IPOH – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular di media sosial berhubung pertelingkahan hingga mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditangkap semalam pada pukul 10.30 malam di Ampang Baru.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada 14 Mei mengenai kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Falim di sini.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib. Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek tersebut, maka kes telah pun diselesaikan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video berkenaan sehingga menjejaskan siasatan.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 18 saat yang dikongsi melalui Twitter itu, seorang lelaki dilihat mengeluarkan kata-kata kesat dan memainkan sentimen perkauman terhadap seorang wanita di dalam sebuah restoran. 





PETALING JAYA: Sebuah pencawang elektrik  Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat beli-belah Mid Valley di ibu negara  terbakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, api marak keluar dari  pencawang tersebut dan orang ramai yang  melalui Lebuh Raya Persekutuan yang terletak berhampiran pusat beli belah itu boleh nampak kejadian itu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kebakaran itu dan usaha-usaha pemadaman giat dilakukan.




















Pemandu van maut rempuh kedai runcit

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki maut setelah van yang dipandunya melanggar sebuah kedai runcit di Simpang Lima di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, mangsa berkenaan, Ezrul Azmi, 33, memandu seorang diri selepas menghantar anaknya ke sekolah.

Beliau memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8 pagi hari ini dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar telah bergegas ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.

“Anggota bomba telah menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan pegawai perubatan mengesahkan dia telah meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamadul Ehsan, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
















Lima lelaki didakwa kes culik, minta wang tebusan RM1.12 juta

KUALA LUMPUR – Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang jurujual lelaki untuk mendapatkan wang tebusan RM1.12 juta bulan lalu.

Mereka ialah Suhaimi Mat Zin, 41, Wong Guo Song, 33, Yong Zi Hui, 25, Zulkarnain Ramli, 46, dan Muhammad Azam Hatan, 32.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes culik itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dengan yang masih bebas didapati dengan maksud menahan, abduksi (menculik) dan mengurung seorang lelaki berusia 39 tahun yang mana dengan tujuan mendapatkan wang tebusan anggaran RM1.12 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah jalan di Bandar Sri Petaling di sini pukul 10.30 malam pada 29 April lalu yang didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan.

Empat tertuduh iaitu Suhaimi, Guo Song, Zi Hui dan Zulkarnain diwakili peguam-peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah, Izwan Arif Ibrahim, Nasir Nordin dan Azinuddin Karim.

Sementara seorang lagi tertuduh Muhammad Azam tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.







Larikan wang hampir RM1 juta, tiga rakan mengaku tidak bersalah

MELAKA – Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai kira-kira RM900,000 milik sebuah syarikat kawalan keselamatan aset pada Februari lalu.

Tertuduh, Md. Halman Lagis, Aszemi Dol dan Musliandee Mustapa Kamal yang kesemuanya berusia 43 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama dengan dua yang masih bebas telah melakukan pecah pejabat dan mencuri wang tunai lebih kurang RM900,000 milik SRT- EON Security Service Sdn. Bhd.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 12 tengah malam sehingga 1 pagi di Jalan Tasik Utama 2, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah pada 21 Februari 2023.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh masing-masing hanya bekerja sebagai pemandu lori, pemandu van kesihatan dan nelayan.

Tambahnya, kesemua mereka juga telah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga termasuk anak yang masih kecil.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan tarikh 27 Jun depan sebagai sebutan semula kes serta lantikan peguam. 







Pengasas tahfiz dua isteri didakwa amang seksual pelajar

MELAKA – Pengasas sebuah pusat tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajarnya, sejak tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan tiga kertas pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya masing-masing berusia 13 tahun 9 bulan, 14 dan 15 tahun.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di dalam bilik di rumah guru dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Julai 2022 serta Mac 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.

Bagi dua pertuduhan lagi, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap dua mangsa sama, di lokasi sama pada Mac 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal.

Peguam Fahmy Sulaiman yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung dua isteri dan enam anak berusia 1 tahun setengah sehingga 13 tahun.

Selepas mendengar rayuan kedua belah, Darmafikri memberikan jaminan sebanyak RM20,000 bagi dua pertuduhan dihadapannya, bagaimanapun Mohd. Sabri tidak membenarkan jaminan bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Jun ini.

Kosmo! pada 12 Mei lalu melaporkan polis menahan pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz dekat sini pada pukul 1 dan 1.30 petang selepas disyaki melakukan penderaan seksual dan fizikal terhadap enam pelajar mereka.

Kejadian itu terbongkar selepas kesemua mangsa yang berusia 13 sehingga 15 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga pada pukul antara 6.29 petang sehingga 9.13 malam, 10 Mei.

Difahamkan, pengasas terbabit yang berusia 40 tahun sebelum ini pernah didakwa mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii pada 2019 bagaimanapun, adiknya 36 tahun tidak mempunyai rekod lampau.

