Saham Adalah Pelaburan Untuk Menjana Keuntungan CHEF TRADER
Survey yang pernah di buat ramai tidak tahu apa itu saham.
Apabila ditanya tentang soalan ini, ramai akan jawab:
“TIDAK TAHU”
Saham ini untuk orang kaya je
“Buat rugi je”
“Orang biasa-biasa tak layak beli saham “
Ayat-ayat seperti yang di atas adalah lebih hampir kepada MITOS semata-mata.
Sebenarnya saham ini adalah satu pelaburan untuk menjana keuntungan.
Ia adalah satu bisnes (perniagaan).
Definisi Saham Sebenar CHEF TRADER
Dalam bahasa mudahnya “Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.”
Di Malaysia, kebanyakan perniagaan adalah dijalankan oleh syarikat, selain daripada yang dijalankan oleh atas nama individu sahaja.
Tahukah anda bahawa saham boleh jadi dimiliki secara ‘private’ ataupun ‘public’.
Saham yang boleh dimiliki oleh public atau orang ramai adalah syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Syarikat-syarikat ini adalah jenis Berhad.
Lihat Di Sekeliling Kita CHEF TRADER
Kita mungkin selalu isi minyak samada di PETRON ataupun PETRONAS.
Selain itu, kita gunakan tenaga elektrik dan setiap bulan kita kena bayar bil letrik kepada TNB.
Hampir rata-rata daripada kita ada ASTRO dekat rumah. Jika cerita bab kereta pula, ramai juga yang pakai kereta PROTON kalau bukan PERODUA.
Hakikatnya setiap hari kita ada berurusan atau menggunakan perkhidmatan dari syarikat-syarikat yang kita sebut di atas.
Tahukah kita bahawa syarikat-syarikat ini ada diniagakan di Bursa Malaysia?
Stesen minyak Petronas diuruskan oleh PETDAG (Petronas Dagangan) manakala stesen minyak PETRON ada kaitan dengan saham PETRONM.
ASTRO dan TENAGA (TNB) turut disenaraikan.
PROTON adalah produk oleh salah satu anak syarikat di bawah DRB-HICOM.
Saban Tahun Kos Sara Hidup Meningkat. Harga Barang Makin Mahal CHEF TRADER
Syarikat-syarikat yang kita sebutkan juga terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat.
Namun kos tersebut sedikit sebanyak terkesan kepada pengguna.
Kita mengeluh sebab susah bil letrik naik dan sebagainya. Syarikat-syarikat tersebut juga yang untung.
Namun, jika anda mempelajari saham, anda akan berhenti mengeluh.
Sebab anda tidak lagi sekadar menjadi pengguna.
Anda juga sebenarnya adalah rakan kongsi syarikat yang turut menumpang kekayaan yang diperoleh oleh syarikat.
Apa Beza Perniagaan Biasa Dengan Saham?CHEF TRADER
Untuk lebih faham, kita bawakan penerangan tentang perniagaan dan apakah perbezaan atau persamaannya dengan saham.
Contoh dalam gambar diatas, Hafiz seorang anak muda yang ingin berjaya. Beliau buka sebuah perniagaan iaitu RESTORAN HIPSTER.
Maka keuntungan yang Hafiz akan dapat adalah apabila ada orang datang masuk makan di kedai beliau.
Ini adalah konsep PERNIAGAAN secara umum, iaitu proses Jual Beli produk atau servis di antara pengguna dengan penjual.
Kita lihat pula syarikat A
Syarikat A adalah syarikat yang menjual peralatan dapur kepada pelanggan. Abu merupakan salah seorang pelanggan syarikat.
Abu sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat A.
Maka Abu ‘recommend’ dekat kawan-kawan untuk beli juga produk Syarikat A.
Pada asalnya syarikat A diasaskan oleh Ali. Atas permintaan ramai, Ali berhasrat kembangkan perniagaan beliau.
Namun modal Ali tak mencukupi. Ali jemput Guna dan Lim untuk menyumbang modal dan sebagai balasan.
Ali memberikan sebahagian pemilikan Syarikat A kepada Guna dan Lim.
Secara rasminya Guna dan Lim adalah rakan kongsi kepada Ali.
Untung syarikat, sebahagiannya adalah untuk Guna dan Lim juga.
Duit nak bayar gaji staf – sebahagiannya datang daripada modal yang dilaburkan oleh Guna dan Lim.
Keuntungan syarikat tidak semestinya diagihkan kesemuanya terus kepada para pelabur.
Ada sebahagian akan diagihkan dalam bentuk dividen, ada sebahagian digunapakai semula oleh syarikat untuk mengembangkan lagi syarikat bagi menjana keuntungan yang berlipat kali ganda lebih BESAR!
Syarikat juga kadang-kadang akan melaksanakan beberapa jenis ‘corporate exercise’ dalam usaha untuk memberi insentif kepada para pelabur.
Antaranya, bonus dan juga warrant.
Banyak lagi perkara dalam dunia saham yang kita perlu pelajari ke arah mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif sebagai pelabur.
Adakah anda sudah bersedia?
Berminat nak terus buka akaun untuk melabur saham? Daftar secara online disini
Ingin kan duit poket tampa bekerja jom belajar saham bursa Malaysia bersama chef trade.
Jangan risau group support setiap hari akan beri signal sehingga ahli mahir untuk mencari kaunter sendiri.
1=https://youtu.be/kImwHh0jjbo(cara untuk setting Tradingview)
2=https://youtu.be/Yq5-CMjJSAo(hari ni chef nak tunjuk cara nak tahu kuanter saham bursa Malaysia naik atau turun#duitpoket)
3=https://youtu.be/2ovh2z-YeNs(SnR apa fungsi dia dalam trader, jom kita belajar percuma ja)
4=https://youtu.be/YnCIsJfJEII(kenapa SnR peranan penting dalam saham,chef nak tunjuk cara ep mainkan peranan naik turun harga)
5=https://youtu.be/fi6wtbD7bNw(hari ni chef nak ajar cara fungsi EP dalam bursa saham malaysia)
Boleh email kan di
Cheftrader1989@gmail.com
Atau whatsapp ke no cikgu di bawah 🔽🔽
0 Comments:
Catat Ulasan