Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum CHEFZACKGBB
Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab – Amalan doa ini mampu anda baca di mana saja, baik setelah sholat fardu, sebelum tidur, dsb jadikanlah amalan Insya Allah rezeki anda akan di buka seluas-luasnya, terhindar dari segala musibah dan orang lain bertambah sayang kepada anda.
Jangan berputus ada ketika doa-doa atau amalan anda belum di jawab karena ada orang yang cepat doanya terkabul dan ada juga yang lambat terkabul itu karena Allah SWT memiliki rencana terbaik untuk kita sebab Alla Maha Mengetahui., hanya Dia yang tahu apa yang baik untuk kita.
Ketika anda memohon dengan sungguh-sungguh, yakin kepada Allah, dan berbaik sangka kepada Allah Insya Allah apa saja hajat anda akan segera dikabulkan.
Penuhi hajat orang lain (membantu orang lain), maka Insya Allah Allah pun akan memenuhi hajat kita.
Mari bersihkan kelakuan dan hati serta beribadah secara ikhlas karena Allah SWT. Terutama buat kaum hawa hendaknya menutup aurat ketika keluar rumah, buat apa yang Allah suka dan Insya Allah apa saja yang kita minta akan segera di kabulkan.
Berikut Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab dan cara mengamalkannya :
ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SHOLAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NIA’MATI, WA ABWAABA BAROKHATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKHI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.
Artinya : Ya Allah.... !! Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
CHEFZACKTRADER
08/02/2023
Hari ni nak berkongsi dengan anda mengenai beberapa perkara mengenai dengan trading. Penulisan ni chef adaptasi daripada Master/Sifu chef iaitu seorang professional trader dan trainer di mana chef follow beliau untuk ilmu price action.Sebelom chef sampai ke tahap ini,tetap menuntut ilmu dari beberapa Master/Sifu,dan kelas2 trader,sampai la chef berjaya sampai sekarang.
1) Professional Trader Tidak Hanya Bergantung pada satu instrument untuk menghasilkan profit dalam trading
Benar, kerana kebiasaannya professional trader bukan sahaja trade bursa malaysia, mereka juga akan trade Shares, Indices dan lain-lain instrument dalam financial markets ni, setiap instrument punyai kelebihan dan kekurangan jadi kepada yang pandai ambil peluang mereka mampu untuk hasilkan keuntungan. Jadi jangan limitkan diri anda dengan hanya satu instrument semata-mata hanya kerana instrument tersebut nampak seperti mudah untuk buat keuntungan, tiada istilah 'easy money' dalam realiti kehidupan. Setiap instrument ada platform masing-masing jadi jika anda nak trade Bursa dan perlu leverage yang besar, carilah tenaga pengajar yang regulated dan punyai reputasi global yang bagus. Tp untuk fund yang besar bank adalah pilihan terbaik walaupun leverage kecil kerana lebih secure. Jika nak trade shares (stock markets) yang terbaik adalah di stock exchange seperti Bursa saham malaysia atau NYSE (new york,untuk saham global) dan melalui lain-lain stock broker yang sah. Saya sendiri pon kadangkala ada trade S&P500 dan Indices yang lain bukan hanya pair matawang. Dengan membuat kajian dan pelaburan di instrument yang berbeza anda sebenarnya membina portfolio sebenar untuk pelaburan anda.
2) Trading adalah satu Lifestyle bukan satu Duty
Ini juga perlu sebagai seorang trader untuk anda faham, kerana jika anda menjadikan trading sebagai satu duty maka anda akan menyebabkan diri anda berada dalam keadaan sama seperti mereka yang lain (golongan 95% yang gagal). Berapa ramai trader yang hanya menghadap chart sahaja sepanjang hari sampaikan menganggu waktu rehat,waktu bersama family dan waktu tidur. Seringkali bila kita sebut 'Full Time Trader' orang akan menganggap bahawa kerja FTT ini adalah menghadap chart sepanjang masa.TIDAK! Menjadi seorang FTT bermaksud anda nak satu kehidupan yang bebas,bebas kewangan dan masa. Jika jadi FTT tetapi menghadap chart sepanjang masa, bilakah masa untuk anda menikmati kehidupan. Dalam erti kata lain, ada dua kategori manusia yang real FTT iaitu mereka yang swing trader/position trader/trader arah dan mereka yang menunggu market membuat setup kemudian mereka entry dalam jangka waktu yang singkat . Yang pastinya bukan setiap masa mereka akan membuka posisi dalam trading dan bukan setiap hari mereka akan trade. Kerana dalam pasaran harian pergerakan pasaran harian tidak menentu dan tidak menunjukkan arah yang jelas pasaran tersebut. Seringkali Pasaran mungkin naik dan turun dalam hari yang sama dan pasaran mungkin membuat kenaikan tanpa penurunan dalam masa hari tersebut,jadi ramai trader yang akan terperangkap di dalam 'permainan' pasaran ini.
3) Perkara paling penting dalam trading adalah asas, bukan teknik
Ramai yang suka mengambil jalan pintas. Mereka memulakan trading dengan mempelajari teknik trading tanpa menghadam sebaiknya asas. Chef pun dahulu seperti anda, tetapi apa yang berlaku ialah chef menghadapi terlalu banyak kerugian disebabkan mengejarkan teknik holygrail atau teknik yang sempurna dalam trading. Bila chef mengalami kerugian yang besar pada tahun 2014 dahulu baru chef sedar sebenarnya kita perlu melihat sesuatu dari segi realiti dan logik. Realitinya tanpa satu asas bangunan yang kukuh bagaimana mungkin ia boleh bangun dan bertahan lama apabila sudah dibina. Jadi hadamkan asas trading, inshaAllah anda belajar teknik apa sahaja anda akan mudah faham dan tahu mengawal margin anda. Anda trade apa sahaja instrument jika anda mempunyai asas yang kukuh maka anda akan trade dalam keadaan yang lebih baik kerana anda tahu di mana untuk entry dan tahu di mana untuk EXIT. Tahu untuk keluar dari posisi trading (Exit) adalah lebih penting berbanding tahu untuk masuk posisi (Entry). Ingat, anda tak dapat mengawal pasaran tetapi anda mampu mengawal keputusan anda sama ada untuk hold atau cut lost dan anda mampu mengawal margin anda.
Tiada master/sifu yang sangat hebat ..Master/Sifu yang paling hebat dalam dunia adalah pengalaman sendiri. Jadi jika anda mempunyai asas yang kukuh apabila mengalami kerugian anda akan belajar sesuatu yang baharu untuk anda membuat penambahbaikan dalam trading yang akan datang.
Dah panjang sangat menulis rasanya, chef berhenti di sini dahulu. Semoga perkongsian chef hari ini dapat membuka sedikit minda anda semua terutama sekali anda yang masih baru dengan dunia financial market ini.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau dapatkan ebook Chefzacktrader sekarang juga !
Atau whatsapp ke no cikgu di bawah 🔽🔽