Isteri maut, suami parah kereta bertembung treler

KOTA TINGGI: Seorang wanita maut selepas kereta dipandu suaminya bertembung dengan sebuah treler di KM 43.5 Jalan Johor Bahru - Mersing di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Masroha Ali, 38, maut di tempat kejadian, manakala suaminya yang dikenali sebagai Mohd Fazuan Abu Hassan, 39, parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan membabitkan sebuah Proton Waja dengan sebuah treler.

"Kita menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 8.10 pagi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler yang juga lelaki tempatan berusia 31 tahun gagal mengawal kenderaan berat itu sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Johor Bahru.

"Treler itu kemudian bertembung dengan Proton Waja dipandu lelaki tempatan berusia 38 tahun bersama isterinya 37 tahun," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta parah iaitu patah kedua-dua kaki dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, manakala penumpang atau isterinya yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu treler pula tidak cedera dan ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadapnya mendapati dia negatif dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Tinggi II (PBT II) Rafiee A Karim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 7.49 pagi.

Beliau berkata kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan mereka akibat kemalangan itu.








40 penduduk tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

Semporna: Sekurang-kurang 40 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas lima rumah mereka di Kampung Pulau Larapan Hujung, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna Abdul Kadir Halalan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.49 tengah hari sebelum sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah bot kevlar.

Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah rumah di situ sebelum merebak ke rumah berhampiran berikutan strukturnya diperbuat daripada papan selain kedudukan yang rapat antara satu sama lain.

"Kebakaran membabitkan lima rumah, sebuah dewan serba guna yang terbakar sepenuhnya manakala sebuah rumah lagi terjejas pada bahagian dinding akibat bahang api.

"Operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka (air laut) sebelum api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Kadir berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.56 petang sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.















Baru sedar ada sarang tebuan pada sendi jengkaut’

KULIM: Kejadian disengat tebuan yang meragut nyawa pemilik kedai peralatan perkakasan turut menimpa salah seorang pekerjanya sehari sebelum kejadian di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, di sini.

Bagaimanapun, pekerja kepada Allahyarham Muhammad Sazwan Marzuki itu tidak me­ngalami sebarang masalah walaupun disengat tebuan di bahagian kaki, Rabu lalu.

Bapa mangsa, Marzuki A. Halim@Zakaria, 54, berkata, ketika itu mereka tidak tahu di mana tebuan itu membuat sarang meskipun sejak beberapa hari lalu adik kepada arwah, Muhammad Hamizan, 24, me­ngendalikan jentera jengkaut berkenaan.

“Namun pada petang kejadian semasa arwah hendak memasukkan pasir ke dalam lori menggunakan jengkaut itu, beberapa ekor tebuan menye­rangnya dan kami baru sedar ada sarang tebuan pada bahagian sendi jentera itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.35 petang, Khamis lalu, Muhammad Sazwan, 28, mengadu bahagian kepalanya sakit akibat disengat serangga terbabit sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.

Marzuki berkata, setelah di­sengat tebuan, anaknya berlari mendapatkan pertolo­ngan Muhammad Hamizan yang ketika itu berada di dalam kedai.

“Arwah kata dia rasa seperti hendak pitam dan pandangannya gelap lalu mengajak adik­nya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum dikejarkan ke hospital. Muhammad Hamizan yang memangku arwah beri­tahu beberapa minit sebelum tiba di hospital, arwah tidak sedarkan diri.

“Kami sekeluarga terkejut apabila doktor memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia ketika menerima rawatan. Kami reda de­ngan ketentuan kerana Allah lebih sayangkan arwah,” katanya.

Tambah Marzuki, dia menye­rahkan perniagaan kedai peralatan perkakasan itu kepada arwah yang merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik dan arwah sudah mendirikan rumah tangga, namun belum dikurniakan anak.

“Arwah seorang anak yang rajin serta selalu ceria dengan adik-beradiknya. Dia suka membantu orang, jadi kami terasa juga dengan pemergiannya,” katanya yang memaklumkan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Taman Mahsuri. 










