orang kampung mengenai kejadian menimpa anaknya.

"Saya terus bergegas pulang ke rumah namun api sudah marak dan saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya cuba menjerit memanggil kedua-dua anak namun tidak bersahut.

"Hampir setiap malam saya solat berjemaah di masjid dan meninggalkan mereka berdua dalam rumah yang tidak berkunci. Anak perempuan saya penghidap Sindrom Down, manakala yang lelaki juga mempunyai masalah kesihatan.

"Tetapi mereka boleh bergerak seperti biasa. Mungkin kerana panik, mereka tidak tahu bagaimana untuk keluar," katanya ketika ditemui di lokasi.

Tinjauan ke lokasi mendapati anggota JBPM dan pihak polis sedang cuba mengeluarkan mayat yang difahamkan ditemui di dalam tandas serta ruang tamu.

Rubiah yang lemah dan bersedih dengan kehilangan itu, mengakui tidak percaya dengan apa yang terjadi, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

"Dalam sekelip mata, saya diuji dengan kehilangan dua anak sekali gus. Saya reda dengan ketentuan ini. Biasanya merekalah yang menemani saya di rumah memandangkan anak-anak lain sudah berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri.

"Saya berdoa semoga diri ini terus diberi kekuatan untuk menerima kenyataan atas apa yang berlaku," katanya.










Pemandu kereta tersepit dalam kemalangan 7 kenderaan dekat Terowong Menora

Oleh Farwizah Samsudin - May 12, 2023

SEORANG pemandu tersepit selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan dan enam buah kenderaan di Kilometer 256.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Izuan Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan selepas Terowong Menora itu pada pukul 4.16 petang.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati seorang individu berusia 50-an tersepit di dalam kereta yang dipandu dan hanya mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang tersepit difahamkan memandu di belakang bas terbabit sebelum ia dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan lain.

“Sementara mangsa dalam kenderaan lain termasuk penumpang bas tidak cedera,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Sementara itu, PLUS melalui Twitter @plustrafik memaklumkan setakat jam 5.13 petang, kemalangan itu mengakibatkan semua lorong hala utara ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menyelamat.

Kemalangan tersebut menyebabkan aliran trafik terhenti sejauh tujuh kilometer.





Kemalangan dekat depan Taman Bayu, Jalan Benut - Simpang Renggam hari ini.

Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.














SEBUAH lori yang membawa minyak kelapa sawit dilaporkan terbalik di Jambatan Jalan Labis, Segamat, Johor Bahru ke arah Chaah, Johor pada Sabtu.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekok, Tan Chong menerusi hantaran di Facebooknya.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkan minyak tumpah keluar dan mengalir masuk ke dalam Sungai Labis.

Chong berkata, beliau telah berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar berhubung perkara itu.

“Saya meminta mereka untuk mengambil tindakan pembersihan segera supaya mengelakkan pencemaran sungai selanjutnya.

“Harap semua penduduk berhati-hati apabila melalui tempat tersebut,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada kenyataan lanjut yang dikeluarkan oleh pihak bomba. 












Similar Movies

0 Comments: