KOTA BELUD – Remaja perempuan hilang selepas hanyut dibawa arus sungai semasa menjalankan aktiviti mandi di Daradaat View Kampung Ratau, ditemui lemas hari ini.

Mangsa, Qiezlle Yukiko Gerald, 14, yang hilang sejak Isnin lalu ditemui kira-kira lima kilometer daripada lokasi kejadian.



Operasi pencarian membabitkan beberapa kumpulan itu dijalankan di sekitar kawasan permukaan sungai dan sepanjang pinggir sungai. Mangsa berjaya ditemui pasukan bomba kira-kira lima kilometer daripada Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada pukul 10.20 pagi.

“Pasukan bomba terus membawa mayat mangsa ke PKTK sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syazwan berkata, susulan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang semasa berada di sungai terbabit kira-kira pukul 2.30 petang, 28 Ogos lalu.

Menurut saksi kejadian, mangsa dilaporkan lemas di bawah Jambatan Gantung Daradaat View ketika melakukan aktiviti mandi manda bersama keluarga

PASIR MAS – Seorang jurugambar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang remaja perempuan pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Zulhusni Sohaimi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi menerusi aplikasi Telegram dan bertemu dengan remaja perempuan berusia 17 tahun lima bulan ketika kejadian dengan niat untuk melakukan suatu kesalahan.



Perbuatan itu dilakukan olehnya berhampiran sebuah sekolah menengah di sini pada April tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh hukum mengikut Seksyen 13 (1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan tidak kurang daripada lima sebatan jika sabit kesalahan.

Tiga lagi pertuduhan, Mohamad Zulhusni didakwa menggunakan mangsa sama dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di siang hari di sebuah rumah di sini pada April, Mei dan Julai 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Sementara itu, bagi tiga pertuduhan, tertuduh didakwa terbabit dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di lokasi dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, jurugambar itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di lokasi yang sama pada Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes tersebut serius dan perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.

JAKARTA – Seorang lelaki nekad mahu memperbaiki hubungan dengan isterinya dan meminta supaya wanita itu dibebaskan daripada hukuman walaupun kemaluannya dikerat tertuduh Mei lalu, lapor laman berita Detik.



Permintaan itu dibuat menerusi nota rayuan kepada sebuah mahkamah di Solo, Indonesia.

Menurut Yenita, dia ketika itu berasa marah dan tertekan kerana diceraikan mangsa selain perlu menanggung hutang mereka berdua.

“Ketika itu, saya masih berperang dengan emosi dan berasa marah. Dia (mangsa) pernah berjanji untuk menyelesaikan sebarang masalah bersama. Saya juga sudah banyak berkorban kepadanya,” katanya.

Yenita juga mengaku menyesal dengan perbuatannya dan meminta hukumannya diringankan.- 


LONDON – Seorang pesara wanita mendakwa dirinya diganggu ‘telefon bimbit berhantu’ yang sering memaparkan mesej aneh setiap hari selain lampu suluh pada telefon menyala secara sendiri, lapor akhbar Daily Star semalam.



Diane Key, 80, berkata, telefon bimbit Motorola G13 yang baru dibelinya mula menunjukkan perkara aneh selepas dia terjaga pada satu malam disebabkan lampu peranti tersebut menyala terang.

Selepas memadamkan fungsi tersebut, Diane kembali tidur, namun keesokan malamnya, lampu suluh telefon bimbit itu menyala semula.

Sejak itu, Diane berkata, lampu suluh peranti itu menyala secara automatik pada waktu sama setiap malam.

Tambah wanita dari Norfolk, England itu, telefon bimbitnya turut menerima beribu-ribu mesej teks setiap hari yang berbunyi: “Tiada masalah. Saya tidak pernah melupakan anda ‘x’.”

Katanya, semua mesej tersebut diterima setiap minit dan secara bertalu-talu.

“Semua kejadian ini amat menyeramkan, terutamanya apabila lampu suluh sering menyala. Ia seperti berpuaka. Ia menakutkan saya pada usia sebegini,” kata Diane.

Wanita itu kini terpaksa mematikan telefon bimbit tersebut dan meletakkannya di dalam laci tempat tidurnya.