Kemalangan lori di Lebuhraya Plus, KM 40.7 arah Utara dari Kulai ke Sedenak sekitar jam 2.30 petang tadi.







SELANGOR 14/05/2023.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat Bukit Ampang - Langat, Berhampiran Restoran Veg Fish Farm Thai.

Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.







NEGERI SEMBILAN 14/05/2023.

Kemalangan melibatkan kereta dan pacuan empat roda dekat Bukit Putus petang tadi.

Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai keadaan mangsa yang terlibat.

Sumber: N9 RADAR















SELANGOR 14/05/2023.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat simpang SS2 Lebuhraya Damansara Puchong sekitar jam 10 pagi tadi.

Mangsa motosikal maut dalam kejadian tersebut.

Saksi yang mempunyai rakaman dashcam sila tinggalkan video di ruangan komen.














Nahas bas, 6 kenderaan selepas Terowong Menora, trafik sesak 12km

KUALA KANGSAR: Aliran trafik terhenti sepanjang tujuh kilometer selama 40 minit susulan kemalangan membabitkan sebuah bas ekspress dengan enam kenderaan lain di Kilometer 256.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Izuan Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden selepas Terowong Menora itu pada jam 4.16 petang sebelum menghantar lapan anggota ke lokasi.

Katanya, kemalangan mengakibatkan seorang individu berusia 50-an tersepit dalam kereta dipandunya yang berada di belakang bas berkenaan, namun hanya cedera ringan.

"Insiden membabitkan enam kereta dan bas, hanya seorang mangsa cedera akibat tersepit. Mangsa dalam kenderaan lain termasuk penumpang bas tidak cedera dan sudah keluar dari kenderaan masing-masing semasa bomba tiba, kira-kira jam 5.05 petang.

"Nahas hanya mengakibatkan kenderaan terbabit mengalami kerosakan akibat berlanggar antara satu dengan yang lain," katanya ketika dihubungi, malam ini.



















Katanya lagi, mangsa yang tersepit difahamkan memandu di belakang bas terbabit sebelum ia dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan lain.

"Selepas berjaya dibawa keluar, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, PLUS melalui Twitter @plustrafik memaklumkan setakat jam 5.13 petang, insiden itu mengakibatkan semua lorong hala utara ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menyelamat, menyebabkan aliran trafik terhenti sejauh tujuh kilometer.

Pada jam 5.53 petang, lorong kanan mula dibuka, namun trafik masih sesak sejauh 10 kilometer sehingga jam 6.32 petang.





Bas mengundur 700 meter

Kuala Kangsar: Bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM257, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi tadi, mengundur sejauh 700 meter menuruni kawasan berbukit selepas gagal memotong.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan berat iaitu bas berkenaan bersama dua treler sekitar jam 2.20 pagi, mengakibatkan 14 penumpang serta pemandu bas itu mengalami cedera ringan.

Katanya, siasatan awal mendapati bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kajang, Selangor dalam cubaan memotong laluan treler dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun di lorong tengah ketika sedang mendaki.

Omar berkata, selepas memotong treler berkenaan, terdapat sebuah lagi treler dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipandu perlahan di lorong tengah di hadapan laluan bas itu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bas berkenaan gagal mengelak serta membrek, menyebabkan ia merempuh bahagian belakang treler terbabit.






"Selepas pelanggaran itu, bas hilang kawalan dan gagal berhenti lalu mengundur ke belakang secara menurun bukit menuju ke arah treler yang dipandu oleh lelaki berusia 48 tahun berkenaan yang ketika itu sudah menukar laluannya dari lorong kiri ke lorong tengah.


"Treler lelaki 48 tahun itu yang nampak bas sedang meluru ke belakang secara mengundur, cuba mengelak ke kiri namun bahagian belakang kiri bas kemudiannya melanggar bahagian belakang kanan treler terbabit.

