Live your own life

Live Your Own Life mengisahkan tentang kehidupan wanita mandiri dan pekerja keras bernama Lee Hyo Sim (Uee) yang berjuang menghidupi keluarganya. Di keluarnya Hyo Sim menjadi tumpuan ibu dan adiknya semenjak kepergian sang ayah. Sebenarnya, Hyo Sim memiliki kakak laki-laki bernama Hyo Sun

































Guru didakwa raba anak murid dalam kelas

ALOR GAJAH – Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, K. Ramakrishnan, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di dalam sebuah kelas tahun lima di sebuah sekolah dalam daerah Alor Gajah pada 26 Mei 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seskyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 16 AKSTK 2017.

Nariman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE




Kemalangan melibatkan kereta terbabas merempuh tembok sebuah rumah di Taman Perwira Jaya, Kluang petang tadi.





Kemalangan maut melibatkan basikal dan lori treler dekat Public Bank Bidor, semalam.
















Lelaki patah kaki dihempap pokok tumbang

KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal patah kaki selepas dihempap pokok tumbang di persimpangan Taman REM, Jalan Kota Tinggi tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Syukri Mohd. Yusof berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan kejadian itu pukul 12.56 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Kota Tinggi dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat pokok tumbang berketinggian 10 meter. Pokok berkenaan telah menghempap seorang lelaki berusia 40an yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Mangsa dibawa oleh ambulans sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian. Akibat kejadian itu mangsa patah kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini 



*REMAJA HILANG*

Nama Farhana umur 15 tahun di Jitra, Kedah

Asalamualaikom, sahabat area Jitra sapa2 yang  ternampak anak menakan saya tolong call balai polis yg terdekat dah 4 hari tak balik, kesian dekat tok dan tokwan dah tua2 susah hati dekat cucu.

Laporan polis dah dibuat harap dipanjangkan sampai jumpa, jangan komen yg boleh terasa ahli keluarga,kami pon tak mintak benda ni jadi🥹, doa kan yg baik2...

Farhana kalau ada baca ni.. balik la, mai jumpa maknjang tak pa...atau pon call mak njang 0147743044..




Dua beradik hilang: Polis tahan suspek


_Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya. - Foto BH_

HULU SELANGOR: Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

"Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).

"Lain-lain masih dalam siasatan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada pagi 1 Januari lalu, selepas pulang dari solat subuh di surau.

Pada malam 11 Januari lalu, seorang daripadanya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa beliau dan adiknya, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.




Lima lelaki merusuh guna kayu dekat restoran ditahan polis


Rakaman kejadian rusuhan di Permas Jaya.

LIMA lelaki ditahan selepas merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran dekat Bandar Baru Permas Jaya, Masai petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejdian pada pukul 2.27 petang semalam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat serbuan pada pukul 2.30 petang semalam sehingga 12.10 tengah malam tadi di empat lokasi.

“Lima lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 34 tahun berjaya ditahan bersama barangan rampasan dua buah telefon bimbit serta dua batang kayu rotan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod jenayah lampau.

Sementara empat lagi suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Kesemua suspek telah menjalani pemeriksaan ujian airk kencing dan negatif dari sebarang jenis dadah,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara suspek pada kelmarin.
Kesemua suspek direman selama satu hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-




Kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori dekat depan Kilang Munchy, Tongkang Pechah, Batu Pahat petang tadi.




Lelaki meninggal dunia dalam kereta lepas sarapan nasi berlauk

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta selepas bersarapan nasi berlauk di sebuah kedai makan di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari seorang penduduk kampung selepas mendapati kereta jenis Honda City dinaiki mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an tidak bergerak meskipun enjinnya hidup kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 40, berkata, lelaki itu dikatakan datang ke kedai makan itu untuk bersarapan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, selesai makan di premis itu, mangsa dipercayai masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumahnya di Kampung Panjang, di sini.

“Beberapa penduduk kampung melihat kereta terbabit tidak bergerak walaupun pemandunya ada di dalam. Salah seorang penduduk kampung kemudian bergegas mengetuk pintu kereta terbabit dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Azman memberitahu, penduduk kampung yang mengenali keluarga lelaki itu terus menghubungi isterinya dan pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan maklumat lengkap akan menyusul. –






Pelajar Tingkatan Lima maut nahas motosikal awal pagi, polis jejaki 3 lagi penunggang

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai berlanggar dengan beberapa motosikal lain di Kilometer (KM) 7.8 Lebuh Raya Guthrie menghala ke Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4 pagi, mangsa lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan selepas tercampak ke tengah besi penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, berkata hasil siasatan awal mendapati ada tiga lagi penunggang motosikal dipercayai terbabit dalam nahas itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di laluan sedikit berselekoh menaiki bukit yang mana kesemua empat motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan sehingga saling berlanggar.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR tercampak ke tengah penghadang besi jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Penunggang motosikal yang lain dipercayai melarikan diri dan kini mereka sedang dikesan. Di lokasi kejadian, terdapat banyak komponen kenderaan yang pecah dan bersepah atas jalan

"Tiga lagi motosikal terbabit dalam kemalangan itu dipercayai membabitkan dua jenis Yamaha LC dan sebuah Yamaha Y15ZR, namun identiti penunggangnya belum dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafa'aton berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Adi Abd Latif berasal dari Puchong, Selangor.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, untuk bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita mohon saksi untuk tampil membantu siasatan polis," katanya sambil meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari, melalui talian 019-2264650.






Pengasuh direman empat hari bantu siasatan bayi digigit anak



KLUANG – Pengasuh kepada seorang bayi yang digigit hingga terdapat kesan koyakan pada kulit oleh anaknya ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrain Mohd Noh berkata, rakaman percakapan ke atas wanita tempatan berusia 30 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam semalam dan dibenarkan tahanan bermula hari ini sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara boleh sampai 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Rabu lalu, polis menerima laporan dari ibu bayi lelaki berusia enam bulan yang mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun pada pukul 5.30 petang.

“Susulan itu, pengasuh yang juga wanita warga tempatan berusia 30 tahun yang tinggal di Taman Puteri Emas disini diambil rakaman percakapannya malam tadi,”katanya ketika dihubungi hari ini.



















IPOH: Hidup dalam rumah yang dipenuhi sampah sarap termasuk takungan najis bertahun lamanya.

Siapa sangka dua beranak ini hidup di tempat yang tidak layak dihuni oleh manusia, diburukkan lagi dengan air yang melimpah di sepanjang ruang masuknya.

Keadaan semasa memaksa Erwan Dahari, 46, untuk berhenti kerja untuk menjaga ibunya Miram Kadir,77, yang uzur.

Malah, Erwan sendiri mengakui sebelum ini dirinya ada menerima rawatan untuk stres atau tekanan jiwa dan boleh dikategori sebagai orang kurang upaya (OKU) mental.

Anak kedua dari tiga beradik ini menjelaskan, sehingga kini dia dan ibu hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal RM300 setiap bulan, namun tidak mencukupi kerana perlu membayar sewa rumah RM250.

"Kami berdua sudah menetap di sini selama tujuh tahun, sebelum ini saya ada kerja di kilang berdekatan tetapi terpaksa berhenti sebab mak ada sakit tua dan sekarang sudah agak nyanyuk.

"Memang ada juga kakak dan adik perempuan bantu, tetapi mereka pun bukan orang senang. Kakak di Klang dan adik di Ipoh. Mereka juga ada datang dan bersihkan rumah ini sekali sekala.

"Memang ada cakap-cakap dari orang ramai yang suruh saya hantar mak ke rumah orang orang tua, tetapi selagi saya ada saya akan jaga mak walau susah macam mana pun.

"Selain Baitulmal dan jiran berdekatan yang selalu hantar makanan, memang tiada dapat bantuan apa-apa, terus terang cakap kalau ikutkan hati saya memang tidak mampu untuk teruskan hidup," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Flat Taman Silibin.

Bagi sesiapa sahaja yang memasuki rumah ini pasti mengakui ia sangat daif untuk didiami, apatah lagi oleh warga emas yang tidur tanpa beralaskan tilam dan bantal, apatah lagi selimut ketika cuaca sejuk.

Belum kisah air hujan yang tempias memasuki rumah, susulan banyak tingkap dan siling yang sudah uzur dimakan zaman.

"Bantuan Baitulmal RM300 itu tidak cukup sebab nak bayar sewa, elektrik dan air, kadang-kadang hendak beli makan memang tiada, jiran yang bantu bagi makanan.

"Rumah ini memang sudah sangat teruk, tandasnya sudah tersumbat, air pun sudah sampai melimpah dalam rumah.

"Sampah sarap ini memang saya ada buang tetapi, dalam keadaan saya yang sebegini (berada dalam tekanan) saya tidak mampu, di samping perlu menjaga mak.

"Saya takut jadi tertekan macam dulu dan sakit datang balik, saya tidak boleh kalau fikir banyak masalah," jelasnya yang sebelum ini pernah menetap di Manjoi.

Berbicara lebih mendalam, tiada apa yang diharapkan Erwan melainkan sebuah rumah atau tempat berteduh yang lebih selesa untuk mereka berdua.

"Kalau boleh saya memang mahukan tempat yang lebih baik, untuk keselesaan mak juga.

"Saya memang ada fikir cari rumah lain, tetapi dengan keadaan saya sakit dan tidak bekerja macam mana hendak menyewa, memang terpaksa juga duduk sini," katanya lagi.

Salah seorang jiran dikenali sebagai Ina memberitahu dua beranak itu memang disenangi penduduk setempat dan tidak pernah membuat sebarang masalah.

"Mereka berdua memang selalu tegur dan baik. Saya dapat tahu dari salah seorang jiran di sini juga tentang keadaan mereka.

"Sebak juga bila dapat masuk hari ini dan lihat sendiri keadaan rumah yang begitu daif, harap ada bantuan untuk opah dan anaknya," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Puteri Kebajikan Negeri Perak, Wan Noorashikin Noran ketika hadir sama menyampaikan bantuan berkata, dia mendapat maklumat berhubung perkara itu dari salah seorang jiran di sini.

"Dengan keadaan rumah opah itu, saya rasa masalah disebabkan anaknya (Erwan) yang tidak sihat. Kita perlu bantu dapatkan tempat tinggal selesa untuk mereka.

"Saya dapat panggilan dari jiran di sini yang memaklumkan opah memerlukan lampin pakai buang dan kain batik. Bila saya lihat gambar rumah yang dihantar itu nampak sangat daif, bila datang sendiri hari ini memang terkejut lihat keadaan dalam rumahnya sampai tiada tempat untuk duduk dan tidur. > INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel: "Kita cuba gerakkan usaha untuk beri makanan dan kain untuk opah, selain itu saya akan cuba mohon bantuan berkaitan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini," katanya.

Sebarang maklumat lanjut atau bantuan untuk dua beranak ini boleh hubungi Wan Noorashikin Noran di talian 012-509 2557. -PERAKTASTIC-