Genap 16 tahun kahwin semua aku tanggung, luruh jantung bila check telefon anak jumpa mesej suami dengan wanita lain, aku tazkirah cukup-cukup mereka berdua dan adu pada mentua




Genap 16 tahun kahwin semua aku tanggung, luruh jantung bila check telefon anak jumpa mesej suami dengan wanita lain, aku tazkirah cukup-cukup mereka berdua dan adu pada mentua”. Assalamualaikum. Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk mendapatkan pandangan / pendapat berkaitan ujian yang aku hadapi sebulan yang lalu.

Aku sudah istikharah dan berdoa, tapi nampaknya masih buntu.

Aku wanita 43 tahun (sudah matang dan boleh buat keputusan sebenarnya, tapi untuk ujian kali ini aku betul-betul tiada idea).

Bersuami dan mempunyai 6 cahaya mata, 3 ada bersama kami dan 3 lagi sudah kembali pada Allah.

Tahun ini genap 16 tahun usia perkahwinan. Kami bercinta 2 tahun sebelum kahwin. Alhamdulillah, bahagia

(Aku mudah adapt dengan masalah kecil dan besar – jarang2 stress, so aku assume journey 18 tahun berkenalan dan bersama suami adalah bahagia pada skala 8/10 – alhamdulillah)

Aku berniaga, every month alhamdulillah walaupun pendapatan kecil, tak pernah takde gaji. Suami kerja tak tetap.

2 tahun lepas berhenti kerja dari sebuah firma dan ambil keputusan kerja sendiri sebagai Pemandu Peribadi.

Jadinya pendapatan suami hanya cukup sara dirinya sahaja, besar kemungkinan ada lebihan Cuma aku tak pasti dia buat apa.

Cuma baru-baru ini selepas 1 kejadian, aku mula paksa dia untuk tanggung yuran transit anak dan bayar bil elektrik (tujuannya supaya dia take responsibility setelah hampir 16 tahun aku tanggung segalanya)

1 malam, dia pulang lewat dari JB. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk cek handphone milik anak2 malam itu (sebelum ini kerap cek tapi tak terjumpa yang pelik-pelik ketika itu).

Luruh jantung aku bila terjumpa SAYANG, LUV U, RINDU, dekat henfon anak, message dari suami kepada seorang wanita.

Aku baca overall 70% dari message. Rupanya henfon anak ada link dengan messanger milik suami.

On the spot, aku screenshot dan tanya dia APA INI ? Aku tanya dia, macam inikah balasan awak untuk isteri yang selalu awak tinggalkan (kerja), dengan tiada nafkah zahir (95% perbelanjaan keluarga aku tanggung) dan batin (suami diabetes dan sudah tidak mampu beri layanan atas katil sejak setahun lepas).

Aku benar2 tersentak dan rasa dikhianati. Betul-betul rasa jijik bila gambar2 selfie suami dikirim pada perempuan itu berserta kata2 manja.

3 hari, aku tidak menangis. Makan pun ala kadar. Ujian kali ini benar2 buat aku fikir mahu keluar dari perkahwinan.

Selama tempoh 16 tahun bersama suami, hampir 4 kali dia pernah berbalas message begini dengan perempuan yang berlainan.

Aku maafkan dia atas sifat kemanusiaan. Bagi aku, dia ataupun aku tak lari dari kesilapan (tapi aku tak pernah curang dan betul2 jaga ikhtilat – apatah lagi kami sudah pergi menunaikan haji, so nak jaga mabrur)

Hari ke 4 aku menangis sepuasnya. Suami pujuk dan minta maaf. Dia ceritakan segalanya.

Perempuan itu sahabat lama di universiti, dulu mereka sama2 suka tapi tak pernah luahkan, sehinggalah suami dan aku berkahwin.

Terjumpa semula 3 bulan yang lepas, PEREMPUAN ITU SUDAH BERKAHWIN DAN ADA SUAMI (bukan janda). Allahuakbar.