"Bas itu kemudiannya terus hilang kawalan dalam keadaan mengundur sejauh kira-kira 700 meter ke belakang dan melanggar pembahagi jalan lalu terhenti di lorong kanan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera ringan itu berusia antara 17 hingga 41 tahun dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan manakala 12 yang tidak cedera sudah meneruskan perjalanan ke ibu kota menaiki bas gantian.

Omar berkata, punca kemalangan adalah kerana pemandu bas cuai mengawal kenderaan sehingga melanggar belakang treler namun tiada tangkapan bagi kes ini termasuk berikutan pemeriksaan air kencing terhadap pemandu bas mendapati keputusannya negatif.

Katanya lagi, kes diklasifikasi mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987 manakala pemandu dua treler yang terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan dengan memetik Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebagai berkata enam individu cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di KM257 PLUS arah selatan awal pagi tadi.




Lelaki meninggal dunia dipercayai strok haba

BACHOK, KELANTAN: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai terkena serangan strok haba semasa sedang menunggu anaknya pulang dari sebuah sekolah di sini hari ini.

Mangsa Kamarulzaman Yusoff, 40, dilaporkan mengalami kekejangan sebelum rebah dan meninggal dunia di lokasi.

Adiknya Marzuki, 32, ketika dihubungi berkata, kejadian itu diketahuinya pada pukul 2.06 petang selepas menerima panggilan yang memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, dia bersama tujuh lagi adik beradik lain termasuk ibu yang berada di Shah Alam kini dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Tawang.

“Abang merupakan anak sulung daripada sepuluh adik beradik dan bekerja sebagai penjual air mangga,” katanya.


Sebelum ini, media melaporkan mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia semalam selepas dipercayai akibat strok haba.









Kemalangan melibatkan motosikal dan pacuan empat roda di Lebuhraya EDL Kota Puteri - Senibong siang tadi m

Mangsa motosikal cedera dalam kejadian tersebut.












Remaja mahu beli air sirap untuk abang maut kemalangan

BALING – Seorang remaja perempuan maut setelah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal kira-kira pukul 4.40 petang, di Kampung Lata Bayu, Kupang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Shamsudin Mamat, berkata, dalam kejadian kemalangan tersebut, mangsa dikenali sebagai Nur Syawani Najwa Abdul Razak, 15, beralamat di Kampung Perah, Gerik, Perak, merupakan pelajar Sekolah Menengah Tunku Putera, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dari Lata Bayu hendak balik ke rumahnya di Kampung Asam Jawa.”

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai telah memotong sebuah kereta, namun malangnya telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda yang ditunggang oleh Nurliyana Kalbadoor A/L Hosta @ Mohd Din, 19, dan pemboncengnya, Amira Suhana Roshan, 18,” kata Shamsudin.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan tersebut mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain itu, pembonceng mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sepupu mangsa, Hamidah Hambali, 52, berkata, ketika kejadian, Nur Syawani Najwa dipercayai pergi ke kedai berhampiran untuk membeli air sirap untuk abang sulungnya yang terlibat dengan kemalangan motosikal sehari sebelum kejadian kemalangan yang meragut nyawanya.

“Keadaan cuaca agak panas di rumah semalam, jadi abangnya minta tolong Syazwani belikan air sirap untuknya dan ibu mereka pula, Aziah Awang, 55, juga tidak sihat kerana baharu sahaja melakukan pembedahan potong kaki pada bulan Ramadan baru-baru ini kerana mengidap penyakit diabetis,” kata Hamidah.

Menurutnya, Syazwani terlibat kemalangan ketika hendak balik ke rumah setelah membeli air sirap untuk abangnya.

Sebelum itu, keluarganya bercadang untuk ke Kelantan bagi menziarahi abang kembar mangsa yang sedang belajar di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sana, tetapi Syazwani enggan menyertainya.










“Syazwani tidak mahu ikut, apabila ditanya dia akan tinggal dengan siapa, Syazwani menjawabnya akan tinggal bersendirian. Kami tak sangkt jawapannya itu menandakan dia akan pergi meninggalkan kami setelah terlibat dalam kemalangan semalam,” kata Hamidah.

