"chefzacktrader"THE KING - Hollywood English Movie | Hollywood War Action Movies In English Full HD |

"chefzacktrader"THE KING - Hollywood English Movie | Hollywood War Action Movies In English Full HD | Seorang ulama dipetik sebagai berkata, tidaklah seseorang yang telah mati menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya. Sehubungan itu hendaklah kita perbanyakkan sedekah kerana seseorang mukmin itu akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat. Demikianlah, ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga, salah satu daripadanya ada banyakkan bersedekah. Ini kerana antara lain, sedekah menjadi sebab Allah SWT membukakan pintu rezekinya. Sedekah mengundang rahmat Allah SWT; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ada di Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni daripada Anas r.a.) Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang mudah termasuk kaya jiwa, ada keberkatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Hadis diriwayatkan Ibnu Majah menyatakan, “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepada-Nya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” Selain bersedekah, ada sejumlah lagi amalan akan mendapat kurnia Allah SWT termasuk menarik rezeki, misalnya berzikir dan berselawat. Amalan berzikir seperti ‘La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin’ dan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah’ adalah pembuka rezeki (pembawa keuntungan) dunia dan akhirat. Demikianlah, setelah ‘tua’ barulah saya tahu ‘sikit-sikit’ rahsia kehidupan. Yakinilah kerana formula ini terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Ya, kita tidak perlu wang dalam poket orang untuk ditarik ke poket kita!
Categories:
Similar Movies

0 Comments: