Rejim penjajah Israel menangkap wartawan foto, Mohammed Abu Seneina di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Briged Al-Qassam: Mujahidin Al-Qassam berjaya menghapuskan penembak tepat Zionis berhampiran Persimpangan Penerbangan di Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

Briged Al-Quds: Mujahidin kami berjaya menyerang pasukan penjajah Zionis yang bersembunyi di salah satu bangunan kediaman di kawasan Al-Hawz, barat Khan Yunis dengan peluru berpandu.

Sumber: Briged Al-Quds





Kementerian Kesihatan di Gaza: Israel melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam yang lalu di Gaza, membunuh 164 orang awam dan mencederakan 200 yang lain.

Ini menjadikan angka kematian sejak permulaan serangan Israel kepada 28340.

Sumber: Quds News Network










Empat cedera nahas lima kenderaan

KULAI – Empat cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 42, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, kemalangan jam 10.30 pagi itu melibatkan lori jenis Isuzu, sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Perodua Axia dan Honda Accord.

“Nahas dipercayai berlaku apabila lori jenis Isuzu yang memandu dari arah Air Hitam menuju ke arah Johor Bharu gagal mengawal kenderaan dan melanggar belakang kereta Proton Wira yang ketika itu berhenti di lampu isyarat merah.

"Perlanggaran itu menyebabkan Proton Wira terbabit terdorong ke depan dan melanggar belakang kereta Perodua Axia yang kemudiannya melanggar pacuan empat roda serta kereta Honda Accord,” katanya.

"Pemandu Proton Wira, Perodua Axia dan Ford Ranger serta pemandu lori cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kulai (Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ujar beliau, kemalangan berlaku dipercayai akibat kecuaian pemandu lori.

"Bagaimanapun, ujian saringan air kencingnya negatif daripada sebarang bahan terlarang," katanya.










Bagan Serai - Sebuah kereta telah terbabas masuk ke dalam parit dibahu jalan Selama -Bagan Serai di Matang Pasir pada jam kira -kira 10 pagi hari ini.

Dalam kejadian ini,pemandu mengalami kecederaan.

#ikjbteam









Soulcatcher  (2023)Movie

1h38min ⭐️ 7.3 IMDB

Director: Daniel Markowicz

Actors: Aleksandra Adamska, Jacek Koman, Jacek Poniedziałek, Mariusz Bonaszewski, Michalina Olszańska, Piotr Witkowski, Sebastian Stankiewicz

Genres: Action, Adventure, Thriller

Jalan Cerita: Seorang kontraktor militer yang disewa untuk merebut senjata yang mengubah orang menjadi pembunuh biadab berusaha membalas dendam saat saudaranya menjadi korban perangkat tersebut.



Doraemon Nobita's Sky Utopia (2023)Movie
1h47min ⭐️ 6.8 IMDB

Director : Takumi Doyama
Actors : Wasabi Mizuta, Megumi Ohara, Yumi Kakazu

Genres : Animation, Adventure, Comedy
Jalan Cerita : Doraemon, Nobita dan rakan-rakannya pergi mencari Utopia, tanah yang sempurna di langit di mana semua orang hidup dengan gembira, menggunakan kapal udara yang mempunyai fungsi meledingkan masa.



Red Cliff (2008)Movie
2h28min ⭐️ 7.3 IMDB

Director : John Woo
Actors : Tony Leung Chiu-wai, Takeshi Kaneshiro, Fengyi Zhang

Genres : Action, Adventure, Drama
Jalan Cerita : Bab pertama cerita dua bahagian berpusat pada pertempuran yang berlaku dalam tempoh Tiga Kerajaan China (220-280 A.D.).

3 lelaki merusuh di lokasi kemalangan kena tahan


3 lelaki merusuh di lokasi kemalangan kena tahan

Kuantan: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan di Kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan di Temerloh.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam itu berusia antara 37 dan 47 tahun serta dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan pergaduhan dan merusuh.

"Polis kini sedang mengesan dua lagi suspek untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas Program "Kick-Off" Pencegahan Jenayah Gempur Dadah 2024 peringkat Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu kereta Perodua Myvi iaitu warga emas berusia 75 tahun yang terbabit dalam nahas itu, turut ditahan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam Bernama melaporkan, polis mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dengan insiden tersebut selepas berlaku kemalangan yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut akibat parah di kepala dan kaki kanan selepas motosikalnya dipercayai melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang dikatakan membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian, manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian menimpa anggota polis itu.