Bagaimanapun, jenazah Syazwani elesai disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Caruk Merbau, Asam Jawa, sekitar pukul 1.30 pagi tadi







Lelaki maut, bakal tunang parah

Kemaman: Lelaki maut, manakala bakal tunangnya parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 105 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Terminal Minyak Mentah (TCOT) dekat Kerteh, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 11 malam itu, Muhammad Alif Hafizzudin Samsul, yang beralamat di Kampung Bukit Kuang, Kemaman, maut di tempat kejadian.

Bakal tunangnya, berusia 20-an dan berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun, parah dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki kereta dari arah Kerteh menghala ke Dungun.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Dungun ke Kemaman dipercayai hilang kawalan sebelum melepasi pembahagi jalan.

"MPV terbabit kemudiannya memasuki laluan kanan dan keadaan itu menyebabkan kereta yang dipandu mangsa gagal mengelak lalu bertembung dengan MPV terbabit.

"Pertembungan kuat itu menyebabkan kereta dipandu mangsa remuk dan terbalik," katanya.

Hanyan berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar tunangnya pulang ke Dungun selepas membeli cincin pertunangan mereka di Kemaman.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



















Lelaki maut, tak sempat elak kereta tukar lorong

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menemui ajal apabila melanggar sebuah kenderaan yang ingin bertukar lorong dalam satu kejadian di persimpangan simpang 3 Jalan Klang Lama, Jalan 1/137C, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Polis Kuala Lumpur menerima laporan pada pukul 2.45 petang.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku pada pukul 1.05 petang.

“Kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun dari arah Puchong menghala ke Mid Valley menukar lorong dari lorong ketiga untuk memasuki Jalan 1/137C.

“Penunggang motosikal yang berada di lorong kedua haluan yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri kenderaan tersebut.




“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun jatuh di lorong pertama dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum maut dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT) Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau hotline trafik Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69.






Lelaki tikam diri sendiri kerana ditinggalkan kekasih

GEORGE TOWN – Hanya kerana ditinggalkan kekasih, seorang lelaki bertindak menikam dirinya sendiri dalam kejadian di tempat letak kenderaan di Blok D, Taman Bukit Jambul di sini, kelmarin.

Mangsa warga Bangladesh berusia 30-an itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring atas jalan selain perutnya berlumuran darah kira-kira jam 6 petang.

MalaysiaGazette difahamkan, mangsa yang merupakan pekerja sebuah kilang di Jalan P Ramlee di sini, menikam dirinya menggunakan pisau potong buah ketika berada dalam kereta jenis Proton Waja sebelum keluar dan baring atas jalan.

Difahamkan, hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa menikam diri sendiri susulan ditinggalkan teman wanitanya yang merupakan warga Vietnam sejak dua hari lalu.

Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Selain itu, pihak polis turut menemui pisau yang digunakan lelaki itu untuk menikam dirinya.

Terdahulu, tular rakaman video dan gambar menunjukkan seorang lelaki baring atas jalan dengan kesan darah di bahagian kanan perutnya.

Turut kelihatan pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.










Polis cari lelaki pukul pemandu lori dengan topi keledar

Iskandar Puteri: Polis memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung insiden seorang lelaki memukul pemandu lori dengan topi keledar di Plaza Tol Tanjung Kupang, Gelang Patah, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya maklum mengenai perkara itu selepas tular video di Twitter memaparkan seorang lelaki membuat kecoh di kawasan berkenaan.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.15 pagi di Plaza Tol Tanjung Kupang menghala ke Singapura.

"Kejadian berpunca daripada teguran pemandu lori kepada suspek yang menunggang motosikal memasuki laluan sama yang dilalui oleh lori di plaza tol berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 28 saat tular sejak malam tadi memaparkan lelaki bertengkar dengan pemandu lori sebelum memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Lelaki itu turut dilihat menjerit ke arah petugas di plaza tol berkenaan.

Rahmat berkata, suspek kemudiannya beredar selepas ditarik seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya.