Dia juga mahu memulangkan semula peranti yang dibeli itu dan membatalkan kontrak pembelian. – AGENSI

Hospital adalah antara tempat yang sering dikaitkan dengan kisah seram. Mungkin sebab banyak kematian yang berlaku di sana, ramai yang mengalami kejadian-kejadian menakutkan.




Jadi dekat bawah ni adalah beberapa pengalaman yang diceritakan sendiri oleh jururawat-jururawat yang bekerja di hospital di seluruh dunia.

Terjumpa nurse zaman dulu

Menurut perkongsian seorang wanita, kisah ini berlaku kepadanya sebelum dia menjadi jururawat. Dia berada di hospital kerana kakaknya terlibat dalam satu kemalangan kereta.

Ketika berada di sana lebih kurang jam tiga pagi, wanita ini telah turun ke bawah untuk membeli air dan kembali ke atas dengan menaiki tangga. Semasa berada di lorong hospital, keadaan di sana sangat sunyi dan di hujung terdapat seorang wanita tua sedang berjalan ke arahnya.

Wanita tua ini kelihatan berusia 70-an dan memakai pakaian jururawat zaman dulu dengan kasut putih, stokin putih, dress putih dan topi berwarna putih. Mereka berjalan ke arah bertentangan dan semakin hampir dengan satu sama lain.

Apabila berselisih, jururawat tua itu tersenyum dan berkata “jangan risau, kakak awak akan sembuh” dan terus berjalan pergi.

Sejurus selepas itu, wanita ini teringat yang wajah jururawat tersebut sama dengan gambar yang dia lihat ketika dia masuk ke dalam hospital tersebut bersebelahan dengan doktor yang menubuhkan hospital tersebut. Pakaian jururawat yang dipakai pun memang sama.

Apabila dia menoleh ke belakang, wanita tua itu tak lagi kelihatan. Dalam keadaan terkejut, wanita ini telah masuk ke dalam ICU tempat kakaknya ditempatkan. Di sana, jururawat yang menjaga kakaknya itu turut berada di situ.

Saya rasa memang saya nampak hantu. Tahu tak gambar jururawat yang ada dekat lobi utama? Saya sumpah saya baru nampak dia dekat lorong depan ni. Dia cakap dengan saya!”

Jururawat tersebut bertanya kenapa muka wanita ini pucat seperti baru nampak hantu. Dia kemudiannya berkata:

Jururawat yang mendengar ceritanya ini telah ketawa sebelum berkata bahawa orang yang dia nampak tu bukanlah hantu tapi memang orang dalam gambar tersebut. Dia telah bersara 10 tahun yang lalu tapi masih datang ke hospital secara sukarela setiap hari dan masih pakai pakaian jururawat yang dia dah ada sejak zaman 50-an. Ceh, buat suspen je!

Saya bekerja di hospital kanak-kanak dan selalu dengar cerita yang tingkat empat di luar unit onkologi berhantu. Saya biasanya bekerja dari pukul 3 petang sehingga 12 malam tapi kadang-kadang akan bekerja overtime.

Satu malam, saya bekerja di NICU yang turut terletak di tingkat empat namun di bahagian berlainan. Unit onkologi mempunyai tangga yang merupakan jalan singkat untuk ke kafeteria yang terletak di tingkat dua.

Lebih kurang jam 3 pagi, saya sedang bersedia untuk mengambil rehat singkat untuk minum secawan kopi di kafe. Saya membuat keputusan untuk menggunakan tangga tersebut. Ketika saya berjalan di unit onkologi, saya melihat seorang kanak-kanak sedang melompat-lompat.

Risau dia telah keluar dari wadnya, saya telah memanggilnya dan bila budak tu menoleh, dalam sekelip mata dia tiba-tiba hilang. Rupanya ramai doktor dan jururawat telah melihat budak yang sama di sana. Sejak itu saya memang tak lalu situ lagi pada waktu malam.”

Kebanyakan jururawat yang bekerja di hospital dan selalu menyaksikan kematian sering menceritakan kisah yang pesakit dorang seperti tahu bila mereka hampir mati. Ini juga apa yang berlaku kepada jururawat ini.

