KOTA BHARU – Seorang banduan kes dadah dipenjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat rakannya di Pusat Pemulihan Akhlak Machang dekat sini pada tahun lalu.
Tertuduh, Mohammad Rohaizad Rosli, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dengan seorang lelaki berusia 33 tahun.
Kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam bilik di sebuah blok, Pusat Pemulihan Akhlak Machang dekat Machang di sini kira-kira pukul 1 pagi pada 26 Jun tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh kerana melakukan kesalahan tersebut semasa menjalani hukuman kes dadah di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.
“Hukuman tersebut diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya.
Mohammad Rohaizad dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 Julai tahun dan satu sebatan.
Lelaki hilang ketika memancing ditemukan lemas
Kota Kinabalu: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di laut di Jeti Sepanggar dekat Chemical Industry, di sini, ditemukan lemas, hari ini.
Mayat mangsa berusia 26 tahun ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada kedalaman tiga meter di kawasan laut berkenaan, kira-kira 10.38 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada 7.35 pagi dengan pencarian di permukaan.
"Mangsa berjaya ditemui oleh PPDA pada kedalaman tiga meter di kawasan mangsa dilaporkan jatuh. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini.
Lelaki terbabit dikhuatiri lemas ketika memancing di laut di Jeti Sepanggar, dekat Chemical Industry, di sini, semalam.
Mangsa dikatakan masuk ke kawasan jeti terbabit tanpa pengetahuan dan memancing di atas sebuah tongkang sebelum terjatuh ke dalam laut.


Van terbabit nahas, warga Pakistan rentung
KLUANG: Seorang warga Pakistan rentung manakala dua rakan senegaranya terselamat selepas van dinaiki terbakar dalam nahas dengan lori membawa muatan batu, di Kilometer 52 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, petang tadi.
Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Nizar Mamun, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, berkata mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di tempat duduk belakang selepas api dipadamkan sepenuhnya.
Katanya, dua warga Pakistan yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dikenali sebagai Ali Ghafar dan Khan Saleem.
"Van dinaiki mangsa terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan membawa batu sebelum terbakar.
"Van dinaiki tiga mangsa yang mana pemandu dan penumpang hadapan sempat menyelamatkan diri manakala seorang lagi mangsa dijumpai rentung di tempat duduk belakang.
"Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti manakala pemandu lori juga tidak berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, dua buah kenderaan lain dari arah bertentangan turut terkena serpihan objek susulan rempuhan itu.
"Pemandu dan tiga penumpang sebuah Toyota Camry serta seorang lelaki memandu Honda Civic itu tidak mengalami kecederaan," katanya.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.39 petang.


TRAGEDI PAGI SELASA: 4 termasuk tiga beradik m4ut, kereta rempuh lori
Kampar, Perak: Empat individu termasuk tiga beradik m4ut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki merempuh belakang lori muatan tanah sebelum terbakar di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Gopeng digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 2.03 pagi.
Menurutnya, empat mangsa yang maut dikenali sebagai Azriyani Abdul Latif, 45, selain tiga beradik, Muhammad Azib, 23; Siti Nur Aminah, 8, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5.
Katanya, mangsa yang parah dikenali sebagai Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7.
"Empat mangsa yang menaiki kereta Proton Saga m4ut manakala seorang kanak-kanak lelaki yang turut menaiki kenderaan itu cedera parah. Pemandu lori tanah bagaimanapun tidak cedera.
"Sejurus melanggar belakang lori, Proton Saga dinaiki lima individu itu terbakar di bahagian but hadapan. Kebakaran turut menyebabkan lecuran pada sebahagian mangsa yang m4ut," katanya dalam kenyataan, pagi ini.
Katanya, kem4tian empat mangsa berkenaan disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM), manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Tapah oleh orang awam.




Pemandu rentung tersepit dalam lori balak sebelum terbakar
BATU PAHAT – Seorang pemandu lori balak maut selepas tersepit sebelum terbakar dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Kampung Temehel dekat Pekan Yong Peng di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.14 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Khairol Nizam Rokazi,39, meninggal dunia di lokasi nahas.
Menurutnya, kemalangan melibatkan tiga buah lori balak yang penuh dengan muatan dalam perjalanan dari Labis ke Yong Peng.
“Siasatan mendapati ketika sampai di lampu isyarat berkenaa, lori pertama yang dipandu oleh Mohd Shahril Musa, 27, dan lori kedua pula dipandu Mohammad Fathul Syarastani Suhimi,30, berhenti kerana menunggu lampu isyarat hijau.
“Bagaimana pun, lori ketiga yang dipandu oleh Mohd Khairol gagal memberhentikan lorinya sebelum melanggar lori balak yang berada di hadapannya.
“Akibat kejadian itu, lori berkenaan telah terbakar dibahagian hadapannya menyebabkan Mohd Khairol rentung kerana tersepit di tempat duduk pemandu,”katanya melalui kenyataan hari ini.
Menurut Ismail lagi, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987