Mereka decide untuk panggil sayang2 sebab terkilan kenapa tak pilih each other untuk jodoh mereka (nampak kebodohan di sini, jodoh Allah tentukan bukan korang la hanat).

Mereka memang berjanji untuk hentikan perhubungan ini kerana bagi mereka hubungan ini tak akan kemana (agak bodoh di sini, sepatutnya fikirkan dosa)

Kali ini aku baru merasa dan tahu apa itu stress. Aku reverse kereta boleh terlupa sudah tekan brek atau tidak. Driving rasa macam kereta terbang. Tanya homework anak berulang-ulang sampai anak confused, staff kata nampak aku bercakap sorang2. Semua tu di luar sedar.

Allahuakbar. Alhamdulillah, aku tersedar, yang aku letak kasih sayang pada manusia berlebihan. Jarang-jarang aku menangis untuk Allah.

Inilah hikmah yang aku nampak. Baiknya Allah, aku masih boleh tidur lena dan pergi kerja macam biasa di sebalik ujian kecil ni.

Suami dan perempuan itu berjanji putuskan hubungan. Aku tarbiah, tazkirah cukup2 mereka berdua siap loudspeak phone. Aku beritahu ibu mertua, supaya suami kena tiow dengan ibunya.

Tetapi, kerap-kerap moment sedih ini mengganggu aku, disebalik kata REDHA dengan ujian itu. Banyak perkara yang aku fikirkan.

Pada usia 41 tahun, aku rasa sudah muak dengan masalah skandal suami. Aku sudah mula jemu untuk menyara perbelanjaan keluarga.

Aku mula terfikir, ada baiknya jika aku cari BAHAGIA AKU SENDIRI.

Aku luahkan cara berhemah pada suami. Dia menyesal dan berkali-kali mohon maaf.. Jujur, aku sayangkan keluarga, tapi kali ini benar-benar rasa dikhianati.

Sekiranya bercerai, aku berjanji untuk jadi kawan yang baik untuk suami. Tetapi, aku mensyaratkan nafkah zahir perbelanjaan anak2 berjumlah RM 1,000.00 sebulan.

Aku fikir, mahu BAHAGIA sendiri. Bukan untuk berkahwin dengan orang lain. Aku mahu pergi bercuti, mahu lebih masa untuk hobi, pergi kursus yang saya minati, mahu buka cabang perniagaan baru..

Banyak impian aku yang tertangguh kerana asyik bantu suami. Aku ada beritahu suami mengenai ini, suami hanya diam.

Sehingga kini, aku masih belum nampak bayangan samada perceraian adalah jalan terbaik atau tidak.

Aku pun tak pasti suami betul2 sayangkan aku, tapi aku tak pernah bersangka yang suami mahu mempergunakan aku.

Aku sayangkan suami tapi aku rasa macam kena sayang Allah dan diri sendiri lebih.

Selfish ke aku jika aku mahu bercerai? Memang betul kah perceraian akan buat aku jadi manusia yang lebih bahagia atau aku belum cukup berkorban? Aku buntu.

Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura




Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura. Seorang rakyat Australia memberi amaran kepada pengguna aplikasi TikTok supaya tidak melawat Singapura melainkan mereka memiliki kekayaan, lapor porta berita asiaone semalam.

Rakyat Australia itu membuat kenyataan itu ketika dia berkongsi pengalaman melawat pusat beli-belah The Shopee yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis barangan mewah di Marina Bay Sand.

Dia yang menggunakan akaun _jessiecarr berkongsi video tentang kunjungannya ke pulau tersebut.

“Jangan pergi ke pusat beli-belah di Singapura melainkan anda kaya,” katanya dalam video itu sambil melihat di sekelilingnya.
“ Ini yang saya lihat,” katanya yang menunjukkan kedai berjenama di sekelilingnya termasuk Bottega Veneta, Hermes, Balenciaga, Saint Laurent, Bulgari, Louis Vuitton dan Prada.
“Saya belum lagi melihat satu kedai mampu milik yang saya boleh berbelanja,” tambahnya.

Benda tak best’ – Dottie dah 3 tahun bercerai


KUALA LUMPUR – Menyimpan kemas hal peribadi, akhirnya pelakon Dottie mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami Mohd. Haffis Abu Hassan, sejak tiga tahun lalu.

Enggan mengingati kisah lampau, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Mazni Abd. Razak mengakui terlupa banyak perkara berkenaan sejarah perkahwinannya yang singkat.



Benda tidak best (seronok), tidak perlu ingat,” katanya ketika ditemui pada acara Anugerah TikTok 2023, malam ini.

Ditanya sama ada sudah bertemu orang baharu, bintang filem Dottie itu menegaskan belum terlintas untuk kembali berumah tangga.

“Tiada orang bertanya. Jadi saya pun tidak bercerita.

Buat masa sekarang saya mahu bergembira terlebih dahulu. Belum sedia nak cari pengganti,” jelas Dottie yang sudah 13 tahun dalam industri seni

Dottie mendirikan rumahtangga dengan Haffis pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sebelum ini timbul desas-desus kemelut hubungan mereka yang didakwa tidak sehaluan apabila tiada lagi gambar bersama.- 

Bantuan Kerajaan Malaysia

Bantuan Kerajaan Malaysia






Cara Tebus EWallet RM100 & RM200 – Claim Sekarang


Cara Tebus eWallet RM100 & RM200 untuk tahun 2023 bagi mereka yang berkelayakan. Semakan,permohonan online & cara daftar bantuan kredit etunai (e-Wallet) percuma.

Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun kini boleh menikmati manfaat program eTunai Belia Rahmah menjelang 2023.

Artikel ini akan menerangkan cara mendaftar dan menebus kredit e-dompet RM200 dan bantuan tunai RM100 untuk B40 dan M40.


Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program bantuan eTunai dalam Bajet 2023. Kerajaan Malaysia akan menyediakan RM400 juta untuk skim itu, dengan RM200 untuk setiap penerima yang layak, dianggarkan 2 juta orang.


Pada 27 Julai 2023, PM telah umumkan pemberian tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.


Manakala bagi golongan belia pula, RM200 akan diberikan secara percuma kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun. Pendaftaran boleh dibuat mulai 26 Jun 2023.


Penebusan e-dompet boleh ditebus melalui aplikasi e-dompet Malaysia seperti berikut :

Cara Tebus


Penebusan melalui Apps, anda perlu muat turun aplikasi, daftar dan sahkan identiti anda dengan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan.

Program eTunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif yang bermakna untuk masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi dalam transaksi harian. Selamat menikmati e-dompet masing-masing.



JAWATAN KOSONG VAPE SHOP

*LELAKI
*ISLAM
*18-23 TAHUN

LOKASI:SUNGAI PETANI KEDAH

UNTUK PERTANYAAN LEBIH LANJUT HUBUNGI 
www.wasap.my/60195585717







📍 Pembantu Kedai Runcit NURMART
KEMASUKAN SEGERA!!
- Lelaki/Perempuan
- Kerja Sepenuh Masa (Fulltime)
- Berumur 18 hingga 35 tahun
- Cekap melaksanakan tugas & boleh menerima arahan
- Sihat tubuh badan
Sesi Interview 👇
🗓  Isnin (21/8/2023) ESOK
⏰ 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Sebarang pertanyaan, boleh Whatsapp - 0175025725






JAWATAN KOSONG KERANI (PEREMPUAN)
• Kelulusan SPM.
• Boleh bekerja segera (ASAP)
• Mahir menggunakan Microsoft excel, word dan power point
• Multitasking dan mampu bekerja dalam kumpulan.
• Waktu bekerja 8.30am-5.30pm
• Cuti berkerja hari sabtu 
• Gaji basic RM1500 tidak termasuk elaun2 lain.
Hanya yang berkelayakan akan di panggil untuk temuduga.
Berminat boleh email resume ke amalafiatdialysis@gmail.com @ 012-6084453