Ketika jururawat ini bekerja di unit penjagaan progresif, salah satu monitor untuk melihat kadar jantung seorang pesakit warga emas tiba-tiba berbunyi menandakan pesakit itu akan mendapat serangan jantung. Ekoran ini, jururawat tersebut telah bergegas untuk melihat keadaan pesakit tersebut tapi bila sampai pesakit itu biasa je dan dalam keadaan stabil.



Namun begitu, pesakit tersebut tiba-tiba mengatakan, “boleh tak bagitahu perempuan yang sedang menyorok di belakang langsir tu untuk berhenti tenung saya? Dia asyik beritahu yang saya akan mati bila awak balik.”

Jururawat yang terkejut dengan kenyataan itu telah keluar untuk menjelaskan perkara tersebut kepada jururawat yang ditugaskan untuk menjaga pesakit itu. Malam itu, pesakit ini telah mendapat serangan jantung dan meninggal dunia ketika jururawat ini habis bekerja.

Hm menakutkan betul! Korang ada tak pengalaman seram kat hospital?










Nak cepat kaya punya pasal, wanita ini tulis mantera atas duit kertas RM10, tak sangka ini yang ditulis. Sudah biasa kita dengar dalam kalangan komuniti peniaga tentang pelaris dan ibu duit yang digunakan untuk meningkatkan jualan mahupun menarik lebih ramai pelanggan agar datang ke kedai masing-masing.

Walaupun ia adalah amalan kurafat, masih ramai yang mempercayainya malah sanggup ‘menconteng’ wang dengan mentera tertentu yang diterima daripada pelanggan pertama semasa awal perniagaan kononnya sebagai ‘magnet rezeki’.

Pun begitu, baru-baru ini tular video di TikTok tentang penemuan sekeping wang kertas bernilai RM10 dipercayai dijadikan ibu duit digunakan seseorang untuk membeli makanan.

Seperti perkongsian seorang wanita bernama Zulaika yang bekerja sebagai penghantar makanan, wang kertas berkenaan dipenuhi tulisan tangan menggunakan pen berdakwat biru. Ia ditulis dengan perkataan berikut:

“21.3.2001, pukul 13.23. Saya Sarifah Aloyah Hassan hari ini memberikan komitmen saya untuk menguruskan kamu dengan baik dan saya berjanji akan menggunakan kamu dan kawan-kawan kamu.
“Untuk kebahagiaan saya, kesihatan saya, kekayaan saya, kejayaan dan untuk mendapatkan keberkatan dengan membantu orang lain yang memerlukannya.
“Dengan ini saya mengarahkan kamu untuk memanggil kawan-kawan kamu datang kepada saya Sarifah Aloyah Binti Hassan,” demikian coretan pada wang berkenaan.

Menurut Zulaika, dia menerima wang berkenaan daripada seorang pelanggan yang membuat bayaran secara tunai semasa penghantaran (COD).

“Duit diletakkan dalam sampul. Kita buka sampul kira dari atas macam tu saja.
“Hujung-hujung selepas selesai kerja, baru keluarkan… barulah nampak,” luahnya.

Umat Islam dilarang meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris untuk menarik pelanggan.

Perkongsiannya Zulaika mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata seperti mengetahui maksud di sebalik wang dipenuhi tulisan berkenaan.

“Ibu duit macam menjemput rezeki. Mungkin duit terakhir orang tu.
“Orang tu pun satu hal, ada ibu duit tapi duit tak ada… macam mana nak ada duit.
“Ada nama dengan dia suruh duit panggil kawan-kawan dia. Ibu duit ni,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyatakan ‘mantera’ yang tertulis itu boleh menyebabkan orang lain terkena sihir.

“Tak berani aku baca habis, takut berjangkit… takut kena sihir.
“Senang saja, kalau was-was… bakar. Kalau takut nak bakar sendiri, cari ustaz,” luah beberapa pelayar lagi.

Sebagai peringatan bersama, umat Islam dilarang meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris untuk menarik pelanggan.

Seperti yang dihuraikan secara panjang lebar menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan itu termasuk dalam perkara-perkara khurafat dan boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT.