Astaghfirullohal 'azhim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyum wa atubu ilaih
Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah. Yang tidak ada ilah kecuali Dia yang Maha Hidup lagi terus menerus Mengurus makhluk Nya. Dan aku bertaubat kepada Nya. “
Lihat Apa Yang Ada Dalam Radar Analyst Pasaran
Untuk memudahkan kita sebagai pelabur untuk mencari saham apa yang perlu dikaji, kita lihat syarikat apa yang penganalisa pasaran sedang melakukan kajian.
Biasanya penganalisa pasaran ini akan membuat kajian terhadap saham-saham syarikat yang mereka jangka mempunyai potensi dari sudut fundamental mahupun teknikal.
Bagaimana nak lihat saham apa yang analyst sedang kaji?
Salah satu caranya adalah dengan melihat di bahagian Research platform broker masing-masing.
Sumber: Platform CGS-CIMB
Di bahagian research ini biasanya pihak broker akan berikan trading idea berdasarkan analisa teknikal dan juga laporan penyelidikan terhadap syarikat-syarikat yang berada dalam radar kajian mereka.
Sumber: Platform CGS-CIMB
Contoh seperti di atas, di bahagian equities ini adalah trading ideas dan juga laporan kajian terhadap syarikat yang telah dilakukan oleh penganalisa daripada broker CGS-CIMB.
Ianya bukanlah buy call daripada broker, tetapi perkongsian terhadap saham yang dilihat mempunyai potensi untuk naik ataupun saham yang mereka rasakan mempunyai risiko untuk jatuh.
Tetapi bagaimana jika kita nak tahu kajian daripada broker lain?
Jika kita nak tahu kajian daripada broker lain selain broker kita, cara yang paling mudah adalah membuka akaun CDS dengan broker lain supaya kita boleh melihat saham syarikat yang berada dalam radar mereka.
Ataupun kita boleh gunakan perkhidmatan Bursa Marketplace secara percuma untuk melihat saham-saham syarikat yang sedang berada dalam radar analyst.
Guna Bursa Marketplace Untuk Cari Idea Saham
Jika kita nak cari idea untuk membuat kajian saham, kita boleh gunakan Bursa Marketplace ini sahaja sebenarnya.
Mari kita lihat cara untuk mencari idea saham kajian dengan menggunakan Bursa Marketplace.
Sumber: Bursa Marketplace
Selepas login Bursa Marketplace, pergi kebahagian tools dan tekan bahagian research report untuk melihat kajian saham syarikat yang sedang berada dalam radar analyst.
Sumber: Bursa Marketplace
Kemudian saring untuk tempoh satu bulan terkini dan hanya klik pilihan research sahaja untuk melihat saham-saham terkini yang dikaji oleh penganalisa pasaran.
Sumber: Bursa Marketplace
Selepas membuat saringan tadi, kita akan dapat melihat syarikat-syarikat terkini yang berada dalam radar broker yang telah dikaji oleh mereka.
Kita boleh buka dan baca apa yang mereka laporkan dan seterusnya membuat kajian kita sendiri seperti membuat kajian CANSLIM terhadap syarikat tersebut.
Selepas melakukan cara yang dikongsikan di atas, selesai tak masalah anda yang tidak tahu nak kaji saham apa tadi?
Semoga artikel ini bermanfaat kepada pembaca semua.
E-Book Celik Saham akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Barulah boleh maksimakan KEUNTUNGAN, minimakan KERUGIAN.
Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Celik Saham ini?
Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
Cari Fasa Paling Selamat
Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
Dan banyak lagi !
Nak tahu cara beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Celik Saham.
Selalu MC,jangan risau buku celik saham kan ada. Dengan harga mampu milik sebagai seorang trade.
0 Comments:
Catat Ulasan