Kemalangan melibatkan kereta terbabas merempuh tembok sebuah rumah di Taman Perwira Jaya, Kluang petang tadi.





Kemalangan maut melibatkan basikal dan lori treler dekat Public Bank Bidor, semalam.
















Lelaki patah kaki dihempap pokok tumbang

KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal patah kaki selepas dihempap pokok tumbang di persimpangan Taman REM, Jalan Kota Tinggi tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Syukri Mohd. Yusof berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan kejadian itu pukul 12.56 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Kota Tinggi dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat pokok tumbang berketinggian 10 meter. Pokok berkenaan telah menghempap seorang lelaki berusia 40an yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Mangsa dibawa oleh ambulans sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian. Akibat kejadian itu mangsa patah kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini 



*REMAJA HILANG*

Nama Farhana umur 15 tahun di Jitra, Kedah

Asalamualaikom, sahabat area Jitra sapa2 yang  ternampak anak menakan saya tolong call balai polis yg terdekat dah 4 hari tak balik, kesian dekat tok dan tokwan dah tua2 susah hati dekat cucu.

Laporan polis dah dibuat harap dipanjangkan sampai jumpa, jangan komen yg boleh terasa ahli keluarga,kami pon tak mintak benda ni jadi🥹, doa kan yg baik2...

Farhana kalau ada baca ni.. balik la, mai jumpa maknjang tak pa...atau pon call mak njang 0147743044..




Dua beradik hilang: Polis tahan suspek


_Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya. - Foto BH_

HULU SELANGOR: Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

"Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).

"Lain-lain masih dalam siasatan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada pagi 1 Januari lalu, selepas pulang dari solat subuh di surau.

Pada malam 11 Januari lalu, seorang daripadanya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa beliau dan adiknya, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.




Lima lelaki merusuh guna kayu dekat restoran ditahan polis


Rakaman kejadian rusuhan di Permas Jaya.

LIMA lelaki ditahan selepas merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran dekat Bandar Baru Permas Jaya, Masai petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejdian pada pukul 2.27 petang semalam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat serbuan pada pukul 2.30 petang semalam sehingga 12.10 tengah malam tadi di empat lokasi.

“Lima lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 34 tahun berjaya ditahan bersama barangan rampasan dua buah telefon bimbit serta dua batang kayu rotan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod jenayah lampau.

Sementara empat lagi suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Kesemua suspek telah menjalani pemeriksaan ujian airk kencing dan negatif dari sebarang jenis dadah,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara suspek pada kelmarin.
Kesemua suspek direman selama satu hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-




Kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori dekat depan Kilang Munchy, Tongkang Pechah, Batu Pahat petang tadi.




Lelaki meninggal dunia dalam kereta lepas sarapan nasi berlauk

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta selepas bersarapan nasi berlauk di sebuah kedai makan di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari seorang penduduk kampung selepas mendapati kereta jenis Honda City dinaiki mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an tidak bergerak meskipun enjinnya hidup kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 40, berkata, lelaki itu dikatakan datang ke kedai makan itu untuk bersarapan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, selesai makan di premis itu, mangsa dipercayai masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumahnya di Kampung Panjang, di sini.

“Beberapa penduduk kampung melihat kereta terbabit tidak bergerak walaupun pemandunya ada di dalam. Salah seorang penduduk kampung kemudian bergegas mengetuk pintu kereta terbabit dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Azman memberitahu, penduduk kampung yang mengenali keluarga lelaki itu terus menghubungi isterinya dan pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan maklumat lengkap akan menyusul. –






Pelajar Tingkatan Lima maut nahas motosikal awal pagi, polis jejaki 3 lagi penunggang

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai berlanggar dengan beberapa motosikal lain di Kilometer (KM) 7.8 Lebuh Raya Guthrie menghala ke Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4 pagi, mangsa lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan selepas tercampak ke tengah besi penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, berkata hasil siasatan awal mendapati ada tiga lagi penunggang motosikal dipercayai terbabit dalam nahas itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di laluan sedikit berselekoh menaiki bukit yang mana kesemua empat motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan sehingga saling berlanggar.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR tercampak ke tengah penghadang besi jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Penunggang motosikal yang lain dipercayai melarikan diri dan kini mereka sedang dikesan. Di lokasi kejadian, terdapat banyak komponen kenderaan yang pecah dan bersepah atas jalan

"Tiga lagi motosikal terbabit dalam kemalangan itu dipercayai membabitkan dua jenis Yamaha LC dan sebuah Yamaha Y15ZR, namun identiti penunggangnya belum dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafa'aton berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Adi Abd Latif berasal dari Puchong, Selangor.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, untuk bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita mohon saksi untuk tampil membantu siasatan polis," katanya sambil meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari, melalui talian 019-2264650.






Pengasuh direman empat hari bantu siasatan bayi digigit anak



KLUANG – Pengasuh kepada seorang bayi yang digigit hingga terdapat kesan koyakan pada kulit oleh anaknya ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrain Mohd Noh berkata, rakaman percakapan ke atas wanita tempatan berusia 30 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam semalam dan dibenarkan tahanan bermula hari ini sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara boleh sampai 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Rabu lalu, polis menerima laporan dari ibu bayi lelaki berusia enam bulan yang mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun pada pukul 5.30 petang.

“Susulan itu, pengasuh yang juga wanita warga tempatan berusia 30 tahun yang tinggal di Taman Puteri Emas disini diambil rakaman percakapannya malam tadi,”katanya ketika dihubungi hari ini.



















IPOH: Hidup dalam rumah yang dipenuhi sampah sarap termasuk takungan najis bertahun lamanya.

Siapa sangka dua beranak ini hidup di tempat yang tidak layak dihuni oleh manusia, diburukkan lagi dengan air yang melimpah di sepanjang ruang masuknya.

Keadaan semasa memaksa Erwan Dahari, 46, untuk berhenti kerja untuk menjaga ibunya Miram Kadir,77, yang uzur.

Malah, Erwan sendiri mengakui sebelum ini dirinya ada menerima rawatan untuk stres atau tekanan jiwa dan boleh dikategori sebagai orang kurang upaya (OKU) mental.

Anak kedua dari tiga beradik ini menjelaskan, sehingga kini dia dan ibu hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal RM300 setiap bulan, namun tidak mencukupi kerana perlu membayar sewa rumah RM250.

"Kami berdua sudah menetap di sini selama tujuh tahun, sebelum ini saya ada kerja di kilang berdekatan tetapi terpaksa berhenti sebab mak ada sakit tua dan sekarang sudah agak nyanyuk.

"Memang ada juga kakak dan adik perempuan bantu, tetapi mereka pun bukan orang senang. Kakak di Klang dan adik di Ipoh. Mereka juga ada datang dan bersihkan rumah ini sekali sekala.

"Memang ada cakap-cakap dari orang ramai yang suruh saya hantar mak ke rumah orang orang tua, tetapi selagi saya ada saya akan jaga mak walau susah macam mana pun.

"Selain Baitulmal dan jiran berdekatan yang selalu hantar makanan, memang tiada dapat bantuan apa-apa, terus terang cakap kalau ikutkan hati saya memang tidak mampu untuk teruskan hidup," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Flat Taman Silibin.

Bagi sesiapa sahaja yang memasuki rumah ini pasti mengakui ia sangat daif untuk didiami, apatah lagi oleh warga emas yang tidur tanpa beralaskan tilam dan bantal, apatah lagi selimut ketika cuaca sejuk.

Belum kisah air hujan yang tempias memasuki rumah, susulan banyak tingkap dan siling yang sudah uzur dimakan zaman.

"Bantuan Baitulmal RM300 itu tidak cukup sebab nak bayar sewa, elektrik dan air, kadang-kadang hendak beli makan memang tiada, jiran yang bantu bagi makanan.

"Rumah ini memang sudah sangat teruk, tandasnya sudah tersumbat, air pun sudah sampai melimpah dalam rumah.

"Sampah sarap ini memang saya ada buang tetapi, dalam keadaan saya yang sebegini (berada dalam tekanan) saya tidak mampu, di samping perlu menjaga mak.

"Saya takut jadi tertekan macam dulu dan sakit datang balik, saya tidak boleh kalau fikir banyak masalah," jelasnya yang sebelum ini pernah menetap di Manjoi.

Berbicara lebih mendalam, tiada apa yang diharapkan Erwan melainkan sebuah rumah atau tempat berteduh yang lebih selesa untuk mereka berdua.

"Kalau boleh saya memang mahukan tempat yang lebih baik, untuk keselesaan mak juga.

"Saya memang ada fikir cari rumah lain, tetapi dengan keadaan saya sakit dan tidak bekerja macam mana hendak menyewa, memang terpaksa juga duduk sini," katanya lagi.

