Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum CHEFTRADERGBB
Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab – Amalan doa ini mampu anda baca di mana saja, baik setelah sholat fardu, sebelum tidur, dsb jadikanlah amalan Insya Allah rezeki anda akan di buka seluas-luasnya, terhindar dari segala musibah dan orang lain bertambah sayang kepada anda.
Jangan berputus ada ketika doa-doa atau amalan anda belum di jawab karena ada orang yang cepat doanya terkabul dan ada juga yang lambat terkabul itu karena Allah SWT memiliki rencana terbaik untuk kita sebab Alla Maha Mengetahui., hanya Dia yang tahu apa yang baik untuk kita.
Ketika anda memohon dengan sungguh-sungguh, yakin kepada Allah, dan berbaik sangka kepada Allah Insya Allah apa saja hajat anda akan segera dikabulkan.
Penuhi hajat orang lain (membantu orang lain), maka Insya Allah Allah pun akan memenuhi hajat kita.
Mari bersihkan kelakuan dan hati serta beribadah secara ikhlas karena Allah SWT. Terutama buat kaum hawa hendaknya menutup aurat ketika keluar rumah, buat apa yang Allah suka dan Insya Allah apa saja yang kita minta akan segera di kabulkan.
Berikut Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab dan cara mengamalkannya :
ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SHOLAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NIA’MATI, WA ABWAABA BAROKHATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKHI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.
Artinya : Ya Allah.... !! Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
CHEFZACKTRADER
2/02/2023
![](https://pakdi.my/wp-content/uploads/2020/02/26VIEW.illo-articleLarge.jpg)
“FGV berjaya!”
Itulah sorakan satu pihak apabila initial public offering (IPO) Felda Global Ventures Berhad ditutup tinggi pada hari pertamanya pada 28 Jun 2012.
Untung 16% dalam sekelip mata.
“FGV gagal!”
Itu pula sorakan pihak satu lagi apabila harga saham FGV jatuh dari RM 5.55 sehingga cuma RM 5.24 pada 26 Julai 2012.
Kejatuhan 6%.
Dua-Dua Pihak Salah
Post ini bukan mengenai patut atau tidak FGV disenaraikan di Bursa Malaysia.
Post ini adalah untuk membetulkan laporan berbaur politik sekitar saham FGV. Sekaligus memberi kefahaman asas tentang pasaran saham.
Orang politik nak bergaduh dipersilakan bergaduh di tempat lain dan sila berhenti membaca di sini. Saya akan block semua komen politik. Hanya orang yang nak belajar sahaja dipersilakan baca sampai habis dan bertanyakan soalan sepatutnya.
Oh ya, sekarang 1 lot saham bersamaan 100 unit. Jadi apabila peneroka FELDA mempunyai 800 unit, maksudnya mereka mempunyai 8 lot.
Kisah IPO Facebook
Facebook.
Majoriti pembaca blog ini ada akaun Facebook.
IPO Facebook dibuka tinggi. Dari USD 42.05, naik sehingga USD 45 pada 18 Mei 2012 dan harga terus jatuh serendah USD 25.52 pada 6 Jun 2012.
Kejatuhan 40% dalam tempoh tidak sampai 1 bulan.
Jauh lebih teruk dari kejatuhan harga saham FGV.
Tetapi adakah kita menghadapai masalah untuk login Facebook, update status di wall masing-masing dan tekan like pada page Suzardi Maulan {Pakdi} ?
Melainkan broadband yang kita pakai ada masalah, ya kita tak dapat login Facebook.
Maksudnya, bisnes Facebook tetap berjalan seperti biasa. Malah saya sudah membelanjakan hampir RM 1,000 dalam tempoh yang sama untuk membuat iklan di Facebook.
Jadi, kenapa saham Facebook masih jatuh 40% ?
FGV Gagal Atau Berjaya ?
Kegagalan atau kejayaan FGV tidak terletak pada turun naik harga saham.
Itu perkara biasa.
Saya ulang.
Turun naik harga saham adalah perkara biasa.
Macam bisnes Facebook yang masih berjalan seperti biasa walaupun sahamnya jatuh teruk.
Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat kita dapat tahu melalui penyata kewangan yang dikeluarkan setiap 3 bulan sekali. Namun tempoh 3 bulan itu terlalu singkat. Kita baca penyata kewangan setiap setahun sekali.
(Itulah, dalam eBook Panduan CashFlow kita dapat belajar baca penyata kewangan dengan cara paling asas tapi masih ramai belum beli kan kan kan?)
Dari penyata kewangan baru lah kita tahu syarikat tu sihat atau sakit. Macam kita. Lepas buat penyata kewangan peribadi baru tahu poket kita ni sebenarnya sihat atau berpenyakit.
Apa Tujuan IPO?
Andaikan saya ada ladang kelapa sawit.
Untung ada tetapi tak cukup banyak untuk kembangkan bisnes perladangan sawit.
Maka IPO membolehkan saya mencari pelabur yang berminat untuk melabur dalam bisnes ladang sawit saya.
Saya terbitkan 1,000,000 saham. Saya jual 800,000 unit dengan harga RM 2.00 seunit maka saya dapat RM 1.6 juta dari pelabur luar dan modal baru yang saya dapat tu dapatlah saya kembangkan bisnes ladang sawit.
Lepas saya dapat duit tu, saham tu nak naik ke nak turun ke saya tak perlu ambil peduli. Sebab saham-saham yang ada itu macam kereta second hand. Ada Proton, Toyota dan Honda kisah kalau kereta second hand yang terjual itu dijual dengan harga lebih tinggi atau harga lebih rendah dari harga asal yang dijual?
Jadi Harga Saham Itu Buat Apa?
Untuk jangka masa pendek, harga saham tidak menggambarkan nilai sebenar sesuatu syarikat.
Untuk jangka masa panjang, harga saham selalunya dapat menggambarkan nilai sebenar sesuatu syarikat.
Seorang pelabur bijak hanya kisah nilai sebenar syarikat.
Seorang spekulator bijak, pandai ambil peluang turun naik harga dalam tempoh yang singkat.
Manakala, mereka yang tidak tergolong dalam salah satu golongan yang disebutkan di atas adalah mereka yang sentiasa rugi dalam pasaran.
Baca Artikel Ini Juga:
- Cara Dapatkan Dividen dari bursa cheftradergbb
Buat Profit Di Bursa Malaysia Dengan Pantas...Update 2023(cheftradergbb)
jom jana pendapatan secara on9 bersama (cheftradergbb)
Pre-Launch Rahsia Buat Duit Dengan Trading Saham Shariah 2023(cheftradergbb)
8 Kesalahan Untuk Jimat Wang Yang Perlu Anda Elak Selalu MC,jangan risau buku celik saham kan ada. Dengan harga mampu milik sebagai seorang trade.
Ingin kan duit poket tampa bekerja jom belajar saham bursa Malaysia bersama chef trade.Jangan risau group support setiap hari akan beri signal sehingga ahli mahir untuk mencari kaunter sendiri.Boleh email kan di
Atau whatsapp ke no cikgu di bawah 🔽🔽