Difaham adik tertuduh masih direman pihak polis bagi membantu siasatan lanjut. 








Remaja lelaki lemas mandi sungai berhampiran D’Kasai Riverside

BENTONG – Kegembiraan empat sahabat mandi di sungai berhampiran D’Kasai Riverside, Chamang di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas dibawa arus deras semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Zaidi,17, terjatuh di kawasan arus deras sebelum hilang.

“Pasukan bomba membuat pencarian dengan teknik pencarian di permukaan dan mayat mangsa ditemukan pada pukul 9.35 malam di sekitar kawasan mangsa lemas pada kedalaman 2.4 meter.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.










Serang pelajar tingkatan tiga, empat termasuk dua penuntut ditahan

Sibu: Dua pelajar dan dua penuntut ditahan selepas dipercayai menyerang pelajar tingkatan tiga di kawasan parkir kereta Jalan Intan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan itu susulan laporan dibuat pelajar berusia 15 tahun pada 8.52 malam Isnin lalu.

"Berdasarkan laporan, pelajar terbabit memaklumkan dia dipukul berapa individu termasuk pelajar sekolah sama di kawasan parkir kereta.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melakukan empat tangkapan di beberapa lokasi antara 9 hingga 11 malam yang sama.

"Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 14 hingga 19 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, polis polis turut terkesan video pergaduhan itu yang disebarkan di laman sosial berdurasi 50 saat.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video yang boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam," katanya.

Zulkipli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan pelajar dipercayai tingkatan lima berpakaian sukan berwarna biru menyerang pelajar tingkatan tiga yang tidak dikenali.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari, dan pelajar terbabit belajar pada sesi pagi.








SUNGAI BESAR - Seorang pegawai dan anggota tentera m@ut dalam kemalangan selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang pada petang Rabu.

Dalam kejadian itu, m@ngsa yang berusia 28 dan 49 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kaunter aduan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori pada jam 3.20 petang.

"Siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun baru menjalani kerja pembersihan jalan dan dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas selesai kerja pembersihan jalan.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki kedua-dua m@ngsa dari arah Sabak Bernam menghala ke Klang gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Agus Salim memberitahu, akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang juga Lans Koperal dan penumpang berpangkat Leftenan Kolonel mengalami cedera p@rah di bahagian kepala, manakala pemandu lori tidak cedera.

Ujarnya, dua m@ngsa m@ut yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Kuala Lumpur itu dipercayai dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Port Dickson.

Tambah beliau, m@yat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.











KES KEMALANGAN JALAN RAYA (KJR) 

Rabu, 17 Mei 2023 - Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Temerloh telah menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian Kemalangan Jalan Raya yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Bahagia, Temerloh. Kemalangan melibatkan 1x kereta dan 1x motosikal. 
Menerima laporan tersebut, anggota PKOD Temerloh bergegas ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan serta rawatan awal kepada mangsa. 1x Mangsa Lelaki Dewasa Berbangsa Melayu telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut.










JOHOR 17/05/2023

Kemalangan lori treler di Lebuhraya Plus, Km 64.6 arah Utara dari Simpang Renggam ke Machap sekitar jam 9.30 malam ini.










Bomba bantu keluarkan mayat Mejar Hendrinraj

SEBERANG PERAI – Anggota bomba mengambil masa kurang setengah jam untuk membantu mengeluarkan mayat seorang jurusensor senjata pesawat tempur Sukhoi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan di Seberang Jaya di sini Selasa lalu.

Mangsa, Mejar P. Hendrinraj dilaporkan maut ditempat kejadian selepas kereta yang dinaiki bersama seorang rakannya dikatakan merempuh belakang sebuah treler.

Kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang dari latihan di Pengkalan Udara Butterworth.

Sumber bomba berkata, pasukannya tiba di tempat kejadian pada pukul 1.49 pagi selepas menerima panggilan berhubung kemalangan jalan raya itu kurang 10 minit kemudian.

“Apabila pasukan tiba di tempat kejadian mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer yang melanggar bahagian belakang sebuah treler muatan panjang yang parkir di bahu jalan.

“Terdapat dua orang mangsa terdiri seorang lelaki Melayu berumur 28 tahun dalam keadaan sedarkan diri dan mengalami kecederaan manakala seorang lagi lelaki India berusia 35 tahun maut ditempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, pasukannya bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa serta pemandu dan menyerahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. 








TERENGGANU 17/05/2023.

Kemalangan maut melibatkan 2 buah motosikal dekat UniSZA, Gong Badak malam ini.









TERENGGANU 17/05/2023.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat Stesen Minyak Five Batu Rakit, Kuala Nerus siang tadi.

Penunggang motosikal cedera parah dilaporkan meninggal dunia ketika di hospital.














JOHOR 17/05/2023.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta berhampiran Taman Sayong Indah, Jalan Kluang Kota Tinggi dekat Kulai siang tadi.

Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai keadaan mangsa yang terlibat.










jawatan kosong pembantu tukang 
masak..0194605716




Jawatan Kosong Operator Pengeluaran WANITA MUSLIMAH di Kilang SANSHIN DiBakar Arang Sungai Petani Kedah. 

✅UNTUK KEMASUKAN ASRAMA SAHAJA. 
TERHAD

🌹cukup 20-35 tahun, 
🌹boleh kerja BERDIRI, 
🌹kerja 12 jam SEMINGGU MALAM SEMINGGU PAGI,
🌹WAJIB ADA SPM
🌹sihat tubuh badan
🌹tidak bergantung pada ubat ubatan
🌹Boleh masuk kerja hari Isnin hadapan
🌹transport disediakan hanya dari asrama.

Asrama ditaman Sri Wang Dan Taman keladi.

WhatsApp SAHAJA Penyelia Kemasukan ditalian:- 010-2668096..

ISNIN 15-5-2023 INTERVIEW TERUS KERJA




Kerja Kosong Kedai Makanan Haiwan Basic **RM1500++**

**Start Kerja bila-bila masa

Janji Attitube baik, bertanggungjawap, xde pengalaman kami ajar.

🗺️Location : **Sungai Petani, Semeling**

💪Kerja : Layan Customer, Packing & Susun brg, Cashier

⏰Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang shj (masa rehat 1 jam)

Isnin - Sabtu (Ahad Cuti)

**Faedah :**

📌 Public Holiday Cuti

📌 Gaji pokok RM1,500

📌 Insentif + Elaun

📌 EPF & SOCSO

📌 Annual Leave, MC

📌 Bonus, Angpao

📌 Attendance Allowance

📌 Free Uniform

📌 Kenaikan Gaji Tahunan

📌 Peluang Meningkat pangkat

Berminat sila WhatsApp ke

010-5219263 (Loo) / 010-5079263 (Lim)




JAWATAN KOSONG 
- Wanita
( Kilang Bakar Arang) Sungai Petani
Kerja  (Normal 8 Jam)
2 Shift ( Pagi & Petang )

* 5 hari kerja seminggu, cuti 2 hari
* Elaun Petang
* Elaun kedatangan
* Ada caruman EPF/SOCSO/SIP
* Ada pinjaman (advance)

Hubungi : 017 8209690




‼️ Jawatan Kosong 🔊 Jawatan Kosong 🔊 Jawatan Kosong ‼️

🏍 WXL Bikers Sdn Bhd 🏍

Position: Foreman Mechanic 🧑🏻‍🏭👨🏻‍🏭

Job Type: Full Time

Salary: RM1,500 - RM3,000 + Bonus + allowance 🤩

Job Description:

📌 Pemeriksaan motosikal sebelum penghantaran

📌 Membaiki dan servis motor

📌 Diagnosis komputer motosikal

📌 Hostel disediakan

📌 Wajib tepati waktu dan bertanggungjawab

[www.wasap.my/60166611930] (Mr Tony)

[www.wasap.my/601110928602](Ms Anis)



KERJA KOSONG PEMANDU LORI
Jawatan Kosong Pemandu Lori (Full Time)
Lokasi: TMN RIA JAYA, KEDAH
Tugas: Bawa lori 3 ton (RORO)
Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai lesen GDL
3. Lelaki
4. Mengikut arahan penyelia
5. Boleh mengguna Waze atau Google Map
6. Rajin, bertanggungjawab dan berdisiplin
7. Jujur dan Amanah
Sila Whatsapp 018-7882813, no pm thank you




**Jawatan Kosong (Kemasukkan segera)**

1. E-commerce packers

**Syarat-syarat:**

Perempuan

18 tahun ke atas

Bertanggungjawab dan rajin

Boleh bekerja OT dan cuti umum

Lepasan SPM digalakkan

**Faedah-faedah**

Pelbagai elaun

OT

EPF/SOCSO

Sila whatsapp resume ke 012-5345586.



‼️jawatan kosong‼️
kemasukan segera
PASAR BORONG SA DUA PULUH
-lelaki
18tahun keatas
ada transport
yang betul ii nk kerja
blh pm wsp saya 01129081365



Jawatan Kosong Kedai Haiwan 

Kriteria
🚩Lelaki (Umur 20-30)
🚩Sepenuh Masa
🚩Tekad untuk belajar
🚩Kemahiran menggunakan aplikasi Tik tok, instagram 
🚩Lokasi kerja : Jalan stadium 

🚩Perempuan
🚩Berminat untuk membuat live fb dan tik tok 
🚩Tidak berpengalaman tapi sanggup belajar dialukan 

Gaji (1.6k - 2k + bergantung kepada pengalaman)
Epf socso 

Berminat sila whatsap 012-4727721