Short Selling Dibenarkan Semula Oleh Bursa Published on: September 04, 2022 Short Selling Dibenarkan Semula Oleh BursaTable of ContentJenis-jenis Short SellApa itu IDSS ?KesimpulanKongsi Artikel Ini:Prestasi Saham Bursa MalaysiaFollow Facebook Chef TraderFollow KamiPada 1 Januari 2021 yang lalu, Regulated Short Selling, (RSS) telah kembali dibenarkan setelah disekat pada tahun 2020 akibat penularan COVID-19.Ia telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap ekonomi. Selepas RSS ini dibuka semula menjadikan pasaran saham meningkat kecairannya. Jenis-jenis Short SellBaru-baru ini, terdapat dua lagi jenis short selling telah kembali dibenarkan setelah hampir 2 tahun disekat iaitu:intraday short-selling (IDSS)intraday short-selling by proprietary day traders (PDT short sale). Untuk pengetahuan, terdapat empat jenis aktiviti Short Sell yang boleh dilakukan di Bursa Malaysia, iaitu Regulated Short Selling (RSS)Intraday Short Selling (IDSS)Intraday Short Selling by Proprietary Day Traders (PDT) Permitted Short Selling (PSS) Apa itu IDSS ?IDSS, Intraday Short selling adalah suatu proses di mana keuntungan diperoleh daripada kejatuhan harga saham.Secara ringkasnya, anda akan menjual saham yang dipinjam dari broker atau Central Lending Agency (CLA) pada harga yang tinggi, dan kemudian membelinya semula pada harga yang rendah.Sumber: Stocks Trading MalaysiaIDSS adalah salah satu jenis dagangan penjualan singkat yang dijalankan dalam hari yang sama.Aktiviti IDSS ini boleh dilakukan oleh kesemua pedagang Bursa Malaysia, tidak kira lah sama ada pedagang runcit, mahupun institusi.IDSS membenarkan pelabur menjual sekuriti yang bukan milik mereka, dan kemudian membeli semula sekuriti yang sama.Semua posisi jual mesti ditutup dengan posisi beli dalam hari dagangan yang sama iaitu sebelum 4.30 petang. Kesimpulan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat keputusan bahawa jika short selling dibuat secara khas dan terkawal (regulated short selling, RSS), ia adalah Harus.“SAC at its 69th meeting on 18 April 2006 resolved that regulated short selling (RSS) is in line with the Shariah as the inclusion of SBL principles in RSS eliminates the element of gharar.“Jika belum ada akaun CDS anda boleh daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Ebook Mampu milik – Ebook Mampu milik dari Mahersaham.Semoga bermanfaat.
0 Comments:
Catat Ulasan