Polis cari pemandu langgar penunggang motosikal

Petaling Jaya: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) susur masuk ke SS 2/55, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang dimuat naik pemilik akaun Twitter jam 9.30 malam tadi.

"Rakaman video berdurasi satu minit itu menunjukkan berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah motosikal Yamaha dengan Proton Satria di lokasi berkenaan.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati kemalangan berlaku jam 7.50 pagi pada 10 Mei lalu dengan laporan polis sudah dibuat oleh penunggang motosikal terbabit.

"Justeru, kita sedang mengesan pemandu kereta terbabit dalam kemalangan berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak berlakunya kemalangan.

"Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang," katanya







*APM KUCHING* menerima satu panggilan kecemasan dari Orang Awam yang tinggal di salah sebuah Kampung di Jalan Kuching - Bau. Maklumat awal dari Pengadu  memaklumkan Seorang wanita Sakit pada bahagian Perut dan Lemah Anggota Badan.

Bertindak atas Laporan , Tim Respond di ketuai Koperal (PA) Khairuddin Jamel bersama 03 x Anggota bergerak ke Lokasi.

Setelah Selesai memasukkan Pesakit ke dalam Ambulan. 04 x Anggota APM telah di serang oleh seekor Anjing yang bertindak Aggresif datang dari arah belakang dan telah mengigit salah seorang Anggota APM menyebabkan Anggota tersebut Luka pada bahagian Lengan . 

Segala Aspek Keselamatan Anggota dan Orang Awam semasa Pengendalian sesuatu kes amat di tekankan namun kejadian seperti tersebut sukar di duga. 

Anggota APM yang Cedera tersebut telah di bawa ke Hospital untuk Rawatan Selanjutnya.









Dua remaja dihanyut arus deras Sungai Rejang ditemukan lemas

Sibu: Dua remaja lelaki yang hilang dibawa arus deras semasa mandi di Sungai Rejang pada petang Jumaat lalu ditemukan lemas pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa pertama Justin Siaw, 15, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama orang awam pada jam 7.35 pagi manakala mangsa kedua, Kong Wei Weng, 15, pada jam 8.15 pagi.

Katanya, proses pengecaman serta pengesahan kedua-dua mangsa dilakukan ibu bapa mereka disaksikan oleh anggota polis.

"Dengan penemuan mangsa, operasi pencarian yang memasuki hari ketiga pada hari ini ditamatkan pada jam 9.55 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi bedah siasat.

Pada petang Jumaat lalu, kedua-dua mangsa mandi di sungai bersama seorang lagi rakan mereka.

Rakan mangsa terselamat dalam kejadian itu.












kerja kosong
wanita sahaja
kekosongan SEORANG sahaja
sebagai pembantu jualan/jurujual
umur 35-50 tahun sahaja
di pasar pagi dan pasar mlm
gaji rm100 sehari
brrminat boleh pm@wssp 0134501928




Wasap 0164211167,keja kilang di juru gaji kasar 2800,direct company,ada sijil pmr/spm



, sya nk cari seorang tukang masak pelbagai 
jnis lauk dan pembantu kedai makan utk bulan 6 nih ... 

Bole pm 👇👇👇
Elize - 013-7797169

 Jawatan kosong Eco 
0128702686




Kilang Baru Di Prai 
Products : Air Conditioner 
📌Kena bawa bekal sendiri
📌Tiada Kerja Lebih Masa Untuk Tiga Bulan Pertama 
📌Waktu kerja 8.30pagi-5.30ptg (isnin- jumaat) 
📌 Basic RM1500/22hari kerja
📌 Elaun makanan RM4/sehari
📌 Elaun Transport rm8/sehari
📌 Elaun kehadiran RM100 sebulan...mesti tak ada mc, unpaid dan lateness
📌 *Umur 18-40Lelaki & Perempuan
📌 Mesti ada kenderaan sendiri...🚘 / 🛵
📌Kerja Berdiri 
gaji dibayar setiap 7hb dan advance setiap 21hb (mesti 7hari kerja) 

Minta kerja kilang cleaner seminggu dulu sebelum masuk production.

http://www.wasap.my/601155800779/prai




Jawatan Kosong (Kemasukkan segera)
1. E-commerce packers

Syarat-syarat:
Perempuan
18 tahun ke atas
Bertanggungjawab dan rajin
Boleh bekerja OT dan cuti umum
Lepasan SPM digalakkan

Faedah-faedah
Pelbagai elaun
OT
EPF/SOCSO

Sila whatsapp resume ke 012-5345586.