Sementara itu, Yahaya berkata, pihaknya menyasarkan untuk menghapuskan stigma yang mengaitkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dengan kawasan Felda di Pahang dalam tempoh lima tahun.

Bagi menjayakan objektif itu, beliau berkata pihaknya giat menjalankan program kesedaran dan pendidikan tentang bahaya dadah dari semasa ke semasa khususnya bagi golongan muda Felda kerana tangkapan melibatkan penyalahgunaan dadah dapat dilihat seawal usia 15 tahun.

"Sebelum ini, asal dengar tentang Felda pasti ia dikaitkan dengan ramai penagih, jadi kita hendak hapuskan stigma itu dengan memastikan Felda bebas dadah.

"Selain penduduk setempat, pendatang luar yang datang untuk bekerja juga dikesan melakukan aktiviti tidak sihat ini dan kebiasaannya dadah digunakan di kawasan Felda ialah syabu, ekstasi dan pil yaba," katanya.

Menurutnya, tahun lalu kawasan Felda mencatatkan 236 tangkapan atau bersamaan 41 peratus daripada keseluruhan tangkapan bagi Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).




Jenazah Zahalita selamat dibawa keluar dari Gunung Reskit

Oleh NORFARHIZA MOHD ATAR
8 Februari 2024, 11:34 am

LIPIS – Jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada Selasa lalu selamat tiba di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, dekat sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah Zahalita Othman, 53, yang berada di Gunung Reskit, Kuala Tahan dekat Jerantut berjaya dikeluarkan dari kawasan hutan dengan menggunakan helikopter MI -171 Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Komander Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM, Subang, Penguasa Bomba Kanan 1, Mohd Ruzaidi Ramlee berkata, operasi membawa keluar jenazah bermula pada pukul 7.30 pagi yang disertai seramai 14 kru penyelamat terdiri daripada anggota bomba dan pasukan Pusat Mencari dan Menyelamat Gunung Tahan (MOSAR).

"Alhamdulillah, sebaik tiba di lokasi sekitar pukul 8.30 pagi dalam jarak kira-kira 5,200 kaki, kita telah berjaya menurunkan dua anggota penyelamat bagi membantu membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung.

“Cuaca hari ini cukup membantu dan membolehkan operasi mengangkat mayat mangsa ke atas pesawat di udara setinggi 50 meter berjalan lancar tanpa apa-apa halangan,” katanya ketika ditemui di padang SMK Clifford dekat sini hari ini.

Mohd Ruzaidi berkata, pasukan penyelamat turut menurunkan 80 kilogram bekalan makanan kepada baki pendaki di Gunung Reskit.

Jelasnya, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut bagi urusan bedah siasat.- KOSMO! ONLINE















Op Selamat 21
Tahun Baru Cina 2024

Bermula dari 8 Februari 2024 hingga 13 Februari 2024

Putrajaya , 8 Februari 2024 - Hari pertama Op Selamat 21 sempena tahun baru cina 2024 telah bermula. JSPT Bukit Aman menerusi BSPT Putrajaya telah melakukan penguatkuasaan trafik bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya. Ini bertujuan mengelakkan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

6 Kesalahan Trafik Utama Op Selamat 21:

1. Memandu melebihi had laju
2. ⁠Tidak mematuhi lampu isyarat merah
3. ⁠Memandu dilorong kecemasan
4. ⁠Memotong di garisan berkembar
5. ⁠Memotong barisan (Potong Q)
6. ⁠Menggunakan alat komunikasi semasa memandu

Pihak PDRM menyarankan semua pengguna jalanraya mematuhi peraturan jalanraya dan berhati-hati ketika pandu pulang ke kampung halaman. Pandu cermat jiwa selamat.









PEMANDU LORI DISAHKAN MAUT DALAM KEMALANGAN DI KM 335.6 LPT

8.2.2024: JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan jalan raya pada jam 5:46 pagi yang berlaku di KM 335.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kerteh menghala Kuala Terengganu, Terengganu.