Salah seorang jiran dikenali sebagai Ina memberitahu dua beranak itu memang disenangi penduduk setempat dan tidak pernah membuat sebarang masalah.

"Mereka berdua memang selalu tegur dan baik. Saya dapat tahu dari salah seorang jiran di sini juga tentang keadaan mereka.

"Sebak juga bila dapat masuk hari ini dan lihat sendiri keadaan rumah yang begitu daif, harap ada bantuan untuk opah dan anaknya," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Puteri Kebajikan Negeri Perak, Wan Noorashikin Noran ketika hadir sama menyampaikan bantuan berkata, dia mendapat maklumat berhubung perkara itu dari salah seorang jiran di sini.

"Dengan keadaan rumah opah itu, saya rasa masalah disebabkan anaknya (Erwan) yang tidak sihat. Kita perlu bantu dapatkan tempat tinggal selesa untuk mereka.

"Saya dapat panggilan dari jiran di sini yang memaklumkan opah memerlukan lampin pakai buang dan kain batik. Bila saya lihat gambar rumah yang dihantar itu nampak sangat daif, bila datang sendiri hari ini memang terkejut lihat keadaan dalam rumahnya sampai tiada tempat untuk duduk dan tidur. > INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel: "Kita cuba gerakkan usaha untuk beri makanan dan kain untuk opah, selain itu saya akan cuba mohon bantuan berkaitan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini," katanya.

Sebarang maklumat lanjut atau bantuan untuk dua beranak ini boleh hubungi Wan Noorashikin Noran di talian 012-509 2557. -PERAKTASTIC-






Kunci Patah ...
sepatutnya dilengkapi CCTV 🤔
Owner Carwash Biadap

Assalamualaikum

Petang ahad aku bawak exora aku basuh PREMIUM✨ carwash yang harga rm65 + killer cockroach rm60 dekat Monarch Automative Detailing yang alamat yang alamat 212 Jalan Layang 16 Taman Perling.
Masa aku bg kereta tu elok dan kunci dekat tempat. Dan dia kata ambik masa siket dalam 1 jam ++ macam tu. So aku pon tinggal kereta dengan harapan kereta cantik dan bersinar lepas PREMIUM CARWASH✨

Masa aku ambik kereta aku nampak kereta aku dh hidup lampu so ini maknanya kereta aku dah di’start’ enjin oleh carwash. Then aku bayar amount macam td. Then aku bawak kereta mcm biasa.

Selang 10-15 buah kedai aku nak tutup enjin pergi kedai kawan aku dan masani lah aku tahu kunci aku dah berderaiii. Cip, bateri dan berderai dr casing kunci. Ahh syudahhh ! 

Aku call suami aku farid, dia dtg dalam 10minit lepastu and tengok2 kan ape yang boleh buat. Pastu farid pergi kedai carwash tu balik dan dia fitnah aku yang start kereta tuu padahal masetu aku datang ambik kereta enjin kereta pon dh start.

Farid dtg patah balik kt kereta jumpa aku kata owner tu kata dia pass kunci dekat aku dan aku yang start sendiri kereta tu. Aku mcm eh ???

Then aku pergi balik dengan farid sama2 jumpa owner tu. Bukan kite nak gaduh atau mintak ganti rugi tapi atleast mintak maaf atau tahu sesiapa yang pandai buat kunci ke atau hanta budak untuk tengok check ke.

Tapi dia sampai sana dia halau aku dgn farid padahal farid cakap elok dengan dia. Siap abang abang dengan dia. Yes aku ngaku aku naik angin. Kowg boleh tengok sendiri dekat video sbb siapa tak naik angin bila kereta kau bagi elok dapat tak elok pada tangan kau.

Dia cuba nak salah kan aku balik. Kowg tahukan kereta takkan hidup sendiri and klu tengok betul2 video ni. Dengar yang dia kata dia start enjin kereta aku. Btw takde langsung mintak maaf atau simpati. 

Dia kata kereta tu dh keluar dr kedai dia dan takde tanggungjawab ape2 dekat kereta aku. And dia mati2 blame aku yang start enjin kereta and aku yang patahkan kunci. Takkan aku bodoh sangat nak patah kunci padahal esok aku nak berjalan jauh.

Atleast ade siket rasa tanggungjwb utk buat ape yang bole sbb aku bagi 100% kepercayaan aku untuk basuh kereta aku tapi yang aku dapat hanyalah makian dan dia halau aku.

So aku nasihatkan kowg yang nak basuh kereta please check review google jangan main tarah jee. Kowg boleh nilai sendiri video aku attach sekali. Bukan niat utk tutup periuk nasi orang tp harap tak terkena dekat orang lain sbb nampak orangnya mcm langsi marttt.

Kerugian buat kunci kereta rm450 + rm125 basuh so total rm575.
Aku anggap tkde rezeki jela.

Btw aku tak sampai rumah lagi pon mcm dia mentioned kat post fb dia!! Aku selang beberapa buah kedai je. Laki aku dh suro dia datang tengok sendiri. Dengan angkuh dia kata dia taknak tengok. Dia tak salah. Taknak tanggungjawab ! Kurang ajar botak ni. Sangat kurang ajar nak battle cakap tak salah lagi. Kau mtk maaf je sudah la. Suro datang tengok pon mcm mintak sedekag martttt.






Polis minta wanita diganggu lelaki onani buat laporan



_Tangkap layar memaparkan aksi seorang penunggang motosikal melakukan onani di hadapan seorang wanita di kawasan awam._

POLIS mengesahkan kejadian seorang wanita diganggu secara seksual oleh seorang penunggang motosikal di kawasan Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, semakan mendapati tiada laporan dibuat oleh mangsa.
Beliau berkata, laporan telah dibuat oleh seorang pegawai polis yang terkesan sebuah klip video berdurasi 46 saat di laman X.

“Menerusi video dapat dilihat seorang wanita telah diganggu secara seksual oleh sorang lelaki yang menaiki motosikal sambil melakukan perbuatan disyaki onani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelaasnya, mangsa dinasihatkan tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menhubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Magenderan di talian 017-3356810.-UtusanTV












Nak cari lala, terjumpa mayat

KUALA TERENGGANU – Hasrat dua remaja untuk mencari lala di kawasan tali air berhampiran Kampung Tetambah, Manir di sini semalam terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki terapung.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, mayat lelaki terbabit dijumpai Muhammad Nur Aiman Syazmi Shahrizal, 13, bersama seorang rakan lelaki sebaya.

Remaja itu berkata, dia dan rakannya tiba di kawasan tali air berkenaan untuk mencari lala pada pukul 4.35 petang.

“Sewaktu tiba, kami perasan keberadaan sebuah motosikal walaupun kawasan tali air itu sunyi tanpa kehadiran individu lain selain kami.

Kami teruskan niat mencari lala di kawasan tali air itu sebelum perasan objek seakan-akan mayat terapung di dalam tali air berkenaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Nur Aiman berkata, dia dan rakannya yang terkejut segera berlari ke surau berhampiran untuk memaklumkan penemuan tersebut kepada penduduk kampung.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan mayat dijumpai terbabit merupakan seorang lelaki berusia 30-an. – KOSMO! ONLINE










'Abang askar rupanya’

Oleh KOSMO!
16 Januari 2024, 5:02 pm

GEORGE TOWN – Tanda tanya mengenai siapa empunya diri yang nekad terjun dari Jambatan Pulau Pinang bagi menyelamatkan satu pasangan yang terjatuh ke laut, malam tadi akhirnya terjawab apabila dia merupakan seorang anggota tentera.

Menurut kenyataan dari Facebook Tentera Darat Malaysia, Koperal Mazlan Abdul Rahman merupakan anggota dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RMAD).

"Koperal Mazlan telah menyelamatkan orang awam yang dikhuatiri lemas di Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari 2024.

“Semasa kejadian, anggota sedang melalui Jambatan Pulau Pinang dan bertindak pantas terjun sejurus dengar jeritan meminta tolong dari bawah jambatan.

“Koperal Mazlan juga telah memberikan bantuan pernafasan (Cardiopulmunory Resuscitation (CPR) kepada mangsa setelah merapat ke bot berhampiran.

“Tindakan pantas berkenaan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa orang awam yang dipercayai terjatuh ke dalam laut,” katanya hari ini.

Tulis kenyataan itu lagi, sikap berani dan pantas yang ditunjukkan Koperal Mazlan ini wajar dijadikan contoh oleh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

2 RMAD terletak di Kem Sunga Ara di Bayan Lepas dan difahamkan, Koperal Mazlan juga mempunyai lesen penyelamat kecemasan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pengguna jalan raya sanggup menggadai nyawa selepas nekad terjun dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, dekat sini untuk menyelamat satu pasangan lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika orang awam terbabit dikatakan berada tidak jauh dari lokasi pasangan terbabit yang dikatakan sedang bertengkar sebelum dilihat terjatuh ke bawah.