JAWATAN KOSONG WORKSHOP MEKANIK KERETA

BASIC RM : XXXX 
JAWATAN : Chief Formen
LOKASI : Sungai Petani

Sebarang pertanyaan sila whatsapp no di bawah




KEMASUKKAN SEGERA!!
KERJA KOSONG DI RUMBIA, ALOR GAJAH MELAKA
WAREHOUSE / MAINTENANCE EXECT
LELAKI
ADA OT TIME
WAKTU KERJA ISNIN HINGGA SABTU
MASA DARI 8.30PAGI-5PETANG
WHATSAPP SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Mimi -  0129286653




JAWATAN KOSONG CLEANER (KONTRAK)

Kemasukan segera kepada sesiapa yang berminat dan tengah cari kerja

Perempuan dan lelaki diperlukan
Waktu kerja 08:00am - 05:30pm
Lokasi di sungai petani

Sebarang pertanyaan sila whatsapp link dibawah





‼️‼️ *JAWATAN KOSONG*‼️‼️
‼️‼️ *JAWATAN KOSONG*‼️‼️
‼️‼️ *JAWATAN KOSONG*‼️‼️

Jawatan kosong kedai makan sungai lalang, kedah. Gaji boleh runding (ikut pengalaman) dan bnyak manfaat dan kelebihan akan diterima. Kemasukan segera.. Urgent Hiring 

Jawatan Terbuka: 
1. Tukang Goreng Roti arab dan capati (KEUTAMAAN PEREMPUAN).. Skills kami akan ajar..yang penting mesti mau belajar

Ciri-ciri diperlukan;
1. Aktif bergerak
2. Rajin
3. Bertanggungjawab
4. Amanah
5. Betul² niat nk kerja dan tidak main²
 
Berminat boleh hubungi: 
019-401 0408 - Atikah
012-956 4033 - Ahmad



ELECTRICAL TECHNICIAN at PCFK Gurun Kedah.
Rate: Rm15/hour (normal hour : 8hour)
Duration : 1year
Posses Chargeman, wireman certificate.
Prior experience in oil & gas construction industry.
Transport and accomodity will be provided.

Please send your resume and document needed to : www.wasap.my/+601111428470/electricaltech

Document needed :
1. IC
2. OGSP
3. CIDB
4. Medical Medex
5. Vaccine Certificate
6. Wireman/chargeman cert
📌📌 JAWATAN KOSONG 📌📌
-Area Gurun(berhadapan Shell )





🌟Pembantu kedai minuman dan waffle 
🌟Perempuan umur 18 keatas
🌟Boleh buat kerja dlm satu team
🌟Mempunyai transport sndri
🌟 "EPF & SOCSO" akan diberikan 
🌟Basic  = RM1200 - 2000
🌟OT akan diberikan

☎️ Utk maklumat lanjut sila melayari LINK berikut :
https://forms.gle/yuRHGmjABipEEf4Z6

Jika xblh buka form dkt atas, blh copy link kat atas lepastu buka dkt chrome atau safari ya😻
JAWATAN KOSONG ‼️





99 SPEEDMART 1697 ME TAMAN VISTA KIRANA (BERHADAPAN TIARA GOLF)

🔖 CASHIER (BASIC RM1500 + OT + KOMISYEN)
🔖 STOREKEEPER (BASIC RM1500 + OT + KOMISYEN)
🔖 HUBUNGI : https://wa.me/60103870766

Dokumen yang diperlukan: 
✓ salinan ic
✓ resume 
✓ gambar berukuran passport
✓ salinan sijil berhenti sekolah & sijil akademik