Mirrors (2008)Movie
1h50min ⭐️ 6.1 IMDB

Director : Alexandre Aja
Actors : Kiefer Sutherland, Paula Patton, Amy Smart

Genres : Horror, Mystery
Jalan Cerita : Seorang bekas polis dan keluarganya menjadi sasaran kuasa jahat yang menggunakan cermin sebagai pintu masuk ke rumah mereka




Ada orang nak 'hapus' Bella

Batu Pahat: Mila Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu dikatakan pernah memberitahu ahli keluarganya bahawa ada individu mahu 'menghapuskannya' dengan melanggar menggunakan kereta hingga meninggal dunia.

Perkara itu diceritakan sendiri oleh Bella kepada ibu saudaranya, Napisah Salleh, 53, kira-kira seminggu sebelum kehilangannya pada 14 Disember lalu.

Sehingga kini, Bella masih belum dijumpai dan penemuan rangka di dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah petang kelmarin, dikatakan bakal merungkai misteri kehilangannya yang berlarutan sejak 36 hari lalu.

Kakaknya, Norhisham memberitahu, ibu saudaranya, Napisah Salleh, 53, pada ketika itu mendengar cerita daripada Bella sendiri namun tidak sekalipun menyangka ia akan menjadi kenyataan.

Katanya, mengikut cerita ibu saudaranya, Bella seolah-olah membayangkan akan ada sesuatu perkara berlaku ke atasnya.

"Bella beritahu Mak Ngah, dekat rumahnya (ibu saudara), ada satu lorong gelap, ada orang langgar Bella.

"Orang itu langgar Bella dengan kereta. Jadi, Bella meninggal dunia dan individu itu 'berlakon' seolah-olah Bella meninggal dunia akibat kemalangan itu.

"Esoknya, keluar dekat media orang cakap Bella mati kemalangan padahal dia kena bunuh," katanya ketika ditemui.

Norhisham berkata, sejak hari pertama adiknya itu hilang, naluri tidak pernah silap mengatakan individu terbabit dalam kejadian itu adalah yang paling dekat dengan Bella.

Katanya, pada awal kejadian itu, sudah mendapat maklumat mengenai individu terbabit namun belum ada bukti mencukupi.

"Cuma saya tak tahu macam mana polis siasat, padahal hari pertama yang saya buat laporan (16 Disember), banyak keraguan daripada lelaki itu.

"Kenapa polis tidak mengambil tindakan seawal itu? Sekurang-kurangnya kalau ada tindakan awal (tahan suspek), kita boleh jumpa lagi Bella.

"Pada hari penemuan rangka manusia itu, ada polis datang jumpa menerangkan penemuan rangka. Dia (polis) minta bagi tempoh dua hari untuk DNA (asid deoksiribonukleik).

"Polis sudah mengambil tisu dalam mulut daripada saya dan emak (Noraini) untuk ujian itu," katanya.






Lelaki warga asing dibunuh rakan sekerja

Bentong: Polis menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terbabit kes pembunuhan rakan sekerja mereka di kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun kira-kira jam 5 pagi hari ini.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun dengan mayatnya mempunyai beberapa kesan kecederaan pada badan.

"Kami menahan dua lelaki warga asing iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun di kawasan kebun itu, manakala seorang lagi suspek berusia 31 tahun ditahan di lokasi berhampiran ketika cuba melarikan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, salah seorang suspek yang ditahan didapati mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai akibat pergelutan.

"Kami juga berjaya merampas parang dan pisau dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Hasil siasatan awal dilakukan mendapati kedua-dua suspek dan mangsa adalah pekerja di kebun durian berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca kejadian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong, Asisten Superintendan Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau Pusat Kawalan Daerah IPD Bentong di talian 09-2222222 bagi membantu siasatan.

"Pihak polis memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang masih dalam siasatan," katanya.




Mangsa mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di rumah terbiar

BATU PAHAT – Penduduk di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini tidak menolak kemungkinan rangka manusia tidak sempurna termasuk tengkorak yang ditemui dalam rumah kosong hujung kampung itu disyaki mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di sebuah bilik rumah berkenaan.