Pasukan Bomba daripada BBP Paka serta bantuan daripada BBP Kerteh dengan jumlah keanggotaan seramai 17 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama 2 jentera "water tender" dan 2 kenderaan Unit EMRS sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi,  PBK II (KUP) Ilyas bin Ramli, kemalangan itu melibatkan 2 buah kenderaan iaitu sebuah lori dan sebuah kereta Perodua Axia.

Pemandu lori iaitu lelaki dewasa telah tersepit di dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM tidak lama selepas itu.

Manakala, seorang lagi mangsa wanita dewasa yang turut berada di dalam lori berkenaan turut mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam.

Pemandu kereta Perodua Axia, lelaki dewasa dan penumpangnya wanita dewasa yang mengalami kecederaaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.

Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera di hantar ke hospital dengan menaiki kenderaan 2 Unit EMRS.

Balai Bomba Dan Penyelamat Kerteh
BOMBA PAKA
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

#ikjbteam







Polis Sungai Ambat Bantu Mangsa Kemalangan

MERSING: Satu kejadian kemalangan jalan raya telah berlaku di KM 34 Jalan Kota Tinggi - Mersing melibatkan sebuah kenderaan iaitu sebuah Kereta telah terbabas, melibatkan seorang mangsa dan telah mengalami kecederaan seterusnya dibawa menerima rawatan di Hospital Mersing

Dua anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Sungai Ambat terdiri daripada Konst Adam Shalki bin Ayob dan Konst Nur Firdaus Eimran bin Shaiful Azman, yang sedang melaksanakan rutin penugasan harian dengan membuat pemantauan pencegahan jenayah di kawasan  tersebut,segera menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan seterusnya mengawal lalulintas di lokasi kemalangan supaya tidak berlaku kesesakan lalulintas disamping memudahkan pihak Ambulans membantu mangsa untuk dibawa ke Hospital Mersing bagi mendapatkan rawatan segera

Nasihat PDRM khususnya IPD Mersing, kepada pengguna jalanraya hendaklah sentiasa mematuhi peraturan undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dari sebarang kemalangan jiwa berlaku dan sentiasa berhati-hati ketika berada diatas jalanraya. Keselamatan anda adalah keutamaan kami

- IPD MERSING




Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang

KEMAMAN - Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung perbuatan terkutuk tersebut.

"Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah ini pada awal Januari lalu.

"Susulan itu, mangsa memberitahu kakaknya sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai pada jam 1.20 pagi Sabtu.

"Sebaik sahaja menerima laporan, polis telah menahan suspek di tepi jalan kira-kira 1.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, pihaknya turut menahan bapa tiri mangsa yang merupakan dalang kejadian tersebut.

Katanya, lelaki berusia berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi di rumah mangsa.

Hanyan berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk dapatkan perintah tahanan reman.

Dalam pada itu, beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.















Lelaki maut rentung kuaters pekerja terbakar

BATU NIAH : Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit maut dalam kejadian kebakaran kuarters pekerja di sini, pagi semalam.

Kejadian kebakaran tersebut berlaku di Lot 87A, Ladang Sawai BLD Estate, Lebuhraya Pan Borneo Miri Bintulu sekitar dua jam perjalanan dari bandar Miri.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Batu Niah PBT II Rary Binjie berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Anderson Mat Jonathan ditemui di dalam bilik tidurnya selepas kebakaran itu dipadam.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Seluruh struktur kuarters musnah sama sekali dalam kejadian itu," katanya.

Tambahnya, kejadian kebakaran itu berlaku sekitar 2.00 pagi.

"Bagaimanapun, pihak bomba hanya menerima panggilan kecemasan pada 9.50 pagi.

"Sehubungan itu, pihak bomba sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran yang melibatkan sebuah rumah dua pintu berukuran 50 kaki panjang dan 30 kaki lebar sudah 100 peratus terbakar.

"Kebakaran tersebut turut melibatkan seorang mangsa dan sebuah kereta Proton Persona Warna putih musnah 30 peratus" jelasnya.

Difahamkan jarak lokasi kejadian dari balai bomba sejauh 69 kilometer dan operasi tamat pada 3.10 petang.

Pasukan operasi turut membantu mengangkat mangsa yang terbakar dan menyerahkan kepada pihak polis, turut tiba Pasukan forensic dari Zon 6 JBPM Negeri Sarawak untuk membuat siasatan.

Seramai 12 anggota bomba termasuk Pegawai Forensik, enam anggota polis dan dua polis bantuan.