Pesara swasta, Md. Hairunizal Alimon, 56, berkata, pendapat itu mungkin berasas kerana sepanjang tempoh sebulan ini dua keluarga yang menginap di lorong berkenaan tidak mendengar apa-apa perkara pelik seperti tangisan atau jeritan seseorang.

Katanya, mereka hanya menyedari adanya rangka manusia itu apabila dikejutkan dengan kedatangan pihak polis dan memaklumkan tentang penemuan itu.

“Selama sebulan ini juga, tiada kenderaan membawa barang-barang mencurigakan dilihat masuk ke bahagian belakang lorong ini.

“Kalau ada pun cuma lori yang membawa tanah atau batu untuk menambak tanah berhampiran kebun kelapa sawit,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, isterinya, Fadilah Md Mery, 51, berkata, sepanjang sebulan ini tiada ada apa-apa bau pelik kecuali bau ikan kerana terdapat tempat penjualan ikan di hadapan rumah.

Ujarnya, kebiasaanya kenderaan yang memasuki lorong ini hanya untuk membuat pusingan U sama ada selepas mengambil anak bersekolah atau lari dari sekatan polis berhampiran Tongkang Pechah.

“Kecuali siang macam ini orang akan keluar masuk dan kita pun takkan mengesyaki apa-apa. Rumah terbengkalai itu sudah dijual kepada pihak lain, namun mula terbiar kira-kira empat tahun lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, penjual ikan, Nurul Ain Sakinah Mohd Jasmi, 26, berkata, kenderaan yang keluar masuk ke lorong itu memang banyak setiap hari terutama ketika hari cuti umum kerana datang mendapatkan ikan dan barang-barang jualan disini..

“Saya sudah meniaga di sini sejak 2020. Sampai sekarang belum terjadi sebarang kejadian mencurigakan, ini kali pertama terjadi insiden seumpama ini dan gerai saya menjadi tumpuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE







SARAWAK 
Lelaki yang dilaporkan hilang di Jalan Kong Phin, Kuching ditemukan meninggal dunia di hutan berdekatan, pagi tadi.

Sumber: Borneo Network




Cebisan kain ditemui hampir sama baju kelawar dipakai Bella

BATU PAHAT – Walaupun pahit untuk menerima kenyataan bahawa rangka manusia tidak sempurna yang ditemui semalam adalah Bella selepas dilaporkan hilang sejak 14 Disember tahun lalu.

Kakaknya, Norisham Samsusah, 36, berkata, jika berdasarkan laporan penemuan rangka bersama cebisan kain di lokasi adalah hampir serupa dengan ketika keluar dari rumah pada malam kehilangannya Bella atau Mira Sharmila, 32, mengenakan baju kelawar berwarna gelap.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya tetap mengharapkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) nanti akan memberikan jawapan berbeza dan rangka manusia itu bukan milik Bella.

“Ini kerana keluarga kami belum bersedia untuk menerima berita sedih selepas lebih sebulan mengharapkan pengakhiran tragedi kehilangan adik itu berlaku dengan baik.

“Malah sepanjang malam tadi, ibu tidak dapat melelapkan matanya kerana selepas diberitahu tentang penemuan rangka manusia tidak sempurna yang dipercayai Bella,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Norisham lagi, pihaknya kini hanya menunggu keputusan ujian DNA samada dari polis atau hospital dan seandainya itu adalah Bella akan cuba dihadapi dengan tabah.

“Kami amat berharap keputusan ujian DNA itu dapat disegerakan agar dapat dikebumikan dengan sempurna jika betul rangka itu adalah Bella,” katanya.-KOSMO! ONLINE



love reset

Love Reset (30 Days) menceritakan perjalanan cinta antara No Jeong-Yeol (Kang Ha-Neul) dan Hong Na-Ra (Jung So-Min). Keduanya saling mencintai hingga memutuskan untuk menjadi sepasang suami istri walaupun pada awalnya hubungan keduanya sempat ditentang oleh keluarga. No Jeong-Yeol dan Hong Na-Ra pun menjalani kehidupan pernikahan mereka layaknya pasangan suami istri pada umumnya. Baca juga: Sinopsis Film Raging Fire, Aksi Donnie Yen Jadi Polisi Veteran Setelah pernikahan mereka memasuki usia dua tahun, hubungan keduanya tidak lagi romantis dan harmonis. Bahkan, keduanya memutuskan untuk bercerai.  Namun saat mereka berdua sedang mengurus berkas di pengadilan, tanpa disangka mereka mengalami kecelakaan tragis yang membuat sepasang suami istri tersebut kehilangan ingatan. Akankah mereka melanjutkan perceraiannya?

night has come


Berikut sinopsis Night Has Come.
Night Has Come merupakan drama remaja misteri yang terjadi ketika sekelompok siswa sekolah menengah tahun kedua tiba-tiba dipaksa memainkan permainan mafia di kehidupan nyata selama retret mereka.

Semua bermula ketika seluruh siswa kelas 10 SMA Yooil mengikuti retret sekolah setelah ujian tengah semester. Mereka tiba di pusat retret terpencil yang terletak jauh di pegunungan.

Sebuah aplikasi misterius dipasang di ponsel para siswa dan permainan mafia mematikan dimulai. Permainan mafia pada dasarnya dilakukan banyak orang. Beberapa di antara mereka ditunjuk sebagai mafia dan memiliki misi "membunuh" warga sipil sehingga mereka menjadi mayoritas.

Pembunuhan itu dilakukan ketika malam hari, semua orang akan menutup mata dan mafia menunjuk warga sipil yang hendak dibunuh. Setelah itu, seluruh pemain membuka mata dan mengetahui yang terbunuh.

Oleh sebab itu, warga sipil harus bisa segera menebak bahkan menghabisi si pembunuh sebelum semua orang dibunuh oleh mafia.

Para siswa menganggap itu hanya mainan sehingga mereka tak serius dan sambil bercanda dalam memilih opsi yang diberikan permainan itu.

Semua dilakukan tanpa menyadari konsekuensinya, terutama terhadap teman mereka. Kondisi mengejutkan pun terjadi ketika malam tiba. Ada siswa bunuh diri di saat yang lain terlelap.












a shop for killer

'A Shop for Killers' berkisah tentang Jeong Ji-an (diperankan oleh Kim Hye jun), seorang mahasiswa yang kehilangan orang tuanya dalam sebuah kecelakaan tragis. Dia kemudian dibesarkan oleh pamannya, Jeong Ji-man (diperankan oleh Lee Dong wook), yang mengelola pusat perbelanjaan biasa namun mencurigakan.


between him and her


Between Him and Her berkisah tentang kehidupan Han Sung Ok, desainer perhiasan yang terkenal akan bakat dan kepercayaan dirinya yang tinggi dalam pekerjaan. Dia bertekad untuk mewujudkan impian masa kecilnya, meskipun menghadapi tantangan yang berat




Live your own life

Live Your Own Life mengisahkan tentang kehidupan wanita mandiri dan pekerja keras bernama Lee Hyo Sim (Uee) yang berjuang menghidupi keluarganya. Di keluarnya Hyo Sim menjadi tumpuan ibu dan adiknya semenjak kepergian sang ayah. Sebenarnya, Hyo Sim memiliki kakak laki-laki bernama Hyo Sun

































Guru didakwa raba anak murid dalam kelas

ALOR GAJAH – Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, K. Ramakrishnan, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di dalam sebuah kelas tahun lima di sebuah sekolah dalam daerah Alor Gajah pada 26 Mei 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seskyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 16 AKSTK 2017.

Nariman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE




Kemalangan melibatkan kereta terbabas merempuh tembok sebuah rumah di Taman Perwira Jaya, Kluang petang tadi.





Kemalangan maut melibatkan basikal dan lori treler dekat Public Bank Bidor, semalam.
















Lelaki patah kaki dihempap pokok tumbang

KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal patah kaki selepas dihempap pokok tumbang di persimpangan Taman REM, Jalan Kota Tinggi tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Syukri Mohd. Yusof berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan kejadian itu pukul 12.56 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Kota Tinggi dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat pokok tumbang berketinggian 10 meter. Pokok berkenaan telah menghempap seorang lelaki berusia 40an yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Mangsa dibawa oleh ambulans sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian. Akibat kejadian itu mangsa patah kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini 



*REMAJA HILANG*

Nama Farhana umur 15 tahun di Jitra, Kedah

Asalamualaikom, sahabat area Jitra sapa2 yang  ternampak anak menakan saya tolong call balai polis yg terdekat dah 4 hari tak balik, kesian dekat tok dan tokwan dah tua2 susah hati dekat cucu.

Laporan polis dah dibuat harap dipanjangkan sampai jumpa, jangan komen yg boleh terasa ahli keluarga,kami pon tak mintak benda ni jadi🥹, doa kan yg baik2...

Farhana kalau ada baca ni.. balik la, mai jumpa maknjang tak pa...atau pon call mak njang 0147743044..




Dua beradik hilang: Polis tahan suspek


_Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya. - Foto BH_

HULU SELANGOR: Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

"Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).

"Lain-lain masih dalam siasatan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada pagi 1 Januari lalu, selepas pulang dari solat subuh di surau.

Pada malam 11 Januari lalu, seorang daripadanya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa beliau dan adiknya, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.




Lima lelaki merusuh guna kayu dekat restoran ditahan polis


Rakaman kejadian rusuhan di Permas Jaya.

LIMA lelaki ditahan selepas merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran dekat Bandar Baru Permas Jaya, Masai petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejdian pada pukul 2.27 petang semalam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat serbuan pada pukul 2.30 petang semalam sehingga 12.10 tengah malam tadi di empat lokasi.

“Lima lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 34 tahun berjaya ditahan bersama barangan rampasan dua buah telefon bimbit serta dua batang kayu rotan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod jenayah lampau.

Sementara empat lagi suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Kesemua suspek telah menjalani pemeriksaan ujian airk kencing dan negatif dari sebarang jenis dadah,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara suspek pada kelmarin.
Kesemua suspek direman selama satu hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-




Kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori dekat depan Kilang Munchy, Tongkang Pechah, Batu Pahat petang tadi.




Lelaki meninggal dunia dalam kereta lepas sarapan nasi berlauk

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta selepas bersarapan nasi berlauk di sebuah kedai makan di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari seorang penduduk kampung selepas mendapati kereta jenis Honda City dinaiki mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an tidak bergerak meskipun enjinnya hidup kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 40, berkata, lelaki itu dikatakan datang ke kedai makan itu untuk bersarapan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, selesai makan di premis itu, mangsa dipercayai masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumahnya di Kampung Panjang, di sini.

“Beberapa penduduk kampung melihat kereta terbabit tidak bergerak walaupun pemandunya ada di dalam. Salah seorang penduduk kampung kemudian bergegas mengetuk pintu kereta terbabit dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Azman memberitahu, penduduk kampung yang mengenali keluarga lelaki itu terus menghubungi isterinya dan pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan maklumat lengkap akan menyusul. –






Pelajar Tingkatan Lima maut nahas motosikal awal pagi, polis jejaki 3 lagi penunggang

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai berlanggar dengan beberapa motosikal lain di Kilometer (KM) 7.8 Lebuh Raya Guthrie menghala ke Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4 pagi, mangsa lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan selepas tercampak ke tengah besi penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, berkata hasil siasatan awal mendapati ada tiga lagi penunggang motosikal dipercayai terbabit dalam nahas itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di laluan sedikit berselekoh menaiki bukit yang mana kesemua empat motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan sehingga saling berlanggar.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR tercampak ke tengah penghadang besi jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Penunggang motosikal yang lain dipercayai melarikan diri dan kini mereka sedang dikesan. Di lokasi kejadian, terdapat banyak komponen kenderaan yang pecah dan bersepah atas jalan

"Tiga lagi motosikal terbabit dalam kemalangan itu dipercayai membabitkan dua jenis Yamaha LC dan sebuah Yamaha Y15ZR, namun identiti penunggangnya belum dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafa'aton berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Adi Abd Latif berasal dari Puchong, Selangor.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, untuk bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita mohon saksi untuk tampil membantu siasatan polis," katanya sambil meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari, melalui talian 